Rahsia disebalik tidur
sejenak sebelum solat Zuhur.
(Di terima dari WhatsApp
- ingin berkongsi)
Syaitan tidak melakukan Qailulah. Oleh itu itu
orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah (tidur sejenak sebelum solat Zuhur
selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga
membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
Sabda Rasullah SAW, "Lakukanlah Qailulah,
kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat
ai-Tabrani)
Apa itu Qailulah ? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan
Qailulah?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.
Apakah kelebihan atau kebaikan Qailulah?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan
memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang barat memanggil Qailulah sebagai
"nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul
2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan 'nap' waktu tengahari dapat
mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat
setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi
untuk solat Subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari,
ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah
sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan
fitrah badan manusia.
Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan
Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama
5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari
segi emosi, kecerdasan dan fokus.
No comments:
Post a Comment