Friday, February 28, 2014

Baca dan Hayati Al-Quran

Ayat  9  Surah  Al-Israa’
بسم الله الرحمن الرحيم

17:9
  
Terjemahan ayat:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi pertunjuk ke jalan yang amat betul  (agama Islam)  dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal sholeh bahawa mereka beroleh pahala besar

Coretan  mandah:

Mari renungkan ayat di atas
Firman Allah begitu jelas
Al-Quran dibaca penuh ikhlas
Ganjaran besar kita  dibalas

Kalam suci kalam Al-Quran
Menjadi penyuluh jalan kebenaran
Berita gembira bagi yang beriman
Amal sholeh mereka kerjakan

Setiap buku punya pengarang
Namun Al-Quran bukan sembarang
Penciptanya Allah Maha Penyayang
Hak cipta terpelihara bukan temberang

Begitu mulianya kalam Allah
Beribu tahun tak pernah berubah
Kebenaran demi kebenaran makin terserlah
Penemuan sains menyokong hujjah  (sila rujuk buku Harun Yahya)

Ramai memiliki naskah Al-Quran
Apakah ianya hanya tersimpan
Atau menjadi barang perhiasan
Bukankah ini suatu kerugian

Al-Quran seharusnya menjadi teman
Teman setia seorang insan
Kepadanya jua dibuat rujukan
Pasti terjawab segala kemushkilan

Ingin ku kongsi sebuah kisah
Kisah doktor pakar bedah
Membedah mata selalu sudah
Mata bercahaya dijumpa tak pernah

Kebesaran Allah di luar jangkauan
Doktor membedah mata berkilauaan
Terlalu unik untuk digambarkan
Hatinya berdetik penuh hairan

Sipesakit akhirnya memberi jawaban
Setiap hari dibacanya Quran
Walaupun dia bukan hafizan
Doktor merasa begitu terkesan

Kalam suci …
Terpahat di hati
Bacaan dihayati
Perintah ditaati

Hidup diberkati

Pak Engku

Wednesday, February 26, 2014

Mohon Pertolongan kepada Allah -2

 Ayat  8  surah   Al-Imran

بسم الله الرحمن الرحيم

3:8

Terjemahan:

 “Wahai Tuhan kami!  Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami,  dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu,  sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”.         

Coretan  madah:

Doa dipetik daripada Al-Quran
Ayat 8 surah Ali-Imran
Ku renungi wahyu Tuhan
Dalam sedu ku tadah tangan

Ya Allah tunjukkan ku jalan
Pimpin daku setiap keadaan
Aku lemah tiada kekuatan
Melainkan apa yang Engkau berikan

Ku mohon diperteguhkan iman
Untuk ku harungi segala ujian
Untuk ku tepis hasutan syaitan
Moga ku raih redhaMu Allah

Kurniakanlah aku rahmat melimpah
Agar hidup ku lebih terarah
Mengingati Mu setiap langkah
Dalam senang ... dan susah.

Pak Engku

Tuesday, February 25, 2014

Madah Pak Engku : Madah - Al- Fatihah

Madah Pak Engku : Madah - Al- Fatihah: Salam perkenalan dari Pak Engku (Raja Abd Karim Raja Ali) Mukaddimah: Tersimpul surah di dalam madah Bukan mentafsir merubah sura...

Madah Al-Asr

Madah  Surah  Al-‘Asr’

بسم الله الرحمن الرحيم

103:1
103:2
103:3
Terjemahan:

1.        Demi masa
2.        Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.       Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar


Coretan  Madah:

Inginku tunai hasratmu ayah
Untuk menulis secoret madah
Berpandukan dari sebuah surah
Surah turunnya di negeri Makkah

Surah Al-‘Asr diberi nama
Dimulai dengan kalimah sama
Terdapat empat perkara utama
Untuk panduan umat semua

Surahnya pendek, maknanya dalam
Satu persatu ayah ku selam
Ayat pertama aku tergamam
Allah bersumpah membuat ku faham

Amat tinggi nilainya masa
Berputar ligat tanpa terasa
Lihatlah saja pada usia
Apakah tidak ia dipersia

Bekalan amal cukupkah sudah
Andai nanti Izra’il singgah
Mencabut nyawa jiwa yang lemah
Terkapai-kapai mengharap rahmah

Azab bermula di alam barzkah
Bersambung di akhirat tanpa noktah
Kerugian besar kelihatan sudah
Mustahil masa diundur selangkah

Rasa gementar mengingat mati
Sememangnya  ia perkara pasti
Bersama kita ingat mengingati
Perintah Allah kita taati

Empat perkara amat ditekan
Bermula dengan perkara ‘Iman’
Menyusuli ‘amal’ berbentuk perbuatan
Iman dan amal seiring jalan

Perkara ketiga tentang ‘Nasihat’
Tuntutan dakwah istilah tepat
“Amal makruf, nahi mungkar”
Patut tertanam sebagai ikrar

Ketiga-tiganya bukanlah mudah
Berbagai ujian harus diredah
Sifat ‘Sabar’ sebagai penyudah
Melengkapi empat perintah Allah

Al-Ghazali imam yang hebat
Katanya al-Asr berisi padat
Bisa mengubah perangai umat
Andai masa diambil berat
Dalam menuju ke jalan berkat.


Ingatlah 5 perkara sebelum sampai 5 perkara:

1.         Muda sebelum tua
2.         Sihat sebelum sakit
3.         Kaya sebelum papa (miskin)
4.         Lapang sebelum sempit (sibuk)
5.         Hidup sebelum mati.


Pak Engku

Sunday, February 23, 2014

Mohon Pertolongan kepada Allah

Ayat  153 Surah  Al-Baqarah
بسم الله الرحمن الرحيم

2:153

Terjemahan Ayat:

Wahai orang-orang yang beriman!  Mohonlah pertolongan  (kepada Allah)  dengan sabar dan sholat.  Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.

Coretan  madah:

“Memintalah pertolongan kepada Allah”
“Meminta dengan sabar dan sholat”
Dipetik ayat dari surah Al-Baqarah ayat 153
Cuba disimpul di dalam madan ini

Ayat ini jelas dan terang
Namun ada yang terlepas pandang
Atau sengaja firman di bangkang
Mereka lakukan perkara terlarang

Mereka meminta selain Allah
Meminta dukun selesaikan masalah
Dukun membaca jampi serapah
Bacaan kononnya dimulai basmillah

Ke mana hilang pandangan aqidah
Firman Allah dipandang rendah
Tidak takut kah balasan Allah
Balasan neraka sebagai padah

Ayat senada dari Al-Fatihah
“Hanya Allah yang sembah”
“Meminta pun jua kepada Allah”
KepadaNya saja kita berserah

Adat meminta haruslah sabar
Tertunai cepat senyuman lebar
Tertunai lambat usahlah gusar
Yakin Allah Maha Mendengar

Mengadaplah padaNya penuh pasrah
Bersholat hajat secara istiqamah
Tertunainya lambat jangan marah
Setiap kejadian terselindung hikmah


Pak Engku

Saturday, February 15, 2014

CINTA KEPADA ALLAH

CINTA  KEPADA  ALLAH
بسم الله الرحمن الرحيم

Coretan  Madah:

Cinta pada sang Pencipta
Di lubuk hati Dikau bertahta
Daku merindu tidak terkata
Karam di dalam lautan airmata

Atas sejadah ku semai cinta
Menyulam kasih di malam gulita
Sujud mengharap redhaMu semata
Tiada bernilai pangkat dan harta

Tak kan cukup selaut tinta
Untuk dinukil seloka cinta
Tak  kan tergambar di sudut mata
Betapa besarnya kasih Pencipta

Anugerah nikmatNya luas merata
Namun ada yang seolah buta
Hanyut lalai dibuai harta
Kesenangan dunia mengaburi mata

Kehadrat Allah doa ku minta
Moga iman teguh terkota
Jalan kebenaran syurga dicinta

PadaMu saja ku mengharap CINTA
Madah  Tiga  Surah  Pendek

Pertama  -  Surah al-‘Asr:

 بسم الله الرحمن الرحيم

103:1
103:2
103:3

Terjemahan ayat:
 1.       Demi masa
2.       Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.       Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kedua  -  Surah Al-Kauthar
بسم الله الرحمن الرحيم

108:1
108:2
108:3


Terjemahan Ayat:

1.       Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu  (wahai Muhammad)  kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat
2.       Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,  dan sembelihlah korban  (sebagai kesyukuran)
3.       Sesungguhnya orang-orang yang bencikan engkau,  dialah yang terputus  (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)


Ketiga  -  Surah An-Nasr

بسم الله الرحمن الرحيم

110:1
110:2
110:3


Terjemahan ayat:

1.       Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan  (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)
2.       Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai
3.       Maka ucapkan tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.

Coretan  madah:

Aku terpegun melihat angka
Surah pendek berjumlah tiga
Bilangan ayat pun tiga
Sebegitu unik siapa menduga


Dalam samar ku renungi surah
Ketiga-tiga cuba ditelaah
Tiba-tiba persoalan menerjah
Apa gerangan perkaitan surah

Surah Al-Kauthar aku terpana
Kalimah ‘korban’ menjentik minda
Ketika Haji korban dilaksanakan
Tanda kesyukuran penuh bermakna

Dan Al-‘Asr Allah bersumpah
Mustahil masa diundur selangkah
Begitu penting ukuf di Arafah
Kelewatan sesaat haji tak sah

Ku renungi An-Nasr surah terakhir
Ayat kedua membuat ku berfikir
Suasana Haji segera terukir
Ramainya jemaah tekun berzikir

Ibadat haji bagaikan jawaban
Tersirat disebalik wahyu Tuhan
Ketiga-tiga surah amat mengkagumkan
Walau pendek namun berkesan

Pak Engku

MADAH AYATUL QURSI

Madah Ayatul  Qursi
(Surah al-Baqarah ayat 225)

بسم الله الرحمن الرحيم

2:255


Terjemahan:

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia,
Yang tetap hidup dan kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)
Yang tidak mengantuk usahkan tidur
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka
Tidak seorangpun mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)
Luasnya Qursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi
Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) lagi Maha Besar


Cetusan  Madah:

Ayatul Qursi nama diberi
Dijadikan bacaan pendinding diri
Iblis syaitan mohon dihindari
Ilmu hitam gagal mencemari

Terbahagi ayat sepuluh kalimah
Dimulai ikrar mengEsakan Allah
Seperti terkandung dalam Syahadah
KepadaNya saja berhak disembah

Maha sempurna Allah bersifat
Tetap Hidup tanpa batasan hayat
Semenjak azali tiada penamat
Dialah Sang Pencipta penuh dukrat

KeberadaanNya kekal tidak disangsi
Dengan sendiri Ia berdiri
Sekalian makhluk diurus sendiri
Mentadbir alam langit dikuasai

Mengurus makhluk dan alam sejagat
Tak pernah tidur walau sesaat
Mustahil bagiNya mengadu penat
PentadbiranNya rapi tiada yang cacat

Betapa besarnya Kuasa Illahi
Langit dan bumi Ia miliki
Patutkah makhluk menyombongi diri
Di hadapan Allah tiada bererti
Melainkan diri beriman tinggi

Terkumpul makhluk di negeri akhirat
Pengadilan mahsyar dijalani umat
Tersedia menanti hukuman berat
Hanya syafaat jadi penyelamat

Safaat diperoleh daripada Nabi
Disamping syafaat golongan syafi’
Walaupun berbilang syafaat diberi
Tanpa keizinanNya manusia rugi

Allah Maha Mengetahui segala perbuatan
Di Lauh Mahfuz tersimpan catatan
Perbuatan lepas mustahil disorokkan
Sekecil zarah dalam pemerhatian

Begitupun jua perkara hadapan
Manusia merancang Tuhan menentukan
Jangan ada sebarang rungutan
Andainya takdir di luar impian
Atau diri lupa daratan
Kiranya berada di puncak kejayaan

Usah bermegah atas kepintaran
Kepintaran itu anugerah Tuhan
IlmuNya tinggi diluar jangkaan
Langit dan bumi bukan ukuran

Mengurus alam tanpa bantuan
Segalanya teratur mengikut putaran
Sekalian makhluk dalam gengaman
Maha Suci DiKau penuh Kekuasaan

Dihembus ayat tujuh penjuru
Menjadi penangkis segala seteru
Penolak bala yang datang melulu
Ayatul Qursi, bacalah selalu

Tujuh penjuru jumlah dibilang
Dimulai Kanan, Kiri, Depan Belakang
Di sini iblis cuba nak datang
Hembusan ayat jadi penghalang

Atas dan Bawah penjuru seterusnya
Moga terselamat bala bencana
Meskipun bala tak mengenal rupa
Islam atau kafir terkena juga

Hembusan ke dada penjuru terakhir
Sebagai penjinak jin yang hadir
Kita manusia tak tertolak takdir
Qarin menemani semenjak lahir

Tujuh arah penjuru berkemungkinan merujuk kepada dalil berikut:

1.         Surah al-A’raaf ayat 17:  “Kemudian aku (Iblis) datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.

2.         Surah an-Na’aam ayat 65:  Katakanlah:  “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu bala, dari sebelah atas kamu (langit), atau dari bawah kaki kamu (bumi)...”

3.         Berdasarkan nash-nash yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan ‘qarin’.  Qarin bermakna teman atau pendamping.  Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya.  Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan).  Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan.  Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis riwayat Muslim:  Tiada seorangpun dari kalangan kamu kecuali ada diturutsertakan dengan qarinnya dari jin .  Mereka bertanya:  “Engkau pula wahai Rasulullah?”  Jawab baginda: “Ya aku juga, sama Allah telah membantuku terhadapnya, lalu dia Islam.  Dan tidak akan menyuruhku kecuali kebaikkan.”



Puteri  Jun 2009           

Madah: Selawat

بسم الله الرحمن الرحيم
Pak Engku memberitahu, kebanyakan kita tidak tahu betapa pentingmya selawat..
Cuba renungkan  Ayat  56  Surah  Al-Ahzzab  dan fahami maksud tersirat..kenapa ayat disusun begitu rupa? 


Ayat  56  Surah  Al-Ahzzab
بسم الله الرحمن الرحيم

33:56 

Terjemahan ayat:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi  (Muhammad s.a.w)  wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya

Coretan  madah:

Cuba renung susunan ayat
Allah terdahulu mengucapkan selawat
Disusuli kemudian para malaikat
Begitu agungnya ucapan selawat

Bagaimana kita selaku umat??
Di penghujung ayat kita dinasihat
Mengucapkan selawat penoh hormat
Apakah ini diambil berat ??

Ayat dibaca setiap Jumaat
Supaya insan sentiasa ingat
Ingat untuk membaca selawat
Sungguh besar kandungan fadhilat

Selawat boleh jadi penyelamat
Menyelamatkan insan di hari kiamat
Rasul junjungan memberi syafaat
Inilah kelebihan orang berselawat

Bukanlah susah untuk berselawat
Bacaan mudah berisi padat
Molek dibaca selepas solat
Sungguh rugi andai tak sempat


Budaya berselawat jadikan tabiat
Secara spontan ia dibuat
Rajin berselawat mendapat rahmat
Saham akhirat pun jua meningkat

Jangan contoh iblis laknat
Diperintah sujud ia tak taat
Baginya Adam tidaklah hebat
Keangkuhan iblis membawa mudharat

Ayat  56  sekadar nasihat
Nasihat kepada sekalian umat
Bukalah hati untuk melihat
Nabi Muhammad diberi hormat

‘Diperintahkan’ sujud iblis laknat
‘Dinasihatkan’  berselawat sekalian umat
‘Perintah’  dan  ‘nasihat’  berasaskan syariat
Cuba faham maksud tersurat




 Pak Engku


Friday, February 14, 2014

Madah - Al- Fatihah

Salam perkenalan dari Pak Engku (Raja Abd Karim Raja Ali)

1.    
Madah  Surah  Al-Faatihah
(Pembuka  Surah)

بسم الله الرحمن الرحيم

Muqaddimah:

          Surah ini dinamakan  “Al-Faatihah”  (Pemuka atau yang mula-mula)  Ia juga dinamakan  “Ummu’l-Quran”  (Ibu Al-Quran)  dan  “Ummu’l-Kitab”  (Ibu Kitab Suci),  kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al-Quran diturunkan, untuk menerangkan satu persatu, iaitu:

(1)     Menetapkan wujudnya Allah ‘Azza wa Jalla yang mencipta seluruh alam, sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya :  “Al-hamdulillah hirab bil alamiin”

(2)     Menyebutkan kesimpulan sifat-sifat Al-Jallal  (Kebesaran)  dan sifat-sifat Al-Kammal  (Kesempurnaan),  sebagaimana yang terkandung dalam firman-Nya:  “Arrahman-nir-rahim”

(3)     Menyatakan kepada manusia akan hari kiamat yang padanya kelak ia akan menerima balasan amalnya, sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya  “Malikiyau middin”   supaya seseorang itu tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata

(4)     Menerangkan tugas yang kerananya manusia diciptakan oleh Allah sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya:  “Eeyaa kanakbudu”.  Sebab ibadat itu dengan segala jenisnya tak dapat tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak, dan mensucikan jiwa.

          Dengan iman yang hidup, tubuh badan yang sihat, akhlak yang baik, dan jiwa yang suci, berhasillah kebahagian manusia  -  kebahagian perseorangan dan kebahagian orang-orang yang sejenis dengannya.

(5)     Memperkatakan tentang kelemahan manusia, bahawa  ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah dan izin-Nya, sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya  “Waeeyah kanastain”

(6)     Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohonkan daripada Allah ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagian, dan cara melaluinya, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya   “Iehdinas sira thal mustakim”.  Kerana telah sedia ada  berbagai  jalan yang akan ditempuh, dan cara-cara melaluinya pula banyak, berbilang-bilang, dan berlain-lain, disebabkan berlain-lainnya tabiat, adat dan hawa nafsu yang beranika ragam

(7)     Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat manusia yang telah lalu dan hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang sebabkan kebahagiaan mereka, dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka, sehingga dapatlah ia hidup di dunia ini dalam keadaan yang selamat,, dan berjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak didalam syurga  “Daru’s-Salam”

Surah ini juga dinamakan  “As-Sab’u’l-Mathaani”  (Tujuh ayat  yang diulang-ulang)  bacaannya dalam sembahyang yang  berbilang-bilang rakaat, atau  (tujuh dasar yang berulang-ulang)  huraiannya di dalam Al-Quran

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kelebihan surah ini dengan sabdanya  yang bermakna;  “Tidak ada di dalam Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummu’l-Quran”.

Demikianlah kelebihan surah Al-Faatihah yang diwajibkan kepada orang mengerjakan sembahyang membacanya.  Sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam jika ia tidak musafir.



Wallah  hualam


Tersimpul surah di dalam madah
Bukan mentafsir merubah surah
Ilham yang datang anugerah Allah
DaripadaNya jua segala hidayah

Coretan madah ditulis ikhlas
Air wuduk sebagai penggalas
Sholat hajat sebelum dan selepas
Menjadikan madah tersusun kemas

Ada golongan jenis  tidak kisah
Sepintas lalu dibaca madah
Menggeleng tidak,  mengangguk entah??
Mungkin salah bahasa ku olah

Aku mengharap kritikan membina
Menyedari diri tidak sempurna
Bukan niat mengejar nama
Madah ingin dikongsi bersama

Moga difahami coretan madah
Mengajak kita bermuhasabah
Bahasa Al-Quran begitu indah
Dalam keindahan terselit perintah

Tersurat juga berbagai kisah
Untuk pengajaran sekalian ummah
Tanamkan semangat untuk berubah
Berubah kita ke jalan Allah



Inn  syaa  Allah
Pak Engku

MADAH #1 : Surah Al-fatihah



 1:1
1:2

1:3

1:4

1:5

1:6

1:7

Terjemahan  -  ayat 1 hingga 7:

1.       Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
2.       Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
3.       Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan  (kiamat)
4.       Engkaulah sahaja  (Ya Allah)  yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
5.       Tunjukilah kami jalan yang lurus
6.       Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka
7.       Bukan  (jalan)  orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula  (jalan)  orang-orang yang sesat.

Coretan  madah:

Al-Fatihah pembuka surah
7 ayat tersusun indah
Dibaca mudah menghayati payah
Tangan ditadah mohon hidayah

Dimulai tahmid  ‘Alhamdulillah’
125 huruf 25 kalimah
Asal turun di negeri Makkah
Kali kedua dipercayai Madinah

Ayat ditatap setiap baris
Tercuit kalbu hati menangis
Sejenak datang hasutan iblis
Bacaan ta’awuz jadi penangkis

Surah terbahagi dengan saksama
Tiga bagi Allah tiga untuk hamba
Ayat tengah dikongsi bersama
Keadilan Allah aku terasa

Ayat pertama begitu jelas
Sanjungan padaNya paling teratas
Memuji Allah penuh ikhlas
Anugerah nikmatNya tidak terbalas
Puja dan puji Allah yang Esa
Tuhan pemilik alam semesta
PentadbiranNya licin berjalan sekata
Maha Agung kudratMu sang Pencipta

Ayat kedua kini dilihat
Pengasih, Penyayang Dia bersifat
DikasihiNya semua mukhluk sejagat
Termasuk si kafir dan pelaku jahat

Allah penuhi hasrat mereka
Syurga dunia milik seketika
Bersama iblis teman gembira
Kasihnya Allah tidak terkira

Namun yang beriman beruntung lebih
Rahmah dan Rahim keduanya diperoleh
Allah merahmati mereka terpilih
Dibangkitkan nanti berkeadaan bersih

Hari kiamat hari pengadilan
Dibangkitkan makhluk seluruh zaman
Takkan tergambar di otak fikiran
Betapa Allah penuh kekuasaan

Tiga ayat selesai sudah
Penyataan khusus bagi Allah
Kini beralih ke ayat tengah  (empat)
Sifat Uluhiyah diganding Ubudiah

Uluhiyah sifat ketuhanan
Sempurna sifatnya tiada bandingan
KepadaNya sujud makhluk sekalian
Dia disembah tiada penyekutuan

Ubudiah sifat kehambaan
Sebagai hamba pergantungannya Tuhan
HambaNya memohon mengharap ihsan
Terasa kerdil dihadapan Tuhan

Allah mengajar secara halus
Diajar hambaNya berdoa tulus
Memohon ditunjukkan jalan yang lurus
Menjadi penyebab rasul diutus

Begitu pentingnya ayat kelima
Jalan lurus perkara utama
Jalan dipilih para ulama
Yang beriman juga ambil yang sama

Merekalah umat dinaungi rahmat
Dengan limpahan segala nikmat
Jaminan syurga di alam akhirat
Sebagai ganjaran umat yang taat

Ayat ketujuh penutup surah
Dijelaskan sini jalan yang salah
Minta dijauhkan kemurkaan Allah
Seperti berlaku di zaman sudah

Bani Israil contoh diberi
Mereka kaum membunuh nabi
Mereka juga tak mengenang budi
Setelah diselamatkan ingkar kembali

Dihujung suruh ada tersurat
Mohon dihindarkan perkara sesat
Seperti Nasrani kaum dilaknat
KeEsaan Allah mereka persiat

Kurenung lagi Al-Fatihah
Menjadi tenang hati yang gundah
Khusyuk daku dalam sembahyang
Demikian rahsia terserlah sudah

Niat disebut imbasan hati
Sembahyang pulak pengerak sendi
Tanpa Fatihah sembayang rugi
Pergerakan dijaga bacaan dihayati


Wallah  hualam