Monday, March 31, 2014

Surah Empat (4) Qul


Surah  Empat  (4)  Qul
بسم الله الرحمن الرحيم

Mukaddimah:

Empat Qul pelik bunyinya
Ramai orang tertanya-tanya
Madah dikarang sedaya upaya
Silakan duduk bacalah selanjutnya

Empat Qul empat surah
Kesemuanya turun di negeri Makkah
Permulaan sama di awal kalimah
Perkataan  ‘Katakanlah’  berbentuk perintah

Pertama  Al-Kaafiruun  disusuli  Al-Ikhlas
Kemudian  Al-Falaq  disudahi  An-Nass
Kesemua surah pendek dan ringkas
Namun mesejnya begitu tegas

Al-Kaafiruun menegaskan aqidah
Al-Ikhlas tauhid diketengah
Penyekutuan Allah nyata disanggah
Terpahat di hati kalimah syahadah

Al-Falaq dan An-Nass bicara perlindungan
Dipohon perlindungan sebarang gangguan
Gangguan mungkin berbentuk luaran
Ataupun waswas berbentuk dalaman


Pertama  -  Surah Al-Kaafiruun.                     بسم الله الرحمن الرحيم

109:1
109:2
109:3
109:4
109:5
109:6


















Terjemahan ayat:

1.       Katakanlah:  (wahai Muhammad)  “Hai orang-orang kafir”
2.       “Aku tidak akan menyembah apa yang engkau sembah”
3.       “Dan kamu tidak mahu menyembah  (Allah)  yang aku sembah”
4.       “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat”
5.       “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat”
6.       “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku ugamaku”

Coretan  madah:

Surah menyentuh bab aqidah
Tiada kompromi siapa disembah
Tuhan mukmin hanya Allah
Diyakini sepenuhnya tiada goyah

Berulang kali penegaskan dibuat
Biarlah sikafir rasa meluat
Aqidah mukmin ternyata bulat
Bukannya ia ditangkap maut

Mukmin dan kafir mustahil bersatu
Pemisahnya aqidah sudah tentu
Ayat enam menekankan begitu
Tawar menawar mustahil berlaku
“Untukmu ugamamu dan untukku ugamaku”

Di baca ketika kita bersholah
Ayat dihayati setiap patah
Hanya Allah hambaMu sembah
SubhanAllah hatiku terpanah

Panahan cinta oleh Sang Pencipta
Tidak mampu diukir kata
Air jernih bergenang di mata
Menjadi tenang jiwa yang meronta

Perkara syirik dibuang jauh
Keikhlasan hati ditanam teguh
Menjadi teguh iman yang  rapuh
Dengan redha ujian ditempuh

Al-Ankabuut ayat  mengimbau ingatan
Perkara syirik wajib dijauhkan
Meskipun ibubapa memberi arahan
Diperintah anak menyekutukan Tuhan
Ketegasan wahyu tiada berubah

Penyekutuan Allah wajib disanggah
Tanpa mengira siapa mengarah
Ibubapakah, temankah atau pemerintah
Syirik ditolak dipertahan aqidah

Ayat 8 surah Al-Ankabuut:

29:8

          
Terjemahan ayat 8 surah Al-Ankabuut:

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapa;  dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau  menpersekutukan Daku  (dalam ibadatmu)  dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka.  Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Tiba-tiba teringat kisah
Kisah dipetik daripada surah
Surah Al-Kahfi di juzuk tengah  (juz 15)
Cerita pemuda mempertahankan aqidah

Mereka dipaksa oleh pemerintah
Untuk menukar Tuhan yang disembah
Namun pemuda Kahfi amatlah gagah
Secara lantang ditegakkan aqidah

   Ayat 14 surah Al-Kahfi:    

18:14

Terjemahan ayat 14 surah Al-Kahfi:

Dan Kami kuatkan hati mereka  (dengan kesabaran dan keberanian)  semasa mereka bangun  (menegaskan tauhid)  lalu berkata:  “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya;  jika kami
menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran”.








 Kedua  -  Surah AI-Ikhlas                               بسم الله الرحمن الرحيم


 112:1
112:2
112:3
112:4



Terjemahan ayat:

 1.      Katakanlah  (wahai Muhammad)  Tuhanku ialah Allah Maha Esa
2.       “Allah Yang menjadikan tumpuan sekelian makluk untuk memohon sebarang hajat
3.       “Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan
4.       Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya”.


Coretan  madah:

“Katakanlah Allah Maha Esa”
PerintahNya tegas penuh bermakna
Kesucian Tuhan Maha Sempurna
Mustahil ada gandingan setara

Kalimah tauhid jelas kedengaran
MengEsakan Allah suatu kewajiban
Ia memperkasa penegak iman
Benteng pemisah kepada kekufuran

KeEsaan Allah ujud sendirian
Tanpa permulaan tiada kesudahan
Dia mencipta bukan diciptakan
Maha Suci Allah penuh keKuasaan

Semua ciptaan dalam genggaman
PengurusanNya sempurna tiada kepincangan
KepadaNya makhluk menyandarkan harapan
MakhlukNya jua serba kekurangan

Begitulah ‘As-Samad’ di ayat kedua
Allah tempat tumpuan semua
Kerana sifatNya Maha Sempurna
Penuh Kemuliaan, Keagungan lagi Bijaksana

Ayat ketiga menyusul pula
Konsep ‘Trinity’ pembohongan gila
Bagaimana mungkin Tuhan berkeluarga
Pendustaan si kafir amat tercela

Maha Suci Allah tiada beranak
Jauh sekali Dia diperanak
Tiada pernah Dia berkehendak
Miliknya jua kesempurnaan mutlak

Beralih kita ayat ke empat
Maha Sempurna Allah bersifat
Mustahil ujud yang sebegitu hebat
Menyekutukan Tuhan perbuatan terlaknat

Surah Al-Ikhlas begitu istimewa
Kesemua sifatNya menawan jiwa
Dahulu jahil agama diambil lewa
Kini insaf menuju takwa

Itulah Al-Ikhlas sepertiga Al-Quran
Setiap bacaan besar ganjaran
Apatah lagi diiringi penghayatan
Beruntung insan beroleh keredhaan

    Ketiga  -  Surah Al-Falaq:                             بسم الله الرحمن الرحيم


113:1
113:2
113:3
113:4
113:5
Terjemahan ayat:

1.       Katakanlah  (wahai Muhammad)  “Aku berlindung kepada  (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk
2.       Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan
3.       Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
4.       Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan  (dan ikatan-ikatan)
5.       Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya


 Keempat  -  Surh An-Nass.                             بسم الله الرحمن الرحيم

114:1
114:2
114:3
114:4
114:5
114:6




Terjemahan ayat:

1.       Katakanlah  (wahai Muhammad)  “Aku berlindung kepada  (Allah) Pemelihara sekelian manusia”
2.       “Yang menguasai sekelian manusia”
3.       “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia”
4.       ‘Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam”
5.       “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia”
6.       “(Iaitu pembisik dan penghasut)  dari kalangan jin dan manusia”.

Coretan  madah:

Dua surah penutup Al-Quran
Diturunkan ia dengan beriringan
Al-Falaq, An-Nass  surah dinamakan
Melengkapi 114 surah keseluruhan

Kedua surah temanya sama
Perlindungan Allah perkara utama
Seperti tersurat di ayat pertama
PerintahNya jelas menyentuh sukma

Kejahatan sentiasa mencari mangsa
Tanpa perlindunganNya makhluk binasa
Menderita disihir menahan bisa
Atau imannya punah iblis menguasa

DiberiNya surah sebagai menangkis
Pergantungan selainNya harus dihakis
Jangan turut kemahuan iblis
Meski pun ia kelihatan manis
  
Surah Al-Falaq seakan merungkai
Ancaman jahat datangnya berbagai
Daripada alam  (ayat 2 dan 3)  atau buruknya perangai  (ayat 4 dan 5)
Di luar kawalan tiada tergapai

Surah An-Nass sedikit berlainan
Kejahatan lahir dari dalaman
Liciknya iblis memainkan peranan
Menghasut jiwa memesongkan jalan

Bisikan iblis perosak iman
Penyakit waswas menghantui insan
Diracuninya hati menuju kejahatan
Mahukah berterusan melayani syaitan???

Tepuk dada tanyalah iman
Terpulang kita membuat pilihan
Kedua surah telah menjelaskan
Hanya Allah tempat perlindungan

Pak Engku

Monday, March 17, 2014

Madah ayat 74 surah al Baqarah

Madah ayat 74 surah Al Baqarah

Madah ayat 74 surah al Baqarah


بسم الله الرحمن الرحيم


ثُمَّ  قَسَتْ  قُلُوْبُكُم  مِّنْ  بَعْدِ  ذَلِكَ  فَهِيَ  كَالْحِجَارَةِ  أَوْ  أَشَدُّ  قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ  الْحِجَارَةِ  لَمَا  يَتَفَجَّرُ  مِنْهُ  اْلأَنْهَرُ  وَإِنَّ  مِنْهَا  لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ  الْمَآءُ  وَإِنَّ  مِنْهَا  لَمَا  يَهْبِطُ  مِنْ  خَشْيَةِ  اللهِ  وَمَا  اللهُ بِغَفِلٍ  عَمَّا تَعْمَلُوْنَ.

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras.  Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya.  Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya.  Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.  Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.


Cetusan madah:

Aku terpanggil merenungi ayat
Surah al-Baqarah ayat tujuhpuluhempat
Resam batu keras bersifat
Kerasnya hati terlebih dahsyat

Sekerasnya batu ada sungai mengalir
Batu terpecah keluar mata air
Penjana kehidupan setiap yang lahir
Mulianya batu pernah kah terfikir?

Dataran tinggi batu berbungkah
Dilanda hakisan jatuh ke bawah
Sebesarnya batu tak pernah megah
Tetap tunduk takutkan Allah

Lihatlah pula si keras hati
Hatinya itu bagaikan mati
Mulut berbuih cuba menasihati
Namun hatinya enggan mengerti

Mereka ini sombong dan degil
Hidayah Allah mereka tak terpanggil
Mereka hidup berkeadaan jahil
Pahala disingkir, dosa diambil

Lebih berfaedah batu yang mulia
Walaupun keras masih berguna
Hati yang keras hidupnya hina
Hati kita bagaimana???????

Friday, March 14, 2014

Hanya Kepada ALLAH kita mohon pertolongan

Malaysia menghadapi cobaan dari musibah MH370. Berbagai cara manusia berikhtiar, tetapi yang terbaik adalah Takwa dan tawakal kepada Allah...



بسم الله الرحمن الرحيم


65:3







 
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengatakan ketentuan bagi setiap sesuatu”


Coretan madah:


‘Ayat seribu dinar’ nama diberi
Ramai merujuknya ayat rezeki
Dua perkara sebagai kunci
Takwa dan tawakal berjalan selari

Andai ditemui jalan buntu
Semua dibuat serba tak tentu
Fikiran pula mula celaru
Amat bingung dan segalanya keliru

Beruntunglah bagi yang bertakwa
Mereka ini tak akan kecewa
Menyakini Allah sepenuh jiwa
Kedudukan mereka sungguh istemewa

Jalan Allah sebaik-baik pilihan
Munajat padaNya penuh kehambaan
Berusaha dengan kesungguhan
Pengakhirannya Allah menentukan

Pesawat hilang berita terkini
Semua mata memandang kesini
Berbagai pihak cuba menjejaki
Mereka gunakan teknologi tinggi

Syaitan tidak melepaskan peluang
Dihasutnya manusia ke jalan menyimpang
Dipanggil membantu bomoh dan pawang
Astaghfirullah Al-‘Adzim.....mengucapku panjang

Ya Allah.. hambaMu merintih
Dengarlah doa keluarga yang sedih
JanjiMu benar jalanMu ku pilih
DiKau Tuhan Maha Pemurah lagi Pengasih


Pak  Engku   Rabuilawal 1435/Mac 2014’

Tuesday, March 4, 2014

Jadual Penyiaran Madah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Madah-madah yang disiarkan memerlukan penelitian dan penghayatan,

Pak Engku berharap agar mesej yang tersirat di dalam madah tersebut dapat difahami dan didalami bagi memastikan pembaca mendapat munafaat yang maksima melalui muhasabah diri dan perubahan positif.

Bagi memastikan penelitian ini berlaku dan pembaca tidak hanya 'membaca secara sepintas lalu', mulai minggu ini penyiaran madah hanya akan dilakukan SEKALI dalam setiap DUA minggu.

Diharap  masa dua minggu ini  dapat digunakan oleh para pembaca untuk membuat penelitian, penghayatan dan perubahan yang cukup sebelum meneliti ayat yang seterusnya.

Mudah-madahan pembaca sekelian sentiasa mendapat berkat dariNYA .

Insyaa Allah

Pak Engku

Monday, March 3, 2014

Madah Ayat 16 Surah Al-Qaff

Madah Ayat 16 Surah Al-Qaff

Madah  Ayat  16  Surah  Al-Qaff 


بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَقَدْ  خَلَقْنَا  اْلاِِنْسَانَ  وَنَعْلَمُ  مَا تُوَسْوِسُ  بِهِ  نَفْسُهُ  وَنَحْنُ  اَقْرَبُ  اِلَيْهِ مِنْ  حَبْلِ  الْوَرِيْدِ.
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.


Cetusan Madah:

Allah Pencipta penuh kudrat
Dia berada sebegitu dekat
Bisikan hati dapat dilihat
Perbuatan kita semua tercatat

‘CCTV’ dirujuk teknologi terkini
Ianya dipasang di sana sini
Andai terjadi perkara tak diingini
Rakaman CCTV menjadi bukti

Kehidupan kita juga dirakamkan
Dua malaikat di kiri kanan
Kecanggihan Tuhan tiada bandingan
Siapalah kita selaku insan

Namun manusia sering alpa
Sewenangnya saja berbuat dosa
Kesenangan dunia agenda utama
Mereka ketepikan perintah agama

Manusia lupa asal kejadian
Semua kita milik Tuhan
Kepada-Nya nanti kita dikembalikan
Sudahkah cukup segala bekalan???


Pak Engku