Ayat 14
Surah Saba ’
بسم
الله الرحمن الرحيم
Terjemahan:
Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan
kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut (anai-anai)
yang telah memakan tongkatnya.
Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa
kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak
tinggal sedemikian lamanya di dalam azab
(kerja berat) yang menghinakan.
Coretan madah:
Tiba-tiba mindaku
terjentik
Ayat di atas
tersusun cantik
Kematian
Sulaiman begitu unik
Nabi Sulaiman Raja
termahsyur
Sekian makhluk
tunduk dan akur
Angin, binatang,
jin senang diatur
Hati Ratu pun bisa
lebur
Ku renung lagi
ayat di atas
Sekumpulan jin berkerja
keras
Namun mereka kerja
tak ikhlas
Takutkan Nabi
Sulaiman sentiasa mengawas
Ditakdirkan
anai-anai memakan tongkat
Baginda tumbang
semua terperanjat
Tiada yang tahu
baginda mangkat
Hatta jin yang
mengaku hebat
Biasanya jin menipu
manusia
Konon alam ghaib
mereka berkuasa
Terbuktilah di
sini mereka pendusta
Yang Maha Kuasa
hanya Yang Esa
Sang anai-anai
mencuit hati
Walaupun kecil
kehadiran amat bererti
Inilah ketentuan
takdir Illahi
Semoga mesej dapat
difahami
Mesej:
- Perkerjaan mestilah ikhlas kerana Allah bukan sebab manusia (Bos)
- Percaya hanya pada kekuasaan Allah tidak pada jin (pengamal perubatan tradisional)
- Jangan dianggap yang kecil itu lemah dan yang besar itu hebat kerana Allah mampu mengubah segalanya.
Pak Engku
No comments:
Post a Comment