Friday, November 14, 2014

Al-Ankaabut ayat 56 - 59,

Ayat  56  hingga  59

بسم الله الرحمن الرحيم
29:56
29:57
29:58
29:59

Terjemahan ayat:

56.     Wahai hamba-hambaKu yang beriman!  Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu
57.     Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)
58.     Dan orang-orang yang beriman serta beramal sholeh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya.  Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh
59.     (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula serah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

Coretan madah:

Andai terbelenggu di bumi sendiri
Seperti terjadi di zaman Nabi
Seruan hijrah kedengaran disini
Keluar berpindah ke jalan Illahi

Dipasang niat ‘Fisabilillah’
Allah temani setiap langkah
Setiap kesulitan bakal dipermudah
Rasa syukur rahmat berlimpah

Perkara mati adalah pasti
Alam barzakh sedia menanti
Alam akhirat kemudian mengganti
Syurga, neraka balasan abadi

Sebelumnya ini bicara neraka
Tempat balasan mahkluk celaka
Kini cerita syurga, berbeza belaka
Segalanya indah hatipun suka

Penghuni syurga makhluk pilihan
Mereka sabar menempuh ujian
Bertawakal penuh kepada Tuhan
Begitu tinggi tahapnya iman

bersambung


No comments:

Post a Comment