DUA BELAS (12) GOLONGAN
MANUSIA
DI PADANG MAHSYAR
(Diterima dari WhatsApp -
ingin kongsi bersama)
Renung-renungkanlah:
1, Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan
dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka
adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar
dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka
tidak membayar zakat.
4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya
mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan
busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat
secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah
S.W.T.
6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus
kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah
kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan
kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya
mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini
suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang
hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia,
mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta
kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati,
giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai
keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh
kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur
dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian
Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal
soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.
Seram
sejuk bila membacanya
Wallah hu alam
No comments:
Post a Comment