Thursday, August 4, 2016

Al- Waqi'ah Ayat 92 - 96 ( Tamat )


                          بسم الله الرحمن الرحيم


وَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ


فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ


وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ



Terjemahan  - ayat 92 hingga 94:

92.    Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat
93.    Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak
94.    Serta bakaran api neraka


Coretan madah:

Andai yang mati puak kiri
Seksaan neraka tidak terperi
Tiada guna menyesali diri
Itulah balasan agama dimungkiri


إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ


فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ


Terjemahan - ayat 95 dan 96:

95.   Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini
96.  Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar

Coretan madah:

Sampai sudah di penghujung ayat
Moga pembaca beroleh manfaat
Bacaan tasbih cuba dipertingkat

Juga berusaha memperbetulkan niat


 Tamat Surah Al- Waqi'ah

Monday, August 1, 2016

Al-Waqi'ah Ayat 88 - 91

                            
                            بسم الله الرحمن الرحيم


فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ


فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ



Terjemahan  -  ayat 88 dan 89:

88.     Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang “Muqarrabiin”
89.     Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan


Cetusan madah:

Golongan Muqarrabbin golongan teratas
Syurga tertinggi mereka dibalas
Kenikmatan diperolehi tanpa batas
Hati merasa teramat puas


وَأَمَّا إِن كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ


فَسَلَامٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ


Terjemahan - ayat 90 dan 91:

90.     Dan jika ia dari puak kanan
91.     Maka (akan dikatakan kepadanya)  “Selamat sejahteralah kepada kamu, (kerana engkau) dari puak kanan”

Coretan madah:

Juga beruntung golongan kanan
Ucapan sejahtera penuh kelembutan
Tersedia di syurga berbagai kenikmatan

Inilah dikatakan sebaik-baik balasan

bersambung..