KISAH IMAM HASAN AL-BASRI
Dikisahkan, Imam Hasan al-Basri memiliki jiran Nasrani yang menyewa bilik
kecil di atas loteng rumahnya. Oleh kerana atap rumah keduanya bersambung
menjadi satu, maka air najis yang berasal dari tandas jirannnya itu sentiasa
mengalir dan menitis ke dalam bilik Imam.
Melihat demikian, beliau terus bersabar dan tidak menjadikannya satu
masalah. Beliau menyuruh isterinya meletakkan bekas untuk menadah titisan air
kencing itu agar tidak mengalir ke mana-mana. Selama dua puluh tahun perkara
itu berlarutan dan Hassan al-Basri tidak mengatakan atau memberitahu
mengenainya. Dia benar-benar ingin mengamalkan sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhirat, maka muliakanlah jiran
tetangganya".
Suatu hari, Hassan al-Basri sakit. Jiran Nasraninya itu datang untuk
menziarahinya.Dia merasa aneh ketika melihat ada air menitis dari atas bilik
imam. Dia melihat dengan teliti titisan air yang terkumpul dalam
bekas.Ternyata, itu air kencing.Dia terus faham bahawa air kencing yang
mengalir tersebut berasal dari bilik kecil yang berada di atas loteng rumahnya.
Dan yang membuatnya bertambah hairan, mengapa Imam Hassan al-Basri tidak
memberitahunya? "Imam, sejak bila kamu bersabar dengan titisan air kencing
kami ini?" tanya si jiran. Hassan al-Basri diam. tidak menjawab.Beliau
tidak mahu jiran tetangganya berasa tidak selesa.
"Imam,katakanlah dengan jujur, sejak bila kamu bersabar dengan titisan
air kencing kami ini?jika kamu tidak katakan, maka kami akan berasa sangat
tidak selesa.,"desak tetangganya. "Sejak dua puluh tahun yang
lalu,"jawab Imam Hassan al-Basri dengan suara yang rendah. "Mengapa
kamu tidak memberitahuku?" "Nabi mengajar supaya memuliakan jiran
tetangga, Rasulullah bersabda:" sesiapa yang beriman pada ALLAH dan hari
akhirat, maka muliakanlah jiran tetangganya."
Seketika itu, si jiran terus mengucapkan dua kalimah syahadah. Dia dan
seluruh keluarganya memeluk Islam. Subhanallah, kerana setia mengamalkan sunnah
Rasulullah dan berakhlak seperti Rasulullah, jiran Nasrani itu diberi hidayah
oleh ALLAH untuk memeluk agama Islam.
KISAH IMAM HASAN DAN PENGANGKUT AIR
SUATU hari, ada seorang kuli pengangkut air yang sehari-harinya sentiasa
mengucapkan tahmid dan istighfar (alhamdulillah wa astaghfirullah). Hasan
Al-Basri, penghulu para tabi'in, melihat hal tersebut merasa ingin tahu dan
menanyakan kepada sang kuli pengangkut air yang saat itu berkunjung ke
rumahnya.
“Kalau boleh tahu sejak bila engkau selalu mengucapkan dua kalimah
tersebut?,” tanya Hasan Al-Basri.
“Sudah lama”, jawab sang kuli pengangkut air.
“Kenapa engkau selalu mengucapkan dua kalimah itu?,” tanya Hasan Al-Basri.
Sang kuli menjawab, “Kerana kita selalu berada dalam dua keadaan, kala kita
mendapatkan nikmat, kita harus bersyukur kepada Allah namun ada kalanya kita
berada dalam keadaan lalai dan alpa, banyak melakukan sesuatu yang tidak
bermanfaat dan menimbulkan kemudharatan, kita harus meminta ampun kepada-Nya,”
jawab sang kuli.
“Lalu apa faedah yang engkau perolehi dengan mengucapkan dua kalimah
tersebut?,” tanya Hasan Al-Basri lagi.
“Faedahnya ialah doa-doaku selalu dikabulkan. Tapi ada satu doaku yang belum
Allah kabulkan,” katanya.
“Boleh aku tahu doa apa itu?”
“Allah belum mengabulkan doaku untuk bertemu dengan ulama yang sangat aku
kagumi.”
“Siapakah ulama itu?”
“Hasan Al-Basri”
Hasan Al-Basri kemudian memeluk sang kuli dan berkata, “Sekarang Allah telah
mengabulkan doamu, akulah Hasan Al-Basri itu.”
Sang kuli pun terkejut dan tidak berhenti mengucap puji syukur kerana Allah
telah mengabulkan doanya.
SILA SHARE DAN SEBARKAN