Tanda-tanda
Penyakit Hati
(Diterima dari
WhatsApp - ingin kongsi bersama)
بسم
الله الرحمن الرحيم
Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang
bersimpati. Semakin moden dan canggih
dunia, semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan
penularan sesuatu penyakiut.
Pun begitu, semakin canggih dan perihatin manusia terhapat
kesihatannya, manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang
jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal.
Antara tanda-tanda penyakit hati itu ialah:
1 Malas
melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan sembahyang bukan dengan “sengaja”
tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa. Kalau pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa untuk menjalankan ibadah
sunnah. Allah berfirman yang
maksudnya: “Dan mereka tidak mengerjakan
sholat melainkan dengan malas dan tidak
(pula) menafkahkan (harta)
mereka, melaikan dengan rasa enggan”.
(Surah At-Taubahg ayat 54)
2 Tidak
tersentuh ayat Al-Quran. Katika
disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka teidak terpengaruh
sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca Al=Quran dan
mendengarnya. Sedangkan Allah
memperingatkan dalam Al-Quran yang bermasud:
“Maka beri peringatanlah dengan Al-Quran orang yang takut kepada
ancamanKu” (Surah Qaaf ayat 45)
3. Tidak
tersentuh dengan ayat kauniyah. Tidak
tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti
kematian, sakit, bencana. Dia memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke
kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya,
4. Berlebihan
mencintai dunia serta melupakan akhirat.
Himmah dan segala keinginannya
terlampau untuk urusan dunia semata.
Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta benci dan hubungan dengan sesame
manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah-olah hidup hanya untuk dunia dan
berakhir di dunia.
5. Berkawan
dengan orang yang melakukan masiat. Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi
kerasnya hati seseorang. Orang yang
hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran bergaul dengan manusia
yang banyak berkubang dengan dosa banyak bergurau dan ketawa tanpa batasan
banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan
maksiat.
6. Kemaksiatan
berantai. Penyakit hati lahir dari
kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang berlaku sebelumnya sehingga menjadi
lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.
7. Meremehkan
dosa kecil. Memang ada dosa kecil dan
besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar
bermul dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis-titis hujan yang
kecil.
8. Tidak
peduli sumber makanan. Orang yang
hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang perhatin dengan sumber
makanan, halal atau haram, Begitu juga
dengan yang syubahat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang
Islam atau bukan Islam yang penting kaw-kaw.
Begitu juga berbagai punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber
rezeki datang dari mana.
9. Selalu
mencari kesalahan orang lain hingga tidak nampak kesalahan sendiri. Lebih parah lagi apabila tidak sedar mencari
cari aib orang itu satu dosa yang dimurkai Allah
KESIMPULAN:
Bersihkan
hati … carilah ubat hati selama mana ada kesempulan untuk membersihkan dan
mengubati hati itu. Kerana tiada klinik
dan hospital yang mampu merawat penyakit hati ini … hanya taufiq dan hidayah
Allah yang boleh menjadi penawarnya.
No comments:
Post a Comment