Madah Surah
Al-Insyiraah (Ash-Sharh)
بسم الله الرحمن الرحيم
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ. وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ. الَّذِى أَنقَضَ
ظَهْرَكَ.
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ.
Terjemahan ayat:
1. Bukankah
Kami telah melapangkan bagimu:
dadamu (wahai Muhammad serta
mengisikan dengan iman dan hidayah pertunjuk)?
2. Dan
Kami telah meringankan daripadamu:
bebanmu (menyiarkan Islam) –
3. Yang
memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)?
4. Dan
Kami telah meninggikan bagimu: sebutan
namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi
dan berbagai kemuliaan)?
Coretan
madah:
Turunnya surah di negeri Makkah
Penyejuk hati baginda Rasulullah
Dalam kepayahan menyebar dakwah
Ditentang hebat penduduk jahiliah
Kejahilan umat tidak terkata
Mereka sesat di ‘alam gulita
Perbuatan ingkar merata-rata
Didatangkan nabi membuka mata
Tugas baginda pastinya sukar
Membimbing umat ke jalan benar
Secara sembunyi Islam disebar
Khadijah pertama diikuti Abu Bakar
Wafat Khadijah membawa duka
Disusuli pamannya di tahun sama
Merantau ke Taif nasib dicuba
Perlakuan biadab pulak diterima
Kesedihan baginda datang bertimpa
Allah mengetahui duka nestapa
Isra’ Mikraj penawar lara
Istimewanya baginda tiada yang setara
Demikian Allah Maha Berkuasa
Dilapangkan dada lega terasa
Kemantapan ia bertambah perkasa
Diangkat baginda semulia manusia
Dalam syahadah namanya berganding
Kedudukan baginda sedemikian penting***
Ketinggian peribadinya tiada setanding
Gelaran Al-Amin bukannya asing
*** Abu Na’im dalam kitabnya “Al-Hilyah”
telah meriwayatkan sebagai berikut:
Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa bani Israil bahawa: “Barang siapa bertemu dengan Aku (dari umatmu)
padahal ia ingkar kepada Ahmad,
nescaya Aku masukkan dirinya ke dalam neraka” Nabi Musa berkata: “Siapa Ahmad itu, wahai Tuhanku?” Allah berfirman: “Tiada pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang
belih mulia murut daripadanya. Telah Aku
tuliskan namanya bersama namaKu di
‘Arasy’ sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhanya syurga itu terlarang bagi semua
makhlukKu, sebelum ia dan umatnya
terlebih dahulu memasukinya. Nabi Musa
a.s. berkata: “Siapa umatnya itu?” FirmanNya:
“Mereka yang hanya memuji Allah.
Mereka memuji Allah sambil naik, turun dan setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwuduk,
membersihkan anggota badan.
Mereka berpuasa siang hari, beramal dan berzikir sepanjang malam. Aku terima yang dikerjakan dengan
ikhlas, meskipun sedikit. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga
kerana keatas saksiannya: “Tiada Tuhan
yang sebenarnya wajib disembah selain Allah”
Nabi Musa berkata: “Jadikan saya
Nabi itu”. Allah berfirman: “Nabi umat itu dari kalangan mereka
sendiri”. Nabi Musa berkata lagi: “Masukkan saya dalam golongan umat itu”. Allah menerangkan: “Engkau lahir mendahului Nabi dan umat itu, dan dia lahir
kemudian. Aku berjanji kepadamu untuk
mengumpulkan engkau bersamanya di Darul Jalal
(syurga)
Ayat empat ayatnya padat
Nabi Muhammad begitu hebat
“Kekasih Allah” baginda berpangkat
Bertuahnya kita selaku umat
Tiba-tiba aku teringat
Buku karangan Michael H Hart
Tersenarai 100 manusia terhebat
Tempat pertama Muhammad dinobat
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا.
Terjemahan ayat
- 5 dan 6:
5. Oleh
itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di
sertai kemudahan.
6. (Sekali
lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.
Coretan
madah:
Ulangan ayat sebagai penerangan
Bagi yang ikhlas menempuh ujian
Pasti
akhirnya dengan kemudahan
Usah merungut tetapkan iman
Jauh ku renung ayat di atas
Kebenarannya telah nampak jelas
Keperitan berdakwah akhirnya berbalas
Peradaban jahilliah tunduk tewas
Syiar Islam luas tersebar
Seluruh Arab dan Negara luar
Pejuang Islam semangat berkobar
Sehingga tumbang empayar besar
Betapa Allah Maha Pemurah
Segala yang sukar akan dipermudah
Menyakini sepenuhnya kekuasaan Allah
Mengingatkan aku ayat 286 Surah
Al-Baqarah***
***
Terjemahan ayat 286 surah Al-Baqarah:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
dahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kami serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkau penolong kami; tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum kafir”.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب.
Terjemahan - ayat 7 dan 8:
7. Kemudian
apabila engkau telah selesai (daripada
sesuatu amal salih) maka bersungguh-sungguhnyalah
engkau berusaha (mengerjakan amal salih
yang lain)
8. Dan
kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini)
Coretan
madah:
Usaha gigih hajat tercapai
Perasaan sombong jangan disemai
Syukuri nikmat, perintah ditunaikan
Kehidupan menjadi begitu damai
Jangan hanya dunia didapat
Ingatkanlah juga habuan akhirat
Dunia dikejar akhirat digenggam
Keduanya seimbang barulah ngam
“Berkerjalah seolah-olah hidup seribu tahun”
Beribadatlah seolah-olah mati di esok hari”
Aku yakini surah ini
Kesempitan itu sering terjadi
Ayat kubaca penyejuk hati
Tercapai jua impian di
hajati
Alhamdulillah….
Wallah hu
alam