Friday, May 29, 2015

Yaseen Ayat 13 -17

بسم الله الرحمن الرحيم

36:13

36:14

36:15

36:16

36:17

Terjemahan  -   ayat 13 hingga 17:

13.     Dan ceritakanlah kepada mereka satu kejadian yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar  (yang tertentu)  iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul  (Kami),
14.     Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya;  kemudian Kami kuatkan  (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga,  iaitu Rasul-rasul itu berkata:  “Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu”.
15.     Penduduk bandar itu menjawab:  “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun  (tentang ugama yang kamu dakwahkan);  kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”
16.     Rasul-rasul berkata:  “Tuhan kami mengetahui  bahawa sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu
17      “Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintahNya cara yang jelas nyata”.

Coretan  madah:

Ayat ke-13 kita berpindah
Terjadi di sini sebuah al-kisah
3 Rasul cuba berdakwah
Penduduk ingkar perintah disanggah

Menganggap Rasul manusia biasa
Bukan utusan TuhanYang Esa
Mereka mendakwa Rasul berdusta
Merekalah  sebenarnya makhluk pendusta

Rasul utusan makhluk mulia
Makhluk pilihan dikalangan manusia
Penyampai perintah secara nyata
Perintah daripada Tuhan semesta

bersambung..

Thursday, May 28, 2015

Amalan Pertama Yang Dihisab ialah Sholat


بسم الله الرحمن الرحيم

          Didirikan sholat kerana sesungguhnya amalan  pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah sholat.  Kita perhatikan adakah sholat kita selama ini dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran.

          Nabi saw ketika diberitahu tentang adanya salah seorang yang sholat tetapi melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.  Kata Baginda Rasulullah saw sholatnya itu kalau benar pasti akan mencegah orang itu daripada perbuatan keji dan mungkar.

          Ertinya kalau orang yang sholat tetapi tidak dapat mencegah dirinya daripada perbuatan yang keji dan mungkar maka ada  “Something wrong”  dalam sholatnya sebab Allah swt memberikan jaminan matlamat daripada sholat itu adalah mencegah orang itu dari perbuatan keji dan mungkar.

          Kalau ada orang yang sholat tetapi masih lagi melakukan perkara keji dan mungkar maka ini disebabkan dia tidak menjiwa matlamat sebenar sholat itu.

          Mutiara kata  -  Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

          Berkata Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari apabila ditanya mengenai seseorang yang sholat tetapi masih lagi melakukan perkara maksiat dan dosa dan juga orang yang tidak sholat tetapi dirinya tidak melakukan perkara yang mungkar.

          Maka Tuan Guru Syeikh mengatakan  “Bagaimana mungkin seseorang yang tidak sholat itu dikatakan tidak melakukan kemungkaran kerana sesungguhnya dirinya telah melakukan kemaksiatan, dosa yang begitu besar sekali terhadap dirinya kerana sholat itu adalah amalan pertama sekali yang akan dihisab di hari kiamat”.

          Bagaimana seseorang itu akan selamat jikalau diwaktu hidupnya tidak pernah menunaikan sholat?  Itu adalah dosa yang paling besar sekali sebab sholat itu adalah perkara yang paling mustahak yang perlu kita jaga.

          Mengenai seseorang yang sholat tetapi dirinya melakukan dosa dan kemaksiatan maka Tuan Guru Syeikh mengatakan orang yang sholat tetapi masih melakukan dosa dan kemaksiatan maka dirinya itu tidak ada perasaan malu kepada Allah Jalla Wa’Ala.  Sedangkan sholat itu sebenarnya dapat menghalang seseorang itu daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan dan dosa.

          Cuma mengenai khusyuk dalam sholat itu adalah sesuatu yang berbeza.  Tidak dikatakan khusyuk seseorang itu jikalau di dalam hatinya masih mempunyai keinginan memikirkan mengenai hal-hal dunia ketika menunaikan sholat.

          Sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa menjaga sholat fardhu secara berjemaah dengan menunaikan sholat di Masjid kerana khusyuk itu adalah kepunyaan Allah.  Dan Allah akan memberikan perasaan itu kepada orang-orang yang dikehendakiNya.

          Dengan sholat berjemaah kita dapat lebih memfocuskan kita berbanding kita sholat di rumah secara bersendirian.  Jangan kata diri kita khusyuk dalam sholat kalau kita tidak menjaga sholat fardhu berjemaah kerana dengan menjaga sholat fardhu berjemaah itu seseorang akan dapat lebih sempurna sholatnya berbanding ketika di rumah.  Dengan bacaan zikirnya, wiridnya semuanya akan lebih tersusun dan teratur ketika kita sholat berjemaah berbanding kita sholat di rumah bersendirian.

          Dan antara fungsi utama Masjid itu adalah untuk orang ramai berkumpul beribadah menunaikan sholat secara berjemaah.  Bukannya dibina Masjid hanya sekadar untuk berkumpul seminggu sekali dan dibiarkan kosong, tetapi sepatutnya kitalah yang selalu memenuhkan setiap ruang yang ada di dalam Masjid itu.

          Apabila kita mendengar azan dilaungkan janganlah kita hanya sholat di rumah kita sahaja tetapi, sepatutnya apabila kita mendengar azan itu kita cepat-cepat bersiap untuk hadir ke Masjid dengan pakaian yang kemas-kemas dan wangi-wangi.

          Jangan kita hanya pakaian yang kemas-kemas, cantik-cantik dan wangi-wangi apabila kita hendak berjumpa dengan kawan sahaja ataupun hendak pergi ke sesuatu tempat.  Akan tetapi sepatutnya apabila hendak berjumpa Allah Jalla Wa’Ala di dalam sholat itulah detik-detik, saat-saat indah untuk kita berpakaian kemas dan cantik serta berwangi-wangian.

Mutiara kata  -  Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjar Al-Makki.



Wallahualam.                                                                                                  

Tuesday, May 26, 2015

Surat Cinta Tentang Sholat


بسم الله الرحمن الرحيم

          Apabila engkau menganggap sholat itu hanya penggugur kewajiban, maka engkau akan terburu-buru mengerjakannya.

          Apabila engkau menganggap sholat itu hanya kewajiban, maka engkau tidak akan menikmati hadirnya Allah disaat engkau mengerjakannya.

          Anggaplah sholat itu pertemuan yang engkau menanti dengan Allah swt.

          Anggaplah sholat ini sebagai cara terbaik engkau bercerita dengan Allah swt.

          Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk engkau berkeluh kesah dengan Allah swt.  

          Anggaplah sholat itu sebagai seriusnya engkau dalam bermimpi.

          Bayangkan ketika   “azan berkumandang”,  tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak engkau lebih dekat denganNya.

          Bayangkan ketika engkau  “takbir”  Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.  Bayangkanlah ketika  “rukuk´ Menompang badanmu hingga engkau tidak terjatuh, hingga engkau rasakan damai dalam sentuhanNya’

          Bayangkan ketika  “sujud”  Allah mengurut kepalamu.  Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu:  “Aku mencintaimu hambaku”

          Bayangkan ketika engkau  “duduk di antara dua sujud”  Allah bersiri gagah depanmu lalu mengatakan  “Aku tidak akan diam apabila ada yang mengusikmu”.

          Bayangkan ketika engkau memberi  “salam”  Allah menjawabnya lalu engkau seperti manusia berhati bersih setelah itu …  Subhanallah sunguh nikmat sholat yang kita lakukan.  Tidak sia-sia yang menyikarkannya.  Tidak rugi orang yang membacanya.

          Bayangkanlah orang yang mengamalkanya.   Ilmu iman dan iman.

Wallahualam


Thursday, May 21, 2015

Golongan mana kita?

Golongan mana kita?
بسم الله الرحمن الرحيم

          Dua perkara yang mudah tetapi yang melakukannya sedikit bilangannya maka mari kita bermuhasabah diri masing-masing adakah kita ini termasuk dalam golongan yang sedikit bilangan yang melakukannya itu ataupun termasuk  dalam golongan orang-orang yang anggap mudah tetapi tidak melakukannya.

Diriwayatkan daripada Abu Daud daripada Nabi saw iaitu: "Orang yang menjaganya perbuatan ini, amalan ini maka dia akan pasti masuk syurga.  Apa dia?  Orang yang berzikir selepas solat. Nabi saw menyebutkan tasbih kepada Allah Ta'ala setiap kali selepas solat 10 kali, dia bertahmid 10 kali dan dia bertakbir 10 kali semua itu 150 mengikut kiraan lisan bersamaan 1500 mengikut berat timbangannya.

Dalam riwayat yang lain 33 tasbih, 33 tahmid dan 33 takbir.  Nampak nilainya itu sekadar dalam kiraan kita mungkin 150 tapi nilainya itu lebih daripada itu digandakan oleh Allah iaitu 1500 berat ditimbangan. Dan bila dia sebelum tidur baca 33 kali tasbih, 33 kali tahmid dan 34 kali takbir maknanya 100 dalam kiraan tetapi ditimbangan 1000.

Di lipat gandakan yang mengikut amal itu tadi kata Nabi saw pasti akan dapat syurga.  Kemudian Nabi saw mendahulukan mengatakan ianya MUDAH, ianya SEDIKIT tetapi yang MENJAGANYA yang BUATNYA ianya SEDIKIT BILANGANNYA.

Kita ini masuk golongan yang sedikit ini kah ataupun kita termasuk dalam golongan orang-orang yang anggap mudah.

Sahabat bertanya:  "Ya Rasulullah.  Kamu kata ia mudah tapi yang buat itu sedikit”.  Apa yang kamu maksudkan wahai Rasulullah.  "Kata Nabi saw iaitu apabila waktu itu sampai yakni waktu tidur kamu teringat ini lalu syaitan menidurkan kamu sebelum kamu sempat membacanya ataupun syaitan telah menganggu di waktu sholat kamu lalu mengingatkan kamu sesuatu keperluan sebelum kamu sempat membacanya."

(Yang akhirnya tidak sempat langsung membacanya kerana teringatkan perkara yang belum lagi selesai cepat-cepat bangun daripada sholat yang akhirnya langsung tidak membaca 33 tasbih, 33 tahmid dan 33 takbir kerana mengejar urusan yang belum selesai perkara-perkara melibatkan hal dunia)

Mutiara kata  -  Al-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN Al-KHERED HAFIDZOHULLAH.

Muhasabah diri.  Perkara mudah yang sering kita anggap mudah
Semoga kita termasuk golongan yang sedikit menjaganya.
Peringatan buat diri sendiri dan peringatan bersama.
Saling ingat mengingatkan

Wallahualam  

Tuesday, May 19, 2015

Kata-kata hikmah (Terima dari whatsapp - ingin kongsi bersama)

Kata-kata hikmah
(Terima dari whatsapp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa lah hati ini tidak tenang?
Macam mana hati hendak tenang
… Kalau solat pun kerang
… Buat tahjud pun jarang
… Bila sedih kita cari kawan, bukan cari Allah
… Bila ada masalah muzik dan lagu jadi hiburan, Al-Quran nama hendak             
Layan
… Dibibir pula rajin  mengummpat, taubatnya tudak
… Bila ada masalah, laman social jadi tenpat luahan, tukar sejadah takhendak pandan.


Jadi:  Jangan ditanya kenapa hati tidak tenang, kalau hidup pun jarang ingat Tuhan..

Friday, May 15, 2015

Yaseen ayat 12

بسم الله الرحمن الرحيم

36:12


Terjemahan  -   ayat 12:

12.     Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.  Dan  (ingatlah)  tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab  (ibu suratan)  yang jelas nyata

Coretan  madah:

Lama ku renung ayat ini
Ayat dibaca lalu diyakini
Dihidupkan manusia setelah mati
Dihimpun semuanya untuk diadili

Adil seksama mahkamah akhirat
Perbuatan manusia semua tercatat
Mahu berdusta pasti tak dapat
Mahu bertaubat sudah terlambat

Hati-hati dalam perbuatan
Setiap perbuatan memberi kesan
Kesan yang baik pahala digandakan
Kesan buruk dosa pun lumayan



         Hadis Rasulullah:

“Sesiapa yang memulakan perkara-perkara yang baik dia memperoleh pahalanya dan pahala daripada orang-orang yang mengerjakan kepadanya tanpa mengurangi pahalanya sendiri.  Dan sesiapa yang memulakan sesuatu perkara-perkara yang buruk maka dia menanggung dosanya dan dosa dari orang-orang yang mengerjakan selepasnya tanpa mengurangi dosanya sendiri.”


Bersambung..

Thursday, May 14, 2015

Muhasabah … Keistimewahan manusia bernama Ibu (Diterima dari whatsapp - ingin kongsi bersama)

Muhasabah … Keistimewahan manusia
bernama Ibu
(Diterima dari whatsapp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

1.       Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2.       Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3        Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.1

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK-ANAK  BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.
DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat
  Sabar  Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia  Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya  Mudahkan Rezekinya  Sihatkan Tubuh Badannya  Jika Dia Melangkah Selamatkanlah Dia  Mudahkan Langkahnya
Aaminn…

Kirim Kepada Teman-teman  Yang Kamu Sayangi
Mudah2an mereka Juga akan Mendoakanmu…
Wassalam

Ust. Sihabuddin Muhaemin.

Tuesday, May 12, 2015

Perkataan assalamualaikum jangan di singkatkan (Diterima dari whatsapp - ingin kongsi bersama)

Perkataan assalamualaikum jangan di singkatkan
(Diterima dari whatsapp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

1.         As  -  maksud orang bodoh atau keldai
2.         A’kum  -  binatang dalam bahasa yahudi
3.,        Assamu  -  racun
4.         Salam  -  celakalah kamu
5.         Semekom  -  celaka kamu
6.         Samlekum  -  matilah kamu
7.         Mikum  -  mari bercinta dalam bahasa ibrani
8.         Salom atau syalom  -  bahasa ibrani untuk sesame kristian dan ada 263 kata dalam kitab perjanjian lama dan baru
9.         jangan guna ‘bye’ kerana bye adalah jarum sulit kristian yang bermaksud di bawah naungan pope
10.       Gunakan perkataan AS’SALAM bagi singkatan  Assalamualaikum

#.         Jangan pandang remeh benda yang Nampak simpal tapi sebenarnya banyak maksud di sebaliknya#

P/s  ini juga koleksi info yang memenuhi moment kerana masih ada ramai yang tidak mengetahuinya …

PENGETAHUAN … !!!


Jangan lupa Sebarkan

Thursday, May 7, 2015

Kata-kata hikmah Al-Imam As Syafi’i RH (diterima dari whatsapp - ingin kongsi bersama)

Kata-kata hikmah Al-Imam As Syafi’i RH
(diterima dari whatsapp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

1.       Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya cinta, sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.
2.       Jika ada seorang yang ingin menjual dunia in kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya.
3.       Bila kamu tidak tahan penatnya belajar maka nkamu akan menanggung peritnya kebodohan.
4.       Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapanya sedang di tenun.
5.       Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantau ke negeri orang.
6.       aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah.
7.       Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah.  Kalau dia boleh meninggalkan Allah , apa lagi meninggalkan kamu
8.       Barang  siapa yang menginginkan Husnul  Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
9.       Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenal sasaran
10.     Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti  (dihimpit)  dengan tanah.
11.     Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.  Perbanyakkan menyebut  akhirat daripada menyebut dunia.
12.     Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat
13.     Sesiapa yang manasihatmu sembunyi-sembunyi maka dia benar-benar menasihatimu.  Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai, ia sebenarnya menghinamu
14.     Empat perkara menguatkan badan. 
          (1)     Makan daging
          (2)     Memakai hariman (bagi lelaki)
          (3)     Kerap mandi
          (4)     Berpakaian dari kapas
15..    Empat perkara menajamkan mata:
          (1)     Duduk mengadap kiblat
          (2)     Bercelak sebelum tidur
          (3)     Memadang yang hijau
          (4)     Berpakaian bersih
16.     Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tetapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar.
17.     Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit
18.     Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu
19.     sebesar-besar aib  (keburukan)  adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri
20.     Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tetapi aku akan kalah pada seorang yang jahil kerana mereka tidak tahu akan landasan ilmu.
21,     Pentingnya menyebarkan ilmu agama
22.     Ilmu itu seperti air
23.     Menjadi mati lalu membusuk.


Wasalam  -  Wallah hu alam

Tuesday, May 5, 2015

Yaseen ( Ayat 8 - 11)

بسم الله الرحمن الرحيم

36:8

36:9

36:10


36:11



Terjemahan:

8.                Sesungguhnya Kami jadikan(kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai)  belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka;  (lebarnya belenggu itu)  sampai  (menongkatkan)  dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak
9.       Dan Kami jadikan  (sifat tamak dan gila mereka kepada hartabenda dan pangkat itu sebagai)  sekatan  (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada)  di hadapan mereka, dan sekatan  (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada)  di belakang mereka  (pada hari kiamat).  Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat  (jalan yang benar)
10.     Dan  (dengan sebab itu)  sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman
11.     Sesungguhnya peringatan dan amaran  (yang berkesan dan mendatangkan faedah)  hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut  (melanggar perintah Allah)  Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan.  Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.


Coretan  madah:

Ayat ke-8 berupa gambaran
Gambaran si ingkar penuh kesombongan
Kesombongan membelenggu menjerat tangan
Terjerat ke leher, dagu bagai ditogkatkan

Mereka berjalan kepala terdogak
Seperti gayanya orang yang bongkak
Hanya langit yang mereka nampak
Rumput di bumi dipandang tidak

Mereka celik tapi buta
Buta kerana gilakan harta
Kehidupan dunia sungguh dicinta
Amaran Allah dianggap dusta

Berbeza halnya bagi yang beriman
Segala  peringatan amat berkesan
Walau matanya tidak terlihat Tuhan
Hukuman azab tetap menggetarkan

Berita gembira mereka diberi
Balasan syurga di kemudian hari
Sebagai imbalan tidak mengingkari
Kebahagian kekal tidak terperi

Wallahualam