Friday, November 27, 2015

Yaseen Ayat 80

Yaseen Ayat  80

بسم الله الرحمن الرحيم

36:80

Terjemahan – ayat 80:

80.     “Tuhan yang telah menjadikan api  (boleh didapati)  dari pohon-pohon  yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”



Coretan  madah:

Firman Allah tentang api
Daripada pepohon api terjadi
Kegunaan api jelas terbukti
Penjana tenaga makhluk duniawi

Kalau diikut logik fikiran
Api dan air sifat berlawanan
Namun berlainan ketentuan Tuhan
Kekayu basah api bisa dihasilkan

Sambil bermadah terlintas di fikiran
Api neraka sungguh menggerunkan
Manusia dan jin bahan bakaran
70 kali ganda tahap kepanasan

bersambung..

Friday, November 20, 2015

Yaseen Ayat 77-79

Yaseen Ayat  77-79

بسم الله الرحمن الرحيم

36:77
36:78
36:79


Terjemahan – ayat 77 hingga 79: 
  
77.     Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari  (setitis) air benih?  Dalam pada itu   (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya)  maka dengan tidak semena-mena menjadikan ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya  (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati.
78.     Serta ia mengemukakan satu missal perbandingan kepada Kami  (tentang kekuasaan itu)  dan ia pula lupankan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya:  “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
79.     Katakanlah:  “Tulang-tulang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk  (yang diciptanNya)

Coretan  madah:

Ramai manusia lupa diri
Asal kejadian setitis air mani
Dengan takdirNya persenyawaan terjadi
Terbentuklah embrio bertukar bayi

Bayi dikandung 9 bulan
Dalam rahim terpelihara aman
Allah mengawasi setiap tumbesaran
Inilah ia kebesaran Tuhan

Manusia pulak lupa daratan
Mereka mencabar kekuasaan Tuhan
Penghidupan semula mereka persoal
Mereka utamakan logik fikiran

Ayat 79  tersurat jawapan
Jawaban ia penuh ketegasan
Hidup mati di tangan Tuhan
Usahlah manusia memandang hairan

Kekuasaan Tuhan bukan kepalang
Walau pun hancur tulang belulang
Mengujudkan semula bagiNya senang
IlmuNya luas tidak terbayang

bersambung..

Friday, November 13, 2015

Yaseen Ayat 74-76

Yaseen Ayat  74-76

بسم الله الرحمن الرحيم


36:74
36:75
36:76

Terjemahan – ayat 74 hingga 76:

74.     Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah,  (dengan harapan)   semoga mereka mendapat pertolongan  (dari makhluk-makhluk itu)
75.     Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadhir  (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa)  kepada mereka
76.     Maka janganlah engkau  (wahai Muhammad)  berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka  (terhadapmu).  Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
                              


Coretan  madah:

Ayat 74 ada yang tersirat
Peyembahan berhala diakui sesat
Patutkah pula kita rasa  ‘selamat’
Mengangap diri hamba yang taat

Cuba renung cuba lihat
Selama ini apa yang dibuat
Hawa nafsu mampukah disekat
Apa yang difikir setiap saat

‘Bertuhankan nafsu’  suatu  istilah
Bukan maksud nafsu disembah
Iman kita seringkali  lemah
Perbuatan dosa melebihi ibadah

Kadangnya kita terlepas pandang
Melupa Tuhan selepas sembahyang
Kecintaan kita turut menyimpang
Urusan dunia memenuhi ruang

Siang malam menguat harta
Untuk kesenangan keluarga tercinta
Mengharapkan ia menolong kita
Tatkala malang datang menimpa
         
Meminta tolong kepada manusia
Manusia itu tak punya kuasa
Mengumpul harta tiada berguna
Bukan harta menjamin bahagia

Harta yang banyak harus dijaga
Hingga malam tidur tak lena
Istilah  ‘tentera’ begitu menggena
Seperti firman ayat tujuhpuluhlima

Ayat 76 kita berpindah
Cuba bayangkan zaman jahiliyah
Kepayahan Nabi ketika berdakwah
Kaum musrik membuat tohmah

Kesesatan mereka begitu nyata
Penyambah berhala merata-rata
Berhala tempat mereka meminta
Walau berhala hanya patung semata

Ayat 76 kata pujukan
Agar Nabi bersedih jangan
Usah dihirau segala tuduhan
Yang Maha mengetahui hanya Tuhan

Ayat ini jadikan pedoman
Usaha dakwah banyak rintangan
Akan datang berbagai tuduhan
Anggaplah ia sebagai ujian

bersambung..

Friday, November 6, 2015

Yaseen Ayat 71-73

Yaseen Ayat  71-73

بسم الله الرحمن الرحيم


36:71
36:72
36:73

Terjemahan – ayat 71 hingga 73:

71.     Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka memilikinya?
72.     Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka, maka sebahagin di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan
73.     Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

Coretan  madah:

Berbilang jenis binatang diciptakan
Ada menjadi binatang termakan
Sumber rezeki penternak usahawan
Pendapatan mereka begitu lumayan

Mereka miliki ladang berekar-ekar
Punya kereta dan rumah besar
Mereka juga harusnya sedar
Zakat ternakan wajib dikeluar

Waktu di zaman dahulu kala
Binatang menjadi kenderaan utama
Dalam perang pun jua sama
Terkorban nyawa ia rela

Berbagai faedah manusia dapat
Kulit dan bulu dapat dimanfaat
Daging dan susu banyak khasiat
Andai berlebihan membawa mudarat

Jika direnung resam binatang
Mereka patuh tak pernah menentang
Diperah susu tidak menentang
Disembelih leher tidak menghalang

Bagaimana kita selaku manusia?
Kita dijadikan makhluk mulia
Namun ramai  yang leka dunia
Perintah Tuhan sering dipersia


bersambung..

Thursday, November 5, 2015

Zuhud

Zuhud *
بسم الله الرحمن الرحيم

         Hasan Basri ditanya. Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain kerana itu hatiku selalu tenang.
         Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
         Aku tahu Allah Ta’ala selalu memerhatiku, kerana itulah
aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat.
         Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuan dengan Allah …

         Wahai sahabat-sahabatku: jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat mati tidak harus tua. Jangan terpedaya dengan tubuh yang sihat kerana syarat mati tidak semestinya sakit.
         Jangan terpedaya dengan harta kekayaan. Sebab si kaya pun tidak pernah, menyiapkan kain kafan buat dirinya meski cuma selembar.
         Mari terus berrbuat baik, berniat untuk baik, berkata yang baik-baik, memberi nasihat yang baik. Meskipun tidak banyak orang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihat.

         Cukuplah Allah mengenalimu lebih pada orang lain.

         Jadilah bagai jantung yang tidak terlihat, tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menabur manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh Nya

         Sahabat-sahabatku  “Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang”.  Ibnu Mas’ud ra

         Nasihat ini untuk diri sendiri dan share kawan-kawan


Wallahualam

Tuesday, November 3, 2015

Berusaha muhasabah diri

Berusaha  muhasabah  diri
بسم الله الرحمن الرحيم

         Perkara yang sepatutnya kita selalu muhasabah diri untuk kita meningkatkan amal Ubudiah kita kepada Allah Jalla Wa’ala agar kita tergolong dalam golongan yang akan mendapatkan naungan Allah di akhirat kelak.
Sebaik-baik tangisan adalah tangisan seorang hamba yang menangis atas kejahilan dan kekesalan yang pernah dilakukannya dan tidak ingin kembali dalam kejahilan. Itulah tangisan yang sebaik-baik tangisan di sisi Allah Jalla Wa'Ala.
Sebaik-baik amalan itu adalah mengisi waktu sesuai dengan ketetapan hukum hakam dan kehendak Allah Jalla Wa'Ala mengimarahkan waktu, menggunakan waktu sesuai dengan kehendak Allah.
Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak mampu untuk menyekat, melawan nafsunya daripada perbuatan yang tidak baik dan perkara-perkara haram.
Sekuat-kuat manusia pula adalah orang yang mampu menyekat dan melawan nafsunya, keinginannya daripada perbuatan yang tidak baik dan dari melakukan perkara yang haram.
Antara 7 golongan yang akan mendapatkan naungan Allah semasa di hari akhirat termasuklah

1.      Pemimpin yang adil
2.      Orang yang rajin beribadah
3.      Orang yang hatinya terpaut dengan masjid
4.      Orang yang mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah
5.      Orang yang diajak atau digoda oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata sesungguhnya aku takutkan Allah.
6.      Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya
7,      Orang yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.

Kita nak diri kita termasuk dalam salah satu atau lebih daripada satu golongan yang akan mendapatkan naungan Allah Jalla Wa'ala di hari akhirat kelak jadi kita mestilah berusaha untuk meningkatkan amal ubudiah kita kepada Allah Jalla Wa'ala daripada sebesar-besar amal sampai sekecik-kecik amal kerana kita tak tahu amal kita yang mana satukah yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Mana tahu mungkin sahaja asbab kita selalu sholat berjemaah di masjid dan selalu ke masjid mendengar pengajian ilmu yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Tiada siapa yang tahu jadi tingkatkan amal ubudiah kita ketaqwaan kita kepada Allah Jalla Wa'Ala beramallah selagi kita masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang sihat wallafiat.
Jangan sampai nanti dah Allah tarik kembali nikmat-Nya sampai kita dah tak boleh nak beramal dah masuk kubur nanti baru kita rasa menyesal. Kita kalau di dunia muflis tak ada apa-apa. Harta pun tak ada ataupun juga tak banyak mana itu ok-ok sahaja tapi kalau sampai kita rugi dan muflis tak ada apa-apa di akhirat itu adalah sesuatu yang patut kita risaukan sebab itu kita kalau menyesal di dunia tak apa lagi, tapi jangan sampai kita menyesal di akhirat sebab sudah tidak ada gunanya lagi.
Setiap orang akan dihisab di akhirat sesuai dengan apa yang dia lakukan semasa hidupnya. Kalau semasa hidupnya baik ibadahnya baik ubudiahnya baik maka dia akan mendapatkan kebaikan di akhirat nanti tapi sebaliknya kalau amalnya,
ibadahnya, sholatnya, ubudiahnya itu tak berapa nak baik mana maka nanti di akhirat pun dia akan mendapatkan balasan yang tak baik. Itu semua bergantung kepada sejauh mana ketaatannya, ubudiahnya kepada Allah Jalla Wa'Ala semasa hidupnya.

Jom kita muhasabah diri. Jom kita  berhijrah menjadi yang lebih baik daripada tahun tahun yang lalu. Jom kita lakukan amal kebaikan. Jom pertingkatkan amal ubudiah kita. Jom kita mengimarahkan rumah Allah. Jom kita sholat berjemaah. Jom kita hadiri majlis ilmu. Jom kita dekatkan diri dengan para ulama dan solihin. Melihat para ulama dan para solihin ubat bagi hati. Peringatan buat diri sendiri secara khususnya dan bersama secara umumnya. Semoga mendatangkan manfaat. Saling ingat mengingatkan.

Wallahu’alam