Al Mulk - Ayat 5
بسم الله
الرحمن الرحيم
Terjemahan ayat:
5. Dan demi sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang
dekat (pada penglihatan penduduk
bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami
jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan, dan Kami
sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang
Coretan madah:
Surah
As-Shaffat turut
menerangkan
Ayat 6 hingga
10 * menjadi
rujukkan
Bintang sebagai
senjata rejaman
Tidak sekadar
penyuluh kegelapan
* Rujukan - ayat 6 hingga 10 Surah Shaffaat: (Terjemahan)
6. Sesungguhnya
Kami telah menghiasi langit yang dekat
(pada penglihatan penduduk bumi)
dengan hiasan bintang-bintang
7. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang derhaka
8. (Dengan
itu) mereka tidak dapat memasang telinga
mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api)
dari segala arah dan penjuru, -
9. Untuk
mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus
10. Kecuali
sesiapa di antara syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana
percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
Terlalu jijiknya sifat syaitan
Mahu mencampuri urusan Tuhan
Mustahil mereka beroleh kejayaan
Senjata pengusir bukan sembarangan
(Cuba bayangkan kuasa
bintang yang jauh lebih hebat daripada kuasa matahari dan jumlahnya melebihi
angka sextillion!!
‘Tahi Bintang’
terlintas di fikiran
Pergerakkan pantas
menembusi lapisan
Ketika ini kah
diusir syaitan???
Hanya Allah
empunya jawaban
Syaitan tempatnya
dalam neraka
Itulah kediaman
paling celaka
Bersamanya nanti
makhluk derhaka
Mudahan tidak
senasib mereka
(Na’uzubillah
Min Zalik...)
No comments:
Post a Comment