SOTONG KERING LEBIH
BAHAYA DARI MEROKOK.
(Diterima dari whatsApp -
ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم
Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih
merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi,
sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong
kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri,
plastik dan baja fosfat
PEGAWAI penyelidik
CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong
kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN - Ramai
mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna
sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang
sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan
seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah
pinggang,'' kata Presidennya, S. M.
Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut
kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi
pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati
kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang
dibenarkan,'' ujarnya.
untuk peminat sotong
untuk peminat sotong
Wallah hu
alam
No comments:
Post a Comment