USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai
oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah
peristiwa Yusuf AS, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg
kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah
bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim AS, yg dihumban ke dalam api oleh
ayahandanya..
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan
dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus AS, yg
terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan
seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah
Ayub AS, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli
keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya
kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa AS, yg tidak dapat bertutur dengan sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh
manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar
setelah difitnah sehingga satu kota
memperkatakannya.
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan
keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam AS, yg
diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran
akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya
terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh AS, yg tanpa keluh dan tanpa tahu
sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.
9. Andaikata kamu diherdik dan
dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan
kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah
Muhammad SAW, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakanlah. Alhamdulillah. Jika tidak, pun alhamdulillah
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)
No comments:
Post a Comment