Friday, July 31, 2015

Yaseen Ayat 24-27

Terjemahan – ayat 24 hingga 27:

بسم الله الرحمن الرحيم

36:24

 36:25
36:26

36:27


24.     “Sesungguhnya aku  (kalau melakukan syirik)  tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata
25.     “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah  (nasihatku)”
26.     (Setelah ia mati)  iaitu dikatakan kepadanya:  “Masuklah ke dalam syurga”.  Ia berkata:  “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”
27.     “Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku serta dijadikanNya daku dari orang-orang yang dimuliakan!”



Coretan  madah:

Lelaki tersebut gerun membayangkan
Seandainya dia mensyirikkan Tuhan
Pastilah dia dalam kesesatan
Gementar hatinya meminta dijauhkan

Lalu dia melafazkan ikrar
Kalimah tauhid segera terdengar
Dipukul kaumnya dia tak gentar
Imannya tetap tidak bertukar

Puas dipukul sehingga mati
Namun kematiannya sungguh bererti
Kenikmatan syurga sedia menanti
Kamunya tetap terkenang di hati

Hatinya mulia sikapnya sabar
Mengharap kaumnya supaya sedar
Sedar kembali ke jalan benar
Dengan ampunan Tuhan Maha Besar

Namun kaumnya terlalu ingkar
Buruknya perangai tidak tergambar
Memperlekeh rasul secara sedar
Seolahnya Tuhan mahu dicabar



bersambung..

Wednesday, July 29, 2015

Alam Barzakh Dan Padang Mahsyar

Alam Barzakh Dan Padang Mahsyar
بسم الله الرحمن الرحيم

Di akhir zaman ini semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian,  alam barzakh dan seterusnya padang mahsyar.   Kerana manusia sedang membangun dunianya, kebanyakan mereka dilalaikan oleh kesenangan, keindahan dan kelazatan dunia yang sementara. Sesungguhnya mereka yang memburu kesenangan duniawi ini bagaikan memburu bayang yang bergerak, sehingga kehabisan umur dan kematian pun tiba.  Akhirnya mereka terkejut besar apabila Malaikat maut datang dengan mengejut mencabut nyawanya, kerana tiada sebarang persiapan atau bekalan untuk menghadapi suatu perjalanan yang jauh.
Menurut Imam Al-Ghazali, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati iaitu yang pertama, golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan.   Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia.
Golongan kedua, yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur.   Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala.   Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan.   Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Nabi SAW bersabda:   “Perbanyaklah mengingati pemutus kelazatan”.  -  (Hadith Riwayat An Nasai, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad. Hadith ini hasan menurut Syaikh Al Albani)
Yang dimaksudkan adalah kematian.   Kematian disebut haadzim   (pemutus)   kerana ia menjadi pemutus kelazatan dunia. Rasulullah saw mengakui bahawa umat manusia mempunyai banyak kelemahan, antara kelemahan yang paling ketara ialah tidak sepi dari sifat lalai dan lupa.   Justeru itu insan amat memerlukan bimbingan dan peringatan,  kerananyalah Allah swt telah mengutuskan para rasul bagi menerima wahyu,  kerana wahyu itulah yang diperlukan oleh manusia sebagai petunjuk dan peringatan bagi membantu mengatasi kelemahan sifat manusia. Firman Allah SWT:  Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."   (Az-Dzariat: 55)
Orang sering bercakap tentang rakan atau sahabat mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi, sipulan telah mati dan sianu sudah mati, tetapi sayangnya jarang sekali dia memikirkan bilakah kematian itu akan sampai kepada giliran dirinya.   Sebelum mati itu datang, apakah persiapan yang telah dibuat?  Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata,   “Aku pernah bersama Rasulullah saw lalu seorang Anshor mendatangi beliau ia memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?”   Beliau bersabda:   “Yang paling baik akhlaknya”.  Ia kembali pertanya,   “Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?”,      Beliau bersabda:   “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.”  -  (Hadith Riwayat Ibnu Majah. Hasan menurut Syaikh Al Albani)
Oleh kerana kehidupan selepas mati ibarat suatu perjalanan yang jauh yang memakan masa lama.   Menyedari hakikat itu pasti insan memerlukan suatu persiapan yang mencukupi dan sempurna, orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menghadapi mati.   Bayangkan jika secara tiba-tiba seseorang itu terlantar di padang pasir yang tandus, bila dahaga telah mencekik kerong-kongnya lantas diapun terbayang mustahaknya air, tetapi baru dia sedar bahawa sedikitpun dia tidak mempunyai bekalan air itu.
Saiyidina Ali r.a. pernah berkata:   "Bahawa manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya." Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam lalai atau bagaikan orang yang tertidur lena, dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak.

Indahnya kematian ... Imam Ibnu Rajab menukil dari seorang ulama salaf yang berkata:   "Berpuasalah ketika di dunia dan jadikan waktu berbuka ketika kamu mati.   Dunia ini seluruh bulannya adalah bulan puasa bagi orang-orang bertakwa,  mereka menahan diri dari syahwat yang diharamkan, dan jika ajal datang, bererti mereka telah selesai berpuasa dan mulai merayakan hari raya mereka". -  (Latha'if al-Ma’arif, hal 346)
Justeru, ingatlah wahai sahabat yakni saudaraku sekelian bahawa perkara kematian itu adalah suatu peringatan yang berguna kepada manusia untuk menginsafi diri sendiri dan juga orang lain bahawa kita semua adalah tertakluk kepada sang pencipta yang agung yang menghidup dan mematikan makhluknya ... Allah Azza Wa Jalla berkuasa atas segalanya, La ila Hai Lallah, Allah Hu Akhbar ... aamiin.



Wallahualam
Pak Engku

Monday, July 27, 2015

Lidah Menentukan Syurga atau Neraka *

Lidah Menentukan Syurga atau Neraka  *
بسم الله الرحمن الرحيم

Kata Al-Imam Al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah swt  yang besar dan antara ciptaan   Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam Al-Ghazali berkata:  “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah.
Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula.  Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah.  Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Al-Imam Al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata.   Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan
keburukan kepada kita.  Pepatah ada mengatakan kerana mulut
badan binasa.  Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu.  Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam.  Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa.   Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad saw bersabda yang maksudnya:  “Siapa beriman kepada Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia
diam.”
  (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah saw  bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.”   (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah saw ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.  Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah swt, berzikir, mengerjakan sholat dan sebagainya.  Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya.  Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah saw ditanya sebab
terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah
menjawab:  “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”  Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab,  “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”



Wallahualam

Pak Engku

Friday, July 24, 2015

Kepentingan Ibadah Puasa

Kepentingan  Ibadah  Puasa **     
بسم الله الرحمن الرحيم

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam.  Ini bermakna        puasa termasuk ibadah yang terpokok.  Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim.  Apa yang ada pada puasa hingga dipilih Allah swt untuk masuk senarai rukun Islam?
Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada Allah swt dan Rasul:  "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah".   Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang.  Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada Allah swt sewaktu sembahyang demi membuktikan
kita taat tunduk   (rukuk dan sujud)  kepadaNya.
Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah
diri kepada Allah swt.  Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.
Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang.  Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh
iaitu puasa.  Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata.  Ertinya Allah swt mahu mendidik kita untuk susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun
ia ada di hadapan mata.  Bukankah itu aneh?   Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya
Ramadhan disambut dengan riang.
Apa sebenarnya yang Allah swt kehendaki dari puasa?
Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting.  Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai.  Dan kecewa adalah
penyakit lumrah dalam masyarakat kini.  Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada
pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.  Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya
terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir Allah swt.
Allah swt sudah tentukan bahawa setiap manusia itu akan diuji.  Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya.  Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar.  Di dalam
menunaikan perintah-perintah Allah swt, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan larangan-larangan Allah swt lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan Allah swt berbisik-bisik:-  "Bukan aku tidak sabar dengan ujianMu ya Allah, cuma hendak mengadu padaMu, tempat aku kembali nanti.  Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah".   Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak Allah swt kerana merasakan segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan Allah swt.
Malah mereka memuji-muji Allah swt kerana Maha Bijaksana dan Maha AdilNya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.
UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN.  ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT DAN UJIAN.   DAN KEBAHAGIAAN
SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR.   SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.
Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana Allah swt, bukan kerana lain-lain.  Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana Allah swt.
Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan Allah swt, kerana Allah swt.  Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan
hati yang panas, marah-marah dan memberontak.
Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana
merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa Allah swt.  Inilah jiwa yang tenang.
Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak
membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa.  Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan Allah swt dan
sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda
Rasulullah;   "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."   Semoga menjadi panduan hati kita mengapa perlunya kita berpuasa, matlamatnya mencari keredhan Allah swt dengan bersabar segalanya.   Semoga diri kita adalah yang tergolong daripada orang yang bersabar dan dikasihi Allah swt ....



Waulah hu alam
PE

Yaseen Ayat 22 -23

Terjemahan  –  ayat 22 dan 23:

 بسم الله الرحمن الرحيم

36:22
36:23


22.     Dan  (apabila ditanya:  Sudahkah engkau menerima ugama mereka?  Maka jawabnya):  “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah  (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
23.     “Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah?  (Sudah tentu tidak patut, kerana)  jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku
                                             



Coretan  madah:

Kelihatan mereka bertikam lidah
Lelaki tersebut memberi hujah
Tuhan yang Esa hanyalah Allah
KepadaNya saja berhak disembah

Maha Pencipta Tuhan yang Esa
Tempat kembalinya jin dan manusia
Syafaat dan mudharat dariNya jua

Hanya Allah yang Maha Berkuasa

Bersambung..