بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
- ayat 6 hingga 11:
6. Dan
bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab
neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali
7. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara
jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak
8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat
marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan
kedalamnya sekumpulan besar (dari orang
kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul
pemberi ingatan dan amaran (di dunia
dahulu)?”
9. Mereka menjawab: “Ada ! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang
Rasul memberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya);
Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu
(wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!”
10. Dan
mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu
mendengar dan memahami (sebagai orang
yang mencari kebenaran), tentulah kami
tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”
11. Akhirnya
mereka mengakui dosa-dosa mereka
(sebagai orang-orang yang kufur ingkar),
maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
Coretan madah:
Kini ditinjau ayat ke enam
Bila dibaca membuat ku seram
Teramat buruk neraka Jahannam
Seksaan pedih menanti di dalam
Penghuni neraka berjumlah besar
Jerit laungan jelas terdengar
Dengan ledakan api membakar
Suasana menjadi begitu binggar
Penjaga neraka pastinya bengis
Menyoal penghuninya soalan sinis
Kebenaran tidak lagi
ditepis
Dulu mereka dihasut iblis
Mereka ingkari Allah Azzawajal
Tertutup taubat setelah ajal
Tiada guna mereka
menyesal
Seksaan neraka
adalah kekal
*** Hadis
sahih menyatakan:
“Tiada seorang pun masuk ke dalam neraka, melainkan
dia mengetahui bahawa neraka lebih layak untuk dirinya daripada syurga.”
No comments:
Post a Comment