Al Mulk - Ayat 3
dan 4
بسم الله
الرحمن الرحيم
Terjemahan
ayat:
3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian
tujuh petala langit yang berlapis-lapis;
engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu
sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulanglah pandanganmu -
dapatkah engkau melihatnya kecacatan???
4. Kemudian ulangilah
pandangan(mu) berkali-kali, nescaya
pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
Coretan madah:
Langit biru luas
terbentang
Seperti bumbung tidak
bertiang
Tujuh lapisan
jumlah dibilang
Pengkaji sains
tidak membangkang
Jutaan ringgit
wang dibelanjakan
Untuk menghantar
para angkasawan
Mereka pulang
penuh kekaguman
Uniknya cekerawala
tiada lawan
Mustahil diperoleh
sebarang kecacatan
Kajian sains
menyokong firman
Kalimah Allah
penuh kebenaran
Bagaimana mungkin
timbul keraguan
Ciptaan langit
penuh kesempurnaan
Tiada pernah
planet kemalangan
Patuh berputar di
atas landasan
Maha Suci Allah
penuh kekuasaan
Wallah hu alam
No comments:
Post a Comment