Posting kali ini adalah dari koleksi yang didapati dari perkongsian komuniti WhatApps. Di harap bahan-bahan perkongsian ini akan memberi kebaikan kepada semua pembaca:
===========================================
Dahsyatnya Surah
Al-Ikhlas
بسم الله الرحمن الرحيم
Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan
ini...Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa
ku di genggaman-Nya,
Sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s,
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s,
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada
sayap malaikat Israfil a.s".
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW
telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat
Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang
lain ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu
padang itu
seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut
maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami
ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun
perempuan".
Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah
berkaitan surah Al-Ikhlas. Suatu ketika
70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal.
Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat
itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang
saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup
tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk
memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa
membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka
tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby). SubhanAllah....
Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.
Saudaraku... TOLONG SAMPAIKAN. Sabda Rasulullah SAW, "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
Wallah hu alam
No comments:
Post a Comment