Thursday, June 30, 2016

Al-Waqi'ah ayat 47 -50

                          بسم الله الرحمن الرحيم


وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ


أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ


Terjemahan  - ayat 47 dan 48:

47.    Dan juga mereka selalu berkata:  “Adakah sesudah kita mati serta  menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
48.    “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan  dibangkitkan hidup semula?)”

Coretan madah:

Konon digunakan logik fikiran
Kebangkitan semula mereka perolokkan
Mulut celupar  membuat ejekan
Kekuasaan Tuhan mereka pertikaikan



قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ


لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

Terjemahan  - ayat 49 dan 50:

49.     Katakanlah (kepada mereka):  “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang kemudian
50.     Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum


Coretan madah:

Di hari kiamat bakal terbukti ,
Hidup semula segala yang mati
Namun si kufur enggan mengerti
Wahyu Allah ditolaknya ketepi

bersambung..


Monday, June 27, 2016

Al- Waqi'ah Ayat 41 - 46


بسم الله الرحمن الرحيم


وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ

فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ


وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ


لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ


Terjemahan  - ayat 41 hingga 44:

41.     Dan puak kiri – alangkah seksanya keadaan puak kiri
42.     Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
43      Serta naungan dari asap hitam
44.     Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan

Coretan madah:

Kini beralih ke ayat 41
Ku baca ayat satu persatu
Gambaran azab meremang bulu
Teramat dahsyat neraka itu

Bayangkan angin yang membakar
Bahang panas menyelubungi persekitar
Didihan menggelegak pernahkah tergambar
Kedalamnya dicampak makhluk ingkar

Asap hitam terkempul di udara
Menjadi gelap seluruh suasana
Bertambah panas perit terasa
Setiap detik begitu tersiksa



 إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ

وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنثِ الْعَظِيمِ



Terjemahan  - ayat 45 dan 46:

45.     Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)
46.     Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar

Coretan madah:

Di dunia mereka disulami kemewahan
Hidup bebas tanpa batasan
Mereka ingkar perintah Tuhan
Dosa besar dipandang ringan

bersambung..

Thursday, June 23, 2016

Al- Waqi'ah Ayat 34 - 40


بسم الله الرحمن الرحيم


وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ


إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً


فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا


عُرُبًا أَتْرَابًا


Terjemahan  - ayat 34 hingga 37:

34.   Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi  keadaannya
35.   Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa
36.   Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)
37.   Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya


Coretan madah:

Tuntutan batin fitrah insan
Pasangan istimewa Allah ciptakan
Bersifat setia sentiasa perawan
Usia mereka sama sepadan

لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ


ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ


وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ


Terjemahan  - ayat 38 hingga 40:

38.     (Semuanya itu diuntukkan) bagi puak kanan
39.     Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu
40.     Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian

Coretan madah:
Puak kanan mendapat ganjaran
Siapakah mereka beroleh kemenangan
Orang-orang terdahulu mereka disebutkan

Juga mereka yang datang kemudian

bersambung..