Madah Surah
Al-Mulk
بسم الله
الرحمن الرحيم
Mulai minggu ini kami akan menyiarkan madah dari Surah Al-Mulk yang berjumlah sebanyak 16 siri. Surah Al-Mulk mengajak kita menghargai kebesaran Allah dan segala ciptaan, nikmat dan azab Nya dan mengajak kita patuh dan tunduk atas segala suruhan Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang patuh dan beriman, InsyaAllah.
Mukaddimah:
Tersimpul
surah di dalam madah
Bukan
mentafsir merubah surah
Ilham yang
datang anugerah Allah
DaripadaNya
jua segala hidayah
Coretan
madah ditulis ikhlas
Air wuduk
sebagai penggalas
Sholat hajat
sebelum dan selepas
Menjadikan
madah tersusun kemas
Sepintas
lalu dibaca madah
Menggeleng
tidak, mengangguk entah???
Mungkin
salah bahasa ku olah
Aku
mengharap kritikan membina
Menyedari
diri tidak sempurna
Bukan niat
mengejar nama
Madah ingin
dikongsi bersama
Moga
difahami coretan madah
Mengajak
kita bermuhasabah
Bahasa
Al-Quran begitu indah
Dalam
keindahan terselit perintah
Tersurat
juga berbagai kisah
Untuk
pengajaran sekalian ummah
Tanamkan
semangat untuk berubah
Berubah kita
ke jalan Allah.
Inn syaa
Allah
------------------------------------------------------------------------
Ayat 1
dan 2
بسم الله
الرحمن الرحيم
Terjemahan ayat :
1. Maha
berkat (serta Maha Tinggilah
kelebihan) Tuhan yang menguasai
pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu; -
2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu; siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
-
Coretaan madah:
Al-Mulk bermaksud ‘Kuasa pemerintahan’
Di negeri Makkah
surah diturunkan
Bilangan 67 dalam
Al-Quran
30 ayat jumlah
keseluruhan
Kekuasaan Allah
meliputi segalanya
‘Alam akhirat juga
‘alam maya
Maha Suci Allah
penuh upaya
Mustahil ada
bandingan sebaya
Setinggi mana
pangkat disandang
Semahsyur mana
nama dijulang
Kedudukan makhluk
tetap di belakang
Tanpa kudratNya
makhluk kecundang
Diambil iktibar kesah
Firaun
Begitu jua sikaya
Qaarun
Laut dan bumi
membaham gerun
Dipikul dosa tanpa
terampun
Hidup mati telah
ditentukan
Dunia sekadar
tempat tumpangan
Membuat amal
sebagai bekalan
Tapi yang ingkar
membuat kejahatan
Keadilan tertegak
di mahkamah akhirat
Amalan baik syurga
penuh nikmat
Balasan neraka
bagi yang jahat
Di sana mereka kekal terjerat
Maha Pengampun
Allah bersifat
Makhluk ingkar
boleh bertaubat
Tinggalkan
kejahatan memohon rahmat
Selagi masa belum
terlambat
Wallah hu alam
No comments:
Post a Comment