Yaseen Ayat 37 - 40
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
- ayat 37 hingga 40:
37. Dan lagi dalil
yang terang untuk mereka (berfikir)
ialah malam; Kami hilangkan siang
daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap gulita
38. Dan (sebagaian dari dalil yang tersebut
ialah) matahari; ia kelihatan beredar ketempat yang ditetapkan
baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39. Dan bulan
pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula keperingkat awal – (berbentuk
melengkung) seperti tanduk yang kering.
40. (Dengan
ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya pengejar bulan, dan malam pula
tidak dapat medahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edarannya masing-masing
Coretan madah:
Melihat kepada kejadian alam
Siang berundur digantikan malam
Suasana terang berunsur kelam
Gelap sepenuhnya mentari tenggelam
Menahan mentari pasti tak dapat
Peredaran sempurna santiasa tepat
Terbitnya di Timur tenggelam di barat
Andai bertukar terjadilah kiamat
Peredaran bulan berperingkat-peringkat
Bentuk sabit awalnya dilihat
Peringkat pertengahan bertukar bulat
Kembali ke asal di akhir peringkat
Peredaran bulan punya hikmat
Penanda haribulan paling tepat
Para nelayan pun sering ingat
Bulan mengembang penuh pukat
Merenung jauh rahsia ayat
Tumbesaran
manusia sama berperingkat
Mulanya kecil dan lemah sangat
Kemudian membesar penuh semangat
Di usia tua kembali lemah
Perangai keanakan mereka berubah
Setengah mereka dianggap menyusah
Sungguh malang nasib ditempah
Hilang manis sampah dibuang
Bagai tanduk kering nilainya hilang
Menjadi sampah sering dibuang
Begitulah nasib si tua malang
Ayat ke 40 kita berpindah
Begitu sempurna pengurusan Allah
Alam yang luas diurusNya mudah
Mustahil bagiNya tersilap langkah
Bulan dan matahari sentiasa beredar
Beredar di angkasa tidak berlangar
Kedua-duanya pun tidak berkejar
Perintah Allah mereka dengar
Para saintis mengkaji nangkasa
Lingkaran orbit terbukti ada
Di sini planet beredar sentiasa
Mematuhi perintah Tuhan yang Esa
Manusia kecil, planet besar
Namun manusia berani ingkar
Berlagak hebat melakukan mungkar
Kecundang nanti di padang mahsyar
bersambung