Friday, June 26, 2015

Yaseen ayat 20-21

بسم الله الرحمن الرحيم

36:20

36:21


Terjemahan  –  ayat 20 dan 21:

20.     Dan  (semasa Rasul-rasul itu diancam),  datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:  “Wahai kaumku!  Turutlah Rasul-rasul itu
21.     “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk

Coretan  madah:

Ayat ke 20 turut kesah
Berlari lelaki termengah-mengah
Dinasihat kaumnya penuh berhemah
Agar mereka menerima dakwah

Para Rasul berdakwah ikhlas
Tidak mengharap untuk dibalas
Mereka dikurniakan penunjuk yang jelas
Janganlah ada sebarang waswas

..bersambung..

Friday, June 12, 2015

Yaseen ayat 18 dan 19

بسم الله الرحمن الرحيم

36:18

36:19

Terjemahan  –  ayat 18 dan 19:

18.     Penduduk bandar itu berkata pula:  “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu.  Demi sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti  (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu)  tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
19.     Rasul-rasul itu menjawab:  “Nahas dan malang itu adalah disebabkan  (kekufuran) yang ada pada kamu .  Patutkah kerana kamu di beri peringatan dan nasihat pengajaran  (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu???)  (kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf)  bahkan kamu adalah kaum pelampau”.

Coretan  madah:

Nasib malang sering menyusul
Perasaan marah meluap timbul
Mereka mengancam menyiksa Rasul
Namun Rasul tak rasa terpukul

Ancaman dijawab sebegitu senang
Mereka sendiri pembawa malang
Kerana nasihat tidak dipandang

Malah melampau berlaku jalang


..bersambung..

Thursday, June 11, 2015

Selawat dan Salam

Selawat dan Salam

بسم الله الرحمن الرحيم


Selawat dan salam ke atas junjungan  mulia Nabi Muhammad saw yang kita menjadi mulia dengan beliau yang kita menjadi terhormat dengan beliau Nabi Muhammad.
Walaupun semua pujian dan unkapan yang kita luahkan ungkapkan tidak akan habis sifat yang terpuji dan mulia yang berada pada diri Rasulullah.
Marilah kita memperbanyakkan selawat tanda kerinduan dan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah.
Segala kepujian kembali kepada Allah ataupun selain daripada Allah  swt yang dipuji adalah bahagian serpihan daripada keindahan nama Allah swt  Yang Maha Terpuji sehingga dengan namaNya Yang Maha Terpuji daripada ciptaanNya banyak dipuji kerana dilihat indahnya ciptaan tersebut dan ini merupakan cerminan daripada nama Allah swt  Yang Maha Indah dan lagi Maha Terpuji.
Dan di antara sekalian makhluk yang terpuji yang masing-masing mempunyai batasan di dalam kepujiannya.  Akan tetapi kepujian yang ada pada satu makhluk ini tidak ada batasan disebabkan kerana satu makhluk ini ketika diberikan oleh Allah swt gelaran.
Gelaran itu adalah berupa kepujian daripada Allah  swt yang sehingga dengan gelaran yang diberikan oleh Allah kepada makhluk ini tidak mempunyai sempadan maknanya walaupun sekian ungkapan diungkapkan untuk menceritakan tentang kepujiaan Nabi Muhammad saw akan habis semua kalimat akan habis semua nafas akan habis semua makhluk sementara kepujian yang ada pada Rasulullah tidak akan habis
Beliau adalah merupakan seseorang yang dianugerahkan oleh Allah  swt kepada kita.  Al-Imam Ali bin Muhammad bin Hussain Al-Habsyi mengatakan.   Sebanyak mana orang akan mengungkapkan tentang kepujian dan sifat mulia Rasulullah  akan habis semua kalimat akan habis semua huraian.
Akan tetapi sifat yang ada pada Rasulullah adalah belum habis lagi disebabkan oleh kerana nama Rasulullah  dan kepujian yang ada pada beliau, kemuliaan yang ada pada beliau bukan diberitahukan oleh Allah swt kepada kita melalui Al-Quran sahaja.
Akan tetapi namanya sudah disebutkan bukan di zaman Nabi Adam 'Alaihissalan bahkan bukan setelah Nabi Adam bahkan sebelum Nabi Adam lagi sudah disebutkan nama Nabi Muhammad.
Demikian yang diungkapkan oleh Nabi Adam 'Alaihissalam ketika berdoa memohon ampun kepada Allah swt dengan menyebut nama Nabi Muhammad.   Ketika ditanya bagaimana engkau kenal kepada Muhammad.
Maka dijawab oleh Nabi Adam 'Alaihissalam   "Ketika aku diciptakan oleh Engkau dan dihembuskan roh.  Aku mengangkat setelah bangkit daripada sujud tertulis ditiang-tiang Arasy   "Laa  Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah".   Tidak diiringkan nama seseorang ataupun nama makhluk bersama denganMu kecuali makhluk itu adalah makhluk yang Engkau muliakan wahai Allah swt.   Maka dibenarkan oleh Allah swt dan dikatakan kalau bukan kerana dia.  Aku tidak ciptakan engkau.
Namanya sudah disebut sebelum wujud makhluk ini semua bahkan namanya berada di Arasy dan beliau adalah Nabi kita Nabi Muhammad saw  yang kita mulia dengan beliau yang kita menjadi terhormat dengan beliau.  Yang mana kata Allah   "Kamu  (Nabi Muhammad)  sebaik-baik ummat yang diciptakan yang dikeluarkan oleh Allah untuk semua ummat manusia"
Mutiara kata  -  Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah.
Pernah berkata Al-Habib Muhammad Quraisy Baharom Hafidzohullah   "Jika ada orang yang redha Allah swt  sebagai Tuhannya pasti dia tidak akan melakukan maksiat dan sekiranya ada orang yang redha Nabi Muhammad saw  itu adalah Rasulnya maka pasti lidahnya tidak akan lekang daripada berselawat."
Berkata Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered Hafidzohullah   "Walaupun kamu menginfakkan semua harta kekayaanmu dan menggadaikan nyawamu sekalipun.  Ketahuilah kamu tidak akan mampu untuk membayar semua jasa Baginda Rasulullah”.
Dan salah satu cara untuk kamu membalas,membayar jasa Nabi Muhammad  itu adalah dengan kamu memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda Rasulullah .
Ketahuilah setiap selawatmu kepada Rasulullah  pasti akan dibalas dijawab oleh Baginda Rasulullah .  Dan orang yang mengatakan dirinya mencintai dan merindui kepada Baginda Rasulullah pasti lisannya tidak akan putus daripada berselawat.
Dan semakin banyak kamu berselawat maka semakin dekatlah dirimu kepada Baginda Rasulullah  dan selawat itu akan menjadi cahaya yang akan menerangi kepada dirimu ketika di Yaumul Qiyamah kelak.
Nabi  bersabda   "Orang yang paling dekat dengan diriku di hari kiamat nanti adalah mereka yakni orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
Muhasabah diri.  Perbanyakkan Selawat.   Hidupkan malam Jumaat.  Tingkatkan amal soleh.  Sayangi ulama dekati mereka.
Melihat wajah para ulama dan orang soleh ubat bagi hati.  Jom hadiri majlis ilmu.  Ambil ilmu daripada dada para ulama.
Peringatan buat diri sendiri serta peringatan bersama.


Wallahualam  -  Wasalam.


Mohon maaf jika terdapat salah silap.

Tuesday, June 9, 2015

Istighfar

 Istighfar

بسم الله الرحمن الرحيم

         ٍSelalulah untuk kita beristighfar kepada Allah swt kembali kepada Allah swt sebesar mana pun dosa yang kita lakukan sebanyak mana pun maksiat yang kita lakukan ketahuilah Allah swt sentiasa merindui hamba-hambaNya untuk kembali kepadaNya.
Allah swt tidak pernah meninggalkan kita dan menzalimi kepada diri kita tetapi kitalah yang sering kali meninggalkan Allah swt dan menzalimi kepada diri perbadi kita sendiri.
Sepatutnya seorang muslim memahami makna istighfar  bukan hanya di dalam hal mengucapkan astaghfirullah  sahaja.  Kita sering mengucapkan astaghfirullah astaghfirullah berulang-ulang kali dilisan kita sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah.
Tetapi mungkin kita belum lagi memahami makna istighfar belum lagi mendalami makna istighfar kerana orang yang selalu meminta ampun kepada Allah swt adalah orang yang akan selalu mewujudkan permohonan ampunnya dengan pertama akan melaksanakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan apa-apa yang diperintahkan oleh Rasulullah.
Kita harus ingat betapa besar pun dosa kita betapa pun banyak maksiat yang kita lakukan tetapi Allah  swt tidak pernah mengusir kita daripada menjadi hambaNya.  Betapa pun busuknya kita betapa besarnya maksiat yang kita kerjakan.
Akan tetapi Allah swt tetap menisbahkan kita menjadi hambaNya.  Allah tidak mengusir kita.  Allah tidak menafikan kita untuk tidak menjadi hambaNya.  Macam mana pun kita tetap melukunya.
Bahkan Allah swt memuliakan kita menjadi Ummat Rasulullah saw, memuliakan kita di hadapan makhlukNya yang lain.  Sebesar  mana pun dosa dan maksiat yang kita lakukan Allah tetap memanggil kita dengan mengatakan   "wahai hambaKu".
Kalau kita hendak tenguk, kalau kita hendak kaji, kalau kita merenungkan di situ terkandungnya rahmat Allah swt.  Di situ terkandungnya kasih sayang Allah swt kepada kita hamba-hambaNya.
Allah swt mengatakan   "Wahai hamba-hambaKu yang telah mensia-siakan diri kalian".   Orang yang bermaksiat kepada Allah adalah orang yang mensia-siakan apa yang diberikan oleh Allah swt daripada sekian banyak anugerah sekian banyak nikmat yang dicurahkan oleh Allah  swt.
Allah swt mengatakan   "Jangan sesekali kalian berputus asa daripada rahmat Allah swt".   Terkadang kita melakukan maksiat 1 kali, 2 kali, 3 kali, 4 kali dan seterusnya.  Berkali-kali kita taubat lepas itu kembali bermaksiat.
Kekadang kita sebagai manusia ini sering tertipu dengan tipu daya syaitan.  Syaitan sering kali membisikkan kepada kita.  "Anda sudah 1 kali bermaksiat maka taubat kepada Allah.  2 kali maksiat taubat balik kepada Allah, 3 kali, 4 kali 5 kali dan seterusnya.  Macam mana anda seorang hamba yang mana terus menerus bermaksiat kepada Allah.
Tidakkah engkau malu?   Engkau sudah tidak ada gunanya lagi.  Engkau sekarang menjadi makhluk yang terkutuk oleh Allah swt".   Bisikan-bisikan seperti ini sering kali terlintas di dalam hati kita.  Itu semua datang daripada syaitan.
(Kita sedar kita banyak dosa kepada Allah sering kali bermaksiat kepada Allah tetapi kita langsung tidak hendak kembali kepada Allah dan sering kali menangguh-nangguhkan taubat kita dengan alasan kita mengatakan ini adalah takdir daripada Allah.  Allah tidak mengkehendaki diri aku menjadi baik.  Nanti sudah tua barulah aku taubat dan sebagainya.
Sebab itu kita kena selalu berdoa kepada Allah supaya Allah swt   "Kurniakan kepada diri kita kekuatan, menjadikan diri kita ini orang-orang yang selalu ingin bertaubat kepadaNya kembali kepada Allah swt.  Bukanlah kita menjadi orang yang hanya bertaubat dan kembali kepada Allah apabila ditimpa musibah, bala melakukan maksiat dan dosa sahaja.  Akan tetapi selepas itu kita kembali seperti keadaan  kita yang seperti biasa).
Ketahuilah Allah swt tidak pernah memutuskan hambaNya dengan Tuhannya.  Allah swt mengampunkan semua dosa-dosa kita.  Tidak kira sebesar mana pun dosa yang kita sudah lakukan sebanyak mana pun maksiat yang kita kerjakan.  Allah swt sentiasa menunggu dan menanti kita untuk kembali kepadaNya.
Kalau kita memahami istighfar bukanlah sekadar kerana kita takut dosa kita kepada Allah swt.  Bukan kerana kita hanya takut dihukum oleh Allah.  Akan tetapi di situ ada makna bahawa kita seorang hamba selalu kebali kepada Allah swt.
Sebagaimana seorang anak kecil yang selalu kembali kepada orang tuanya.   Kalau kita punyai anak kecik.  Betapa pun salahnya dia, sering kali nakalnya dia, sering kali melakukan kesalahan dia tidak mendengar kata-kata kita.  Akan tetapi kita sebagai orang tua tidak mungkin tidak akan memaafkan semua kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh anak-anak kita.  Betul tak?  Kalau kita kepada anak kita macam itu.  Bagaimana pula Allah swt terhadap hambaNya?
(Allah  swt yang menciptakan kita.  Allah swt yang memberikan segala-galanya kepada kita.  Baik itu pelbagai nikmat kesenangan yang kita rasakan sekarang dalam hidup kita.  Semuanya itu adalah datang daripada Allah dan kurnaan  daripada Allah swt dengan izinNya.  Kita langsung tidak mempunyai apa-apa pun sebenarnya tidak kiralah harta kita ke, jawatan dan pangkat yang kita ada sekarang, ilmu yang kita ada sekarang ke dan sebagainya.
Semua itu pasti kita tidak akan perolehi kalau bukan dengan izin daripada Allah swt.  Kita ini hanyalah sebagai peminjam yang diberi pinjam oleh Allah swt.  Kalau orang kasi pinjam sesuatu kepada kita maka sudah pasti kita akan menghargai orang yang memberi pinjaman kepada kita itu bukan?
Begitulah kita sebagai seorang hamba Allah yang diberikan pinjnam daripada Allah  swt.  Sepatutnya kita lebih menghargai apa yang diberikan oleh Allah swt dengan kita mensyukur segala nikmat kurniaan yang diberikanNya dengan kita menghambakan diri kita kepada Allah, bertaqqarub kepada Allah.
Dan selalu kembali bertaubat kepada Allah menyesal dengan segala dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan dan berazam untuk tidak melakukannya lagi dan mentaati segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya.)
Oleh kerana itu dikatakan oleh Allah  swt kepada Nabi Allah Daud as.  "Wahai Daud.  Kalau seandainya orang yang lari daripada Aku.  Orang yang maksiat itu diumpamakan sebagai seorang hamba yang derhaka kepada tuannya.
Ya Daud.  Sampaikan kepada hamba-hambaKu yang mana mereka selalu mensia-siakan dirinya.  Kalau sahaja seandainya dia mengetahui kerinduan Aku nescaya akan kembalinya dia ke ribaanKu.  Kembalinya dia ke pelukkanKu.  Kalau sahaja dia mengetahui betapa Aku cinta kepada hambaKU mereka yang bermaksiat kepada Aku untuk kembali.
Aku rindu kepada mereka nescaya orang tersebut, hamba tersebut akan terbang kerana rindu mengentahui betapa rindunya Allah swt."
Jangan kita maknakan  isyighfar sebagai posisi kita takut kepada  swt.  Sementara Allah  swt adalah Yang Maha Rahmat.  Ini rahmatnya Allah  swt kepada hamba-hambaNya yang bermaksiat.
Macam mana Rahmatnya Allah, Sayangnya Allah swt kepada hamba-hambaNya yang taat kepada Allah  swt.
Mutiara kata  - Al-Habib Muhammad Haykal Al-khaneman Hafidzohullah.
Muhasabah diri  -  Hayati kata-kata ini.  Pasti kita rindu kepada Allah kepada Rasulullah saw.  Janganlah kita menzalimi diri kita lagi.  Kembalilah kepada Allah.  Allah sentiasa menunggu kita.  Semoga kita sentiasa diberikan taufik dan hidayah.  Sentiasa bertaubat kepada Allah swt.  Bertaqarrub kepada Allah.  Menambahkan kecintaan kita kepada Allah dan Baginda Rasulullah saw.  Jom sama-sama kita menghadiri majlis ilmu.  Jom sama-sama kita bersiap sedia untuk menunaikan sholat fardhu Asar berjemaah di Masjid di Surau-surau berdekatan kita berada.  Dalam tambahan dengan izinNya.  Peringatan buat diri sendiri dan peringatan bersama serta saling ingat mengingatkan.



Wallahualam  -  Wasalam

Wednesday, June 3, 2015

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

بسم الله الرحمن الرحيم


Abu Umamah r.a. berkata:  "Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah saw.  memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an. Telah bersabda Rasulullah saw:  " Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya”.   
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya.  “Kenalkah kamu kepadaku?"   Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?"   Maka berkata Al-Qur'an:  "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu:  "Adakah kamu Al-Qur'an?"   Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah swt.  Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.  Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:  "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"   Lalu dijawab:  "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."



Wallahualam  -  Wasalam