Friday, November 28, 2014

Al-Ankaabut ayat 65 - 66

Ayat  65  dan  66

بسم الله الرحمن الرحيم
29:65

 29:66

Terjemahan ayat:

65.     Dalam pada itu, apabila mereka naik kapal (lalu menemui sesuatu bahaya) mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya.  Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka mendarat, mereka berlaku syirik kepadaNya
66.     (Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya, dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.

Coretan  madah:

Ketika menempoh situasi genting
Pertolongan Allah menjadi penting
Merayu padaNya dengan hati bening
Setelah terselamat mengapa berpaling

Terlupa untuk menggotakan kata
Keasyikkan dunia mengaburi mata
Kembali mereka ke lembah nista
Balasan neraka menanti mereka

Ku cuba selami mesej ayat
Di kala susah Allah diingat
Ketika senang dikufuri nikmat
Begitu jeliknya manusia bersifat

Astagfirullah …


..bersambung..

Tuesday, November 25, 2014

Perjalanan Ke masjid

Untuk  Renungan  Bersama
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

          Tahukah kita … perjalanan terjauh dan terberat bagi seorang lelaki adalah perjalanan kemasjid.
         
Sebab kebanyakkan orang tidak sanggup mengerjakannya.  Jangankan sehari lima waktu … bahkan banyak pula yang seminggu pun terlupa.  Tidak jarang pula seumur hidup tidak pernah singgah kesana.
         
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan kemasjid.

Kerana orang pintar dan pandai sering tidak mampu menemukannya walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke Universiti-Universiti di Eropah atau pun di Amerika.  Mudah melangkah kaki ke Jepun  …  Australia dan United Kingdom dengan semagat yang membara … namun kemisjid tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh walau telah ber “title Degree  … Masters dan PhD”

Perjalanan terjauh dan terberat adalaj perjalanan kemasjid.

Kerana para pemuda yang kuat dan bertubuh sehat yang mampu menakluk puncak Gunung Everest pun  sering mengenuh ketika diajak kemasjid.  Alas an-alasan mereka pun berbagai-bagi  … ada yang berkata sebentar lagi  … ada yang berucap tidak nyaman dicap alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan kemasjid.

Maka berbagialah diri kita sejak kecil lagi kita telah berbiasa melangkahkan kaki kemasjid.  Kerana bagi kita  … sejauh mana pun kita melangkahkan kaki … tidakada perjalanan yang paling kita banggakan selain perjalanan kemasjid.

Biar aku beritahu rahasianya … sejati perjalanan kita kemasjid adalah perjalanan untuk menjumpa Rabb kita.  Itulah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw kita … serta perjalanan yang akan membedakan kita dengan orang-orang yang lupa Rabbnya
Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan kemasjid.

Maka lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh mengenal Rabb kita

Jom sholat berjemaah di awal waktu.


Wallah  hu  alam.

Monday, November 24, 2014

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.
(Diterima dari whatsApp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم


Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.  Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.  Kanser daripada sotong kering  -  Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI  penyelidik CAP,  Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN  -  Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang  (CAP)  mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,''  kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,''  ujarnya.
untuk peminat sotong



Wallah  hu  alam

Friday, November 21, 2014

Al-Ankaabut ayat 60 - 64,

Ayat  60  hingga  64

بسم الله الرحمن الرحيم
29:60
29:61
29:62
29:63
29:64

Terjemahan ayat:

60.     Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama. Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
61.     Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:  “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan  (untuk faedah makhluk-makhlukNya)??  Sudah tentu mereka akan menjawab:  “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keEsaan Allah dan mematuhi perintahNya)??
62.     Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuata
63.     Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:  “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya??”  Sudah tentu mereka akan menjawab:  “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad) “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian, bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)
64.     Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)


Coretan madah:

Mari ditinjau kehidupan binatang
Makan dikais pagi dan petang
Allah pemberi rezeki yang datang
Kehidupan haiwan berjalan tenang

Ketenangan hidup yang dipinta
Bukan sibuk mengaut harta
Rezeki itu kurniaan Allah semata
Mensyukuri nikmat tanggungjawab kita

Pihak musyrikin akui kenyataan
Langit dan bumi Allah ciptakan
Begitupun juga matahari dan bulan
Kekuasaan Allah tiada tandingan

Di sebalik pengakuan tertanam kedegilan
Mereka ingkari keEsaan Tuhan
Hati murni dikuasai syaitan
Sehingga otak hilang peranan

Miskin kaya Allah penentu
Ditakdirkan kaya diharapkan membantu
Seandainya miskin redhalah begitu
Allah mengetahui segala sesuatu

Kaya dan miskin sebagai ujian
Untuk diukur tahap keimanan
Apakah si kaya lupa daratan
Atau si miskin menyalahkan suratan

Ingin dikongsi sebuah kisah
Kisah dipetik di zaman Rasulullah
Pencinta masjid bernama Tsa’labah
Asalnya miskin kepingin berubah

Rasul berdoa setelah didesak
Kayalah Tsa’labah ternakan membiak
Hingga beliau menjadi riak
Tuntutan zakat beliau tolak

Daripada langit turunnya rezeki
Seperti hujan menyuburkan bumi
Kembali segar tumbuhan mati
Bumi kontang kini berpenghuni

Begitulah Allah Maha Berkuasa
Pihak musyrik mengakui sama
Diucapkan “Alhamdulillah’ lega dirasa
Kecuali musyrik yang tiada rasa

Tetap mengingkari Allah Yang Esa
Kehidupan dunia pentas sandiwara
Kemewahan dirasa hanya sementara
Kehidupan kekal di akhirat sana
Bagi yang ingkar bakal merana

Perbanyakkan amal sebagai bekal
Supaya nanti tidak menyesal
Kehidupan dunia bakal ditinggal

Sedarlah daripada terus berkhayal

bersambung..

Thursday, November 20, 2014

Tanda-tanda Penyakit Hati

Tanda-tanda  Penyakit  Hati
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم


            Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang bersimpati.  Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakiut.

          Pun begitu, semakin canggih dan perihatin manusia terhapat kesihatannya, manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal.

          Antara tanda-tanda penyakit hati itu ialah:

1        Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.  Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula.  Contohnya melakukan  sembahyang bukan dengan  “sengaja”  tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.  Kalau pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan.  Mereka merasa untuk menjalankan ibadah sunnah.  Allah berfirman yang maksudnya:  “Dan mereka tidak mengerjakan sholat melainkan dengan malas dan tidak  (pula)  menafkahkan  (harta)  mereka, melaikan dengan rasa enggan”.  (Surah At-Taubahg ayat 54)

2        Tidak tersentuh ayat Al-Quran.  Katika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka teidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca Al=Quran dan mendengarnya.  Sedangkan Allah memperingatkan dalam Al-Quran yang bermasud:  “Maka beri peringatanlah dengan Al-Quran orang yang takut kepada ancamanKu”  (Surah Qaaf ayat 45)

3.       Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah.  Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana.  Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke  kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya,

4.       Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat.  Himmah dan segala keinginannya  terlampau untuk urusan dunia semata.  Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia.  Cinta benci dan hubungan dengan sesame manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah-olah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia.
5.       Berkawan  dengan orang yang melakukan masiat.  Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.  Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dengan dosa banyak bergurau dan ketawa tanpa batasan banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.

6.       Kemaksiatan berantai.  Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang berlaku sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7.       Meremehkan dosa kecil.  Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka.  Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermul dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis-titis hujan yang kecil.

8.       Tidak peduli sumber makanan.  Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang perhatin dengan sumber makanan, halal atau haram,  Begitu juga dengan yang syubahat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi.  Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting kaw-kaw.  Begitu juga berbagai punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana.

9.       Selalu mencari kesalahan orang lain hingga tidak nampak kesalahan sendiri.  Lebih parah lagi apabila tidak sedar mencari cari aib orang itu satu dosa yang dimurkai Allah

          KESIMPULAN:
         
                    Bersihkan hati … carilah ubat hati selama mana ada kesempulan untuk membersihkan dan mengubati hati itu.  Kerana tiada klinik dan hospital yang mampu merawat penyakit hati ini … hanya taufiq dan hidayah Allah yang boleh menjadi penawarnya.

          Wallah  hu  alam     

Wednesday, November 19, 2014

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA
DI PADANG MAHSYAR
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)         


Renung-renungkanlah:

1,       Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.       Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.       Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4.       Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5.       Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.       Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.       Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8.       Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9.       Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10.     Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11.     Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12.     Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

Seram sejuk bila membacanya


Wallah hu alam

Tuesday, November 18, 2014

Terapi minda

Terapi  minda
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

            Baca dengan tenang … mudahan ada manfaatnya … Terdapat  seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya.  Setiap pagi, si datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur.  Si cucu yang melihat juga meniru perbuatan datuknya itu.
          Satu hari si cucu bertanya kepada datuknya,  “Atuk.saya baca Quran ini tetapi tidak fahamlah maksudnya.  Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran .  Jadi apa gunanya kita abaca Al-Quran ini ?”
          Si datuk berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul kerana diisi arang sebelumnya.
          Nah, engkau pergi sungai, bawak air dalam bakul ini”  Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang.  Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.”
          “Engkau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”  Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba dihadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
          “Tidak bolehlah atuk”.  Cuba sekali lagi.  Kali ini datuknya melihat dari pintu.  Si cucu, cepat-cepat ke sungai  dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.  “Nampak tak atuk?  Tidak bolehlah”..
          “Tidak ada gunanya”  bentak si cucu.
          Si datuk pun berkata.  “Jadi engkau rasa tidak bergunalah?  Cuba engkau tengok bakul itu”.
          Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sedah bersih.
          Terus si datuk menyambung,  “Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksundnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah.  Kerja Allah”
          Moral:  Bacalah Al-Quran walau tidak tahu maknanya … kerana ia kalam Allah yang bo0leh membersihkan hati kita.


Wallah hu alam 

Monday, November 17, 2014

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zuhur.

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zuhur.
(Di terima dari WhatsApp  -  ingin berkongsi)

Syaitan tidak melakukan Qailulah. Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah (tidur sejenak sebelum solat Zuhur selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah SAW, "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)                                     
Apa itu Qailulah ?  Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.        

Apakah kelebihan atau kebaikan Qailulah?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan 'nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.




Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Friday, November 14, 2014

Al-Ankaabut ayat 56 - 59,

Ayat  56  hingga  59

بسم الله الرحمن الرحيم
29:56
29:57
29:58
29:59

Terjemahan ayat:

56.     Wahai hamba-hambaKu yang beriman!  Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu
57.     Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)
58.     Dan orang-orang yang beriman serta beramal sholeh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya.  Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh
59.     (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula serah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

Coretan madah:

Andai terbelenggu di bumi sendiri
Seperti terjadi di zaman Nabi
Seruan hijrah kedengaran disini
Keluar berpindah ke jalan Illahi

Dipasang niat ‘Fisabilillah’
Allah temani setiap langkah
Setiap kesulitan bakal dipermudah
Rasa syukur rahmat berlimpah

Perkara mati adalah pasti
Alam barzakh sedia menanti
Alam akhirat kemudian mengganti
Syurga, neraka balasan abadi

Sebelumnya ini bicara neraka
Tempat balasan mahkluk celaka
Kini cerita syurga, berbeza belaka
Segalanya indah hatipun suka

Penghuni syurga makhluk pilihan
Mereka sabar menempuh ujian
Bertawakal penuh kepada Tuhan
Begitu tinggi tahapnya iman

bersambung


Monday, November 10, 2014

Kata-kata orang bijak bistari - Sumber dar WhatsAPp

Kata-kata  orang  bijak bistari
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)


1.       INGIN BAHAGIA? 
SOLATLAH DI AWAL WAKTU.
2.       INGIN SIHAT? 
BERPUASALAH.
3.      
INGIN DIPERMUDAHKAN URUSAN?  BACALAH AL-QURAN
4        INGIN WAJAH BERSERI?  JAGA SOLAT TAHAJUD
5.       INGIN KAYA?  SOLAT DHUHA
6.       DIHIMPIT MASAALAH?  BERISTIGHFARLAH..
7.       BERASA DUKACITA?  BERDOALAH
8.       MAHUKAN KEBERKATAN?  BERSELAWATLAH

AMALKAN & SEBARKAN

Yang membaca tak untung
Yang bercakap pun tak untung
Yang mendengar pun tak untung

Y A N G  U N T U N G  - ORANG  YANG  MEMPRAKTIKKANNYA



Wallah hu alam

Friday, November 7, 2014

Al-Ankaabut ayat 53 - 55,

Ayat  53  hingga  55

بسم الله الرحمن الرحيم
29:53
29:54
29:55

Terjemahan ayat:

53.     Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan);  dan kalau tidaklah kerana adanya tempuh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.
54.     Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya neraka Jahannam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir
55.     Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan  (malaikat yang melakukannya)  akan berkata kepada mereka;  “Rasalah kamu  (balasan)  apa yang kamu telah kerjakan”

Coretan madah:

Sombong meminta disegerakan azab
Bukankah ini perbuatan biadab
Seolahnya mencabar kekuasaan Ar-Rabb
Celakalah mereka di hari hisab

Usah ditanya bilakah kiamat
Kedatangannya nanti semuanya gamat
Hendak berfikir mustahil sempat
Pintu taubat tertutup rapat

Neraka Jahannam telah dijanjikan
Itulah seburuk-buruk tempat balasan
Bakal ditimpa azab berkekalan
Mustahil ada sebarang perlindungan

Azab neraka amat menggerunkan
Ia meliputi keseluruhan badan
Hatta dikatakan azab teringan
Ditelapak kaki bara disimpan
Bergelegak otak menjadi didihan

Na’uzubillah …


bersambung

Wednesday, November 5, 2014

USAH BERSEDIH - Sumber dari WhatsApps

USAH BERSEDIH


1.       Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf AS, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2.       Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim AS, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3.       Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus AS, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4.       Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub AS, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5.       Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa AS, yg tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6.       Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7.       Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam AS, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8.       Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh AS, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9.        Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad SAW, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..

Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakanlah. Alhamdulillah. Jika tidak, pun alhamdulillah

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)


Monday, November 3, 2014

Dahsyatnya Surah Al-Ikhlas

Posting kali ini adalah dari koleksi yang didapati dari perkongsian komuniti WhatApps. Di harap bahan-bahan perkongsian ini akan memberi kebaikan kepada semua pembaca:

===========================================



Dahsyatnya  Surah  Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم


Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini...Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya,

Sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
 ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,

LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.  Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah. 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby).  SubhanAllah....

Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.

Saudaraku... TOLONG SAMPAIKAN. Sabda Rasulullah SAW,  "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."


Wallah hu alam