Al-Ankaabut Ayat 31
hingga 35
بسم
الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
ayat:
31. Dan
ketika datang (malaikat) utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita
yang mengembirakan, mereka berkata:
“Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini, sesungguhnya penduduknya
adalah orang-orang yang zalim”.
32. Nabi
Ibrahim berkata: Sebenarnya Luth ada di
bandar itu”. Mereka menjawab: “Kami mengetahui akan orang-orang yang
tinggal di situ. Sesungguhnya kami akan
menyelamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) - kecuali
isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan”
33. Dan
tatkala datang utusan-utusan itu kepada Nabi Luth, ia merasa dukacita dengan
kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari
gangguan kaumnya): dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan
itu berkata: “Janganlah engkau takut dan
janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan
keluargamu (serta
pengikut-pengikutmu) - kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang
yang dibinasakan.
34. “Sesungguhnya
kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab darilangit,
disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”
35. Dan demi
sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya
sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu
memahaminya.
Coretan madah:
Permohonan Luth dijawab Allah
Diturunkan malaikat membawa musibah
Di rumah Ibrahim mereka singgah
Mengkhabarkan anak akan dianugerah
Baginda rasa begitu suka
Dalam suka ada duka
Berita azab untuk penderhaka
Kaum Luth bakal celaka
Kerisauan Ibrahim dijawab malaikat
Luth dan pengikutnya akan terselamat
Isterinya termasuk kaum dilaknat
Kerana si isteri berlaku khianat
Malaikat menyamar selaku tetamu
Segak tampan dipandang tak jemu
Luth risau mereka diganggu
Buntu memikir, baginda termanggu
Namun malaikat memberi jaminan
Kedatangan mereka sebagai utusan
Pelaku mungkar akan dibinasakan
Isteri Nabi tiada pengkecualian
Surah Hud ayat 82* memberi penjelasan
Kemudian turun sejenis hujan
Batu panas menghujani berterusan
Berlumuran darah mayat bertaburan
* Ayat
82 Surah Hud
Terjemahan
ayat:
Maka
apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami.Kami jadikan negeri kaum Luth
itu tonggangterbalik (tertimbus segala
yang ada di muka bumi), dan Kami
menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.
Rejaman batu setimpal hukuman
Seks songsang diluar batasan
Amat hina lagi menjijikan
Kisah Luth menjadi pengajaran