Monday, December 22, 2014

Ibu dan bapa

 KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU


  1.  Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak  bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
  2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
           » Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
           » Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
           » Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

   3.  Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
           » Anak
           » Ibu
           » Suami / Isteri


  1.  Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
  2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
  3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
  4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.
  5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
  6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
  7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.

         “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada                 ibu/bapaku”.
            Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

  1. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
  2. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.
  3. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.


Aaminn…

Sumber WhatsApps

Wednesday, December 17, 2014

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat 

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :          

Soalan pertama          
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?         
 Lalu beberapa orang murid menjawab:         
Murid 1 : Orang tua         
Murid 2 : Guru          
Murid 3 : Teman          
Murid 4 : Kaum kerabat          
Imam Ghazali :          Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .         

Soalan kedua          
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?         
 Lalu beberapa orang murid menjawab:          
Murid 1 : Negeri Cina          
Murid 2 : Bulan          
Murid 3 : Matahari         
Murid 4 : Bintang-bintang          
Iman Ghazali :          Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.          

Soalan ketiga          
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?         
 Lalu beberapa orang murid menjawab:          
Murid 1 : Gunung          
Murid 2 : Matahari          
Murid 3 : Bumi          
Imam Ghazali :  Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .  “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)          

Soalan keempat         
 Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?         
 Lalu beberapa orang murid menjawab:          
Murid 1 : Baja          
Murid 2 : Besi          
Murid 3 : Gajah          
Imam Ghazali :          Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.          

Soalan kelima          
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?          
Lalu beberapa orang murid menjawab:          
Murid 1 : Kapas          
Murid 2 : Angin          
Murid 3 : Debu          
Murid 4 : Daun-daun          
Imam Ghazali :          Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaliq.          

Soalan keenam          
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?         
 Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang          
Imam Ghazali :  Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA .Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.     

     
Sumber WhatsApps

Monday, December 15, 2014

Imbas Kembali Untuk keinsafan - Untuk Ayah dan Emak...(sumber WhatApps)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ayah dan Emak...

Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut  mayat depa, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita salah sorang yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita!!! Bukan orang lain. Pusing mayat dia, angkat
papan keranda tu kita dok tengok ni Allahhurabi.. "Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak". Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan
di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
"Mak last mak hari ni mak.. Lepasnya dari ni aku tak tengok mak dah".
Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu.. Terlintas ni, yang 20 tahun lepas kita kenal2 dunia ni, tangan ni yang suap dimulut kita. Allahhurabbi.. Hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita. Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita mati,kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat.
Kalau kita ada tiga empat beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang pegang belakang bang". Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas satgi, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni.
Takdak benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa. "Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah..Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka ya Allah.. Aku
tadah tangan ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala
dosa2 dia Ya Allah".
Kawan2, kalau dosa sebegitu kita doa dengan Allah taala, untung mak kita. Adakah Allah taala
akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah taala tolak ni doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu saya pesan selagi kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la..

Buat jasa! Buat sekadar2 yang mana kita boleh.

Allahhuakbar.

Sayang makayah! Maafkan saya mak ayah...
\

 Pak Engku:

Friday, December 12, 2014

Ayat Akhir Surah Al-Ankaabut : Ayat 69

Ayat  69

بسم الله الرحمن الرحيم

29:69

Terjemahan ayat:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Coretan madah:

Pejuang agama diberi jaminan
Dilindungi Allah sepanjang jalan
Gembiralah mereka beroleh keredhaan
Terus berusaha membaiki amalan

Sultan Brunei mengorak langkah
Hukum hudud terlaksana sudah
Rakyat asing mengecam marah
Baginda yakini pertolongan Allah

Kini sampai di penghujung madah
Bangkit semangat untuk melangkah
Meneruskan perjuangan di jalan Allah
Moga diakhiri khusnul khatimah


 Insya Allah

Dengan tersiarnya ayat 69 ini maka tamatlah siri madah surah Al-Ankaabut. 
Mudah-mudahan semua pembaca mendapat sedikit pengajaran dan manfaat dari madah-madah yang tersiar.

Tuesday, December 9, 2014

Sembilan bentuk pembaziran manusia



Berkata Ibnu Al-Qayum Al-Jauziah.


Terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1.       Pembaziran ilmu pengetahuan  -  iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan
2.       Pembaziran amalan  -  iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3.       Pembaziran kekayaan  -  iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT
4.       Pembaziran hati  -  iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT
5.       Pembaziran tubuh badan  -  iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT
6.       Pembaziran cinta  -  iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya
7.       Pembaziran masa  -  iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya
8.       Pembaziran akal  -  iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama
9.       Pembaziran zikir  -  iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati/

          Fikir-fikirlah renung-renunglah semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.


          Wasalam.    

Monday, December 8, 2014

55 Amalan sunnah Rasulullah saw

55  Amalan  sunnah Rasulullah saw


1.       Pemadangan mata: 
         
Pandangan mata adalah anak panah iblis.  Lihat bukan muhrim sekali saja.  Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.  Tiada kusyuk.

2.       Makan garam:
         
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.  Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3.       Minum tangan kanan
         
Sentiasa  minum memegang gelas dengan tangan kanan.  Iblis minum dengan tangan kiri

4.       Sesaat di jalan Allah:
         
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar  “hai kawan ayuklah  solat”

5.       Langkah kanan:
         
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri.  Maka rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.  Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan

6.       Makan tiga jari:
         
Nabi saw makan kurma dengan  3  jari iaitu jari ibu, telunjuk dan hantu.  Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan  3  suapan pertama ikut sunnah.

 7.       Jaminan Allah:
         
3  orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8.       Gunting bulu:
         
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama  40  hari maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ

9.       Jangan bersiul:
         
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10.     Cara potong kuku tangan:
         
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan  sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan

11.     Cara potong kuku kaki:
         
Mula dari kelingking kanan ke sebelah  kiri sempai kelingking kaki kiri

12.     Panjang lengan baju:
         
Panjang tangan baju Rasulullah saw adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13.     Pakaian kesukaan:
         
Pakaian kesukaan Rasulullah saw gamis iaitu baju labuh atau kurta.


14.     Bersiwak
         
Jika didahului dengan bersiwak  (bersugi)  satu kali anda bertasbih maka Allah hitung  70 kali bertasbih.  Jika bersholat akan dihitung 70 kali solat

15.     Doa dalam sujud:
     
Saat yang paling hamper antara seseorang hamba  dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16,     Adab di tandas:
         
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17.     Adab makan:
         
Hendaklah menghindarkan diri dari kenyang yang melampau batas.  Sepertiga makanan, sepertiga minum dan sepertiga lagi untuk bernafas

18.     Tiga jenis orang:
         
3  jenis orang yang tidak akan di pandang  oleh Allah swt pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19.     Pakai minyak wangi:
         
Memakai minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20.     Ambil wuduk sebelum tidur:
         
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan


21.     Cincin perak:
         
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri.  Akan mendapat pahala sunnah berterusan selama memakainya.

22.     Solat fardhu di masjid:
         
Nabi saw tidak pernah solat fardhu di rumah.  Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23.     Pakai celak:
         
Gunakan celak ismid  (dari galian)  kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.  Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24.     Panjang pakaian:
         
Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis tidak melebihi buku lali.

25.     Solat fardhu berjemaah:
         
Solat fardu berjemaah di masjid dibayar 25 kali lipat dari solat sendiri di rumah.  Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26.     Menguap:
         
Menguap adalah dari syaitan.  Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27.     Menyinpan janggut:
         
`Memotong misai dan menyimpan janggut.  Lebih afdal dengan jambang sekali.  Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28.     Jangan menghadap kiblat ketika buang air:
         
Jangan menghadap atau membelakang kiblat ketika buang air kecil atau besar.  Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29.     Warna pakaian Rasulullah:
         
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah saw menyukai pakaian berwarna putih.

30      Posisi tidur:
         
Posisi tidur yang dianjurkan telah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31.     Minum lepas makan
         
Lepas makan nasi jangan minum terus minum.  Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32.     Tidur sebelum Zohor:
         
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33.     Berdiri hormat:
         
Rasulullah saw membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis

34.     Pakaian berwarna:
         
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai sami Hindu dan Buddha khususnya bagi lelaki.

 35.     Makan dengan orang miskin:
         
Rasulullah saw suka mamberi makan atau makan bersama orang miskin.  Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36      Menu Rasulullah saw:
         
Rasulullah saw membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37.     Pemberian yang tidak boleh ditolak

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38.     Ketawa Rasulullah saw.
         
Ketawa Rasulullah saw hanyalah senyuman

39.     Minuman Rasulullah.

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah minuman yang manis dan dingin

40.     Hisap air dalam hidung

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung  3x  kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung

41.     Beri makan anak yatim:

Nabi saw suka memberi makan anak yatim.  Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42.     Larang pakai cincin.
         
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah

43.     Bangun tidur

Nabi saw bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44.     Kongsi makanan:

Jangan kedekut berkongsi makanan.  Nabi saw suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45.     4 rakaat sebelumm Zohor:

Solat 4 rakaat setelah gelicir matahari sebelum zohor.  Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor

46.     Istighfar:

Nabi saw beristighfar kepada Allah mohon keampunan  dosa dan bertaubat setiap hari lebih dar 70 kali.

47.     Jangan mencaci makanan

Jangan mencaci makanan.  Jika suka, makanlah, jika tidak suka biarkan sahaja.

48.     Apabila bertemu:

Apabila bertemu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49.     Jawab salam dalam tandas:

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.  Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

 50.     Makanan Panas:

Rasulullah saw melarang meniup makanan panas.  Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk di makan.

51.     Giliran minum:

Jika berkongsi minum dalam satu glass atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang sebelah kanan.

52.     3 amal

Nabi saw menasihati jangan meninggalkan 3 amal itu puasa 3 hari sebulan  (afdal 13, 14 dan 15 haribulkan).

53.     Jangan tidur meniarap:

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54.     Cara pegang miswak:

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas

55.     Dua rakaat sebelum Subuh:

Dua rakaat sunat sebelum solat fardu Subuh itu adalah lebih baik dari
dunia segala isinya …

Wassalam  -  Wallah hu alam.


Diterima dari whatsapp Pak Engku  -  Pak Engku ingin kongsi bersama.  Pak Engku susun jari 10 mohon maaf jika ada tersalah silap.

Friday, December 5, 2014

Al-Ankaabut ayat 67 - 68

Ayat  67  dan  68


بسم الله الرحمن الرحيم 
29:67

 29:68

Terjemahan ayat:

67.     Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan  (Makkah, negeri mereka)  tanah suci yang dihormati, lagi aman;  sedang orang-orang ramai yang tinggal di sekeliling mereka sentiasa diculik  (untuk ditawan atau dibunuh)??  Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah, dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah??
68.     Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran ini disampaikan.Bukankah dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir??

Coretan madah:

Ku renungi ayat ini
Kesucian Makkah amat diyakini
Dari dulu hingga kini
Terpelihara ia daripada dicemari

Demikian mulianya kota Makkah
Tiada dicemari titisan darah
Bukan seperti di lain daerah
Penduduk Makkah dinaungi rahmah

Namun kafir Quraisy terlalu buta
Segala yang baik dianggap dusta
Keingkaran mereka begitu nyata
Neraka Jahanam bagai dipinta

Ku buat rujukan beberapa surah
Surah-surah itu menyokong hujjah
Betapa pentingnya negeri Makkah
Di surah Al-Balad Allah bersumpah**

Begitu mulianya negeri Makkah
Di dalamnya terbina Baitullah
Kepadanya kiblat beralih arah
Rujukan Ali-Imran dan Al-Baqarah***

Makkah bumi kelahiran Rasullulah
Nabi Ibrahim juga mendoakan Makkah****
Dibuminya tercatat pelbagai sejarah
Pertemuan Adam/Hawa di jabal Rahmah


**(Surah Al-Balad  -  ayat 1)

90:1
 “Aku  bersumpah dengan negeri  (Makkah) ini”


*** (Surah Al-Imran  -  ayat 96)

3:96

“Sesungguhnya; Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia  (beribadat kepada Tuhannya)   ialah Baitullah yang di Makkah, yang berkat dan  (dijadikan)  pertunjuk hidayah bagi umat manusia”



 ***(Surah Al-Baqarah  -  ayat 144)

2:144

          “Kerapkali Kami melihat engkau  (wahai Muhammad)   berulang ulang menengadah ke langit maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.  Oleh itu palingkanlah mukamu kearah masjid Al-Haram  (tempat letaknya Kaabah);dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.Dan sesungguhnya orang-orang  (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara  (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka;  dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”.


**** (Surah Al-Baqarah  -  ayat 126)

2:126

Dan  (ingatlah)  ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:  “Wahai Tuhanku!  Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya.Iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”.  Allah berfirman:  “(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia) kemudian Aku memaksukannya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. 


bersambung..

Thursday, December 4, 2014

GANJARAN DISEBALIK ZIARAH PESAKIT. (Diterima dari Whatsapp)

GANJARAN DISEBALIK ZIARAH PESAKIT.
(Diterima dari Whatsapp  -  ingin kongsi bersama)


Dalam sebuah Hadis diriwayatkan

“ Daripada Abu Hurairah r.a. , bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Hak seorang Muslim ke atas seorang muslim  (yang lain )  ada enam:  Baginda ditanya apakah ia ya Rasulallah ?,  baginda menjawab: Apabila kamu menemuinya kamu memberi salam kepadanya. Apabila dia menjemputmu kamu penuhi jemputannya, apabila dia meminta nasihatmu kamu menasihatinya, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhmadulillah, maka kamu mendoakannya  (Yarhamkallah ), apabila dia sakit kamu menziarahinya, apabila dia meninggal dunia, kamu iringi jenazahnya”  Riwayat: Ahmad, al-Bukhari dan Muslim .

Sahabat-sahabat yang dikasihi jika diperhatikan kepada hadis ini kebanyakan kita telahpun melaksanakan tuntutan ini. Namun salah satu dari enam  perkara yang disenaraikan oleh Rasulullah ini terdapat satu perkara yang kerapkali diabaikan oleh kita. Iaitu menziarahi orang sakit.

Kadang kala kita dengar bahawa teman atau sahabat kita ditimpa musibah dan jatuh sakit namun kita bertangguh-tangguh untuk menziarahinya. Berbagai alasan yang jika disenaraikan mungkin lebih dari sepuluh … hakikatnya kalau kita benar-benar tahu fadhilat menziarahi pesakit dan janji Allah dan Rasul padanya pasti kita tidak akan mengabaikannya.

Berikut disenaraikan  tiga  kelebihan ziarah pesakit : 
Para malaikat berselawat dan memohon keampunan buat orang yang menziarahi pesakit.
“ berkata Ali r.a. : aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  Tidak seorang muslim pun yang menziarahi saudaranya yang Islam pada waktu pagi, kecuali pasti berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga petang hari.  Dan sekiranya dia menziarahinya waktu malam, pasti 70 ribu malaikat berselawat ke atasnya sehingga waktu pagi.  Dan baginya mahligai di dalam syurga.”  Riwayat Ahmad dan Al-Tirmidzi.

Zaiarah pesakit mengundang rahmat Allah.  Anas bin Malik  ra               menceritakan:  
“ Aku pernah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda : sesiapa yang menziarahi pesakit, sesungguhnya dia bejalan dalam rahmat Allah, apabila dia duduk di sisi pesakit rahmat menyelubunginya. Aku  (Anas) bertanya :  “ ya Rasulullah itu habuan buat orang yang sihat yang  datang ziarah pesakit, apa pula buat pesakit ?,  Baginda menjawab : dihapuskan kesalahannya”  Riwayat; Ahmad.

Beroleh kebahagiaan dan syurga:  Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menziarahi orang ditimpa musibah, kerana Allah Ta’ala, ada satu seruan yang menyerunya, ‘Semoga Allah Ta’ala memberi kebaikan kepada kamu, kebaikan dalam perjalanan kamu, dan Allah Ta’ala akan menjadikan tempat duduk kamu dalam syurga”  Riwayat: Ahmad, Al-Bukhari dan Ibnu Majah.

Sahabat-sahabatku peluang sentiasa terbuka luas buatmu.. kenapa bila ada saudaramu apatah lagi orang tuamu atau saudara maramu sakit tidak kau ziarahi.. bahkan kesibukkanmu kau jadikan alasan … sedangkan doa malaikat, rahmat Allah, ketenangan jiwa dan syurga Allah menantimu …… 

Doakan Istiqamah..


Wednesday, December 3, 2014

Kita Ibarat Pinggan (Diterima dari WhatsApp - ingin kongsi bersama)

Kita Ibarat Pinggan
(Diterima dari WhatsApp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..
Selang beberapa tempoh masa, individu   pertama  memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya.

Individu  kedua  pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu  ketiga  pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan  kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam  api neraka sebelum  memasukkan kita ke dalam syurga..

Tetapi jika kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..

Semoga bermanfaat  “Kita Ibarat Pinggan…”


Wallah hu alam