Ayat 60
hingga 64
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan ayat:
60. Dan
(ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama. Allah
jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui
61. Dan
sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik)
itu: “Siapakah yang menciptakan langit
dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan
(untuk faedah makhluk-makhlukNya)??
Sudah tentu mereka akan menjawab:
“Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya
daripada mengakui keEsaan Allah dan mematuhi perintahNya)??
62. Allah
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan
menyempitkan (rezeki itu) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuata
63. Dan
sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik)
itu: “Siapakah yang menurunkan hujan
dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah
matinya??” Sudah tentu mereka akan
menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai
Muhammad) “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang
demikian, bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan
pengertian syirik)
64. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan
kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanya ibarat
hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang
sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak
akan melupakan hari akhirat)
Coretan madah:
Mari ditinjau kehidupan binatang
Makan dikais pagi dan petang
Allah pemberi rezeki yang datang
Kehidupan haiwan berjalan tenang
Ketenangan hidup yang dipinta
Bukan sibuk mengaut harta
Rezeki itu kurniaan Allah semata
Mensyukuri nikmat tanggungjawab kita
Pihak musyrikin akui kenyataan
Langit dan bumi Allah ciptakan
Begitupun juga matahari dan bulan
Kekuasaan Allah tiada tandingan
Di sebalik pengakuan tertanam kedegilan
Mereka ingkari keEsaan Tuhan
Hati murni dikuasai syaitan
Sehingga otak hilang peranan
Miskin kaya Allah penentu
Ditakdirkan kaya diharapkan membantu
Seandainya miskin redhalah begitu
Allah mengetahui segala sesuatu
Kaya dan miskin sebagai ujian
Untuk diukur tahap keimanan
Apakah si kaya lupa daratan
Atau si miskin menyalahkan suratan
Ingin dikongsi sebuah kisah
Kisah dipetik di zaman Rasulullah
Pencinta masjid bernama Tsa’labah
Asalnya miskin kepingin berubah
Rasul berdoa setelah didesak
Kayalah Tsa’labah ternakan membiak
Hingga beliau menjadi riak
Tuntutan zakat beliau tolak
Daripada langit turunnya rezeki
Seperti hujan menyuburkan bumi
Kembali segar tumbuhan mati
Bumi kontang kini berpenghuni
Begitulah Allah Maha Berkuasa
Pihak musyrik mengakui sama
Diucapkan “Alhamdulillah’ lega dirasa
Kecuali musyrik yang tiada rasa
Tetap mengingkari Allah Yang Esa
Kehidupan dunia pentas sandiwara
Kemewahan dirasa hanya sementara
Kehidupan kekal di akhirat sana
Bagi yang ingkar bakal merana
Perbanyakkan amal sebagai bekal
Supaya nanti tidak menyesal
Kehidupan dunia bakal ditinggal
Sedarlah daripada terus berkhayal
bersambung..
No comments:
Post a Comment