Tuesday, November 18, 2014

Terapi minda

Terapi  minda
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

            Baca dengan tenang … mudahan ada manfaatnya … Terdapat  seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya.  Setiap pagi, si datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur.  Si cucu yang melihat juga meniru perbuatan datuknya itu.
          Satu hari si cucu bertanya kepada datuknya,  “Atuk.saya baca Quran ini tetapi tidak fahamlah maksudnya.  Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran .  Jadi apa gunanya kita abaca Al-Quran ini ?”
          Si datuk berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul kerana diisi arang sebelumnya.
          Nah, engkau pergi sungai, bawak air dalam bakul ini”  Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang.  Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.”
          “Engkau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”  Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba dihadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
          “Tidak bolehlah atuk”.  Cuba sekali lagi.  Kali ini datuknya melihat dari pintu.  Si cucu, cepat-cepat ke sungai  dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.  “Nampak tak atuk?  Tidak bolehlah”..
          “Tidak ada gunanya”  bentak si cucu.
          Si datuk pun berkata.  “Jadi engkau rasa tidak bergunalah?  Cuba engkau tengok bakul itu”.
          Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sedah bersih.
          Terus si datuk menyambung,  “Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksundnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah.  Kerja Allah”
          Moral:  Bacalah Al-Quran walau tidak tahu maknanya … kerana ia kalam Allah yang bo0leh membersihkan hati kita.


Wallah hu alam 

No comments:

Post a Comment