Thursday, May 29, 2014

Al- Mulk Ayat 16-18

بسم  الله  الرحمن  الرحيم

 67:16
67:17 
67:18 

Terjemahan  -  ayat 16 hingga 18:

16.     Patutkah kamu merasa aman  (tidak takut)  kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu:  menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta  (melenyapkan kamu di bawahnya)?
17.     Atau patutkah kamu merasa aman(tidak takut)  kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu:  menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu;  maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu
18.     Dan demi sesungguhnya!  Orang-orang  (kafir)  yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasuNnya lalu mereka dibinasakan);  dengan yang demikian,  (perhatikanlah)  bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu

Coretan  madah:

Ayat di atas bagai menyindir
Menyindir manusia untuk berfikir
Mampukah ditolak bala yang hadir
Bala diturunkan Tuhan Al-Qabir

Andai datang kemurkaan Allah
Bumi dan langit patuh perintah
Bertindak sebagai jentera pemusnah
Sekelip mata makhluk punah

SubhanAllah ku rasa gementar
Terbayang bumi kuat bergegar
Diterbalik tertimbus secepat halilintar
Jerit laungan siapakah mendengar

Sebentar datang angin ribut
Hujan batu menimpa berturut-turut
Begitulah bala kepada kaum Luth
Dalam surah Hud kisah disebut ***
         

          *** Ayat 82 – Surah Hud:  

 11:82

“Maka pabila datang (masa perlaksaan) perintah Kami,  Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertubi-tubi.”


Andai manusia mahu mendengar
Kisah tersebut diambil iktibar
Tapi hakikatnya tak juga sedar
Semakin ramai berlaku mungkar

Bersambung ...

No comments:

Post a Comment