بسم
الله الرحمن الرحيم
Terjemahan - ayat
12:
12. Sesungguhnya
orang-orang yang takut (melangar
hukum) Tuhannya semasa mereka tidak
dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar
Coretan madah:
Ayat ke 12 berita gembira
Berita kepada umat bertaqwa
Mematuhi hukum sepenuh jiwa
Mereka terpilih makhluk istimewa
Imannya mantap tiada tercalar
Walau godaan amat mencabar
Nafsu ditolak
penuh sabar
Allah kurniakan
pahala besar
Sejarah Yusof
nukilan kisah
Digoda permaisuri
bernama Zulaikah
Terkurung berduaan
dikamar indah
Godaan ditolak
secara berhemah
Terjemahan - ayat 23
Surah Yusof:
Dan perempuan yang Yusof tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh
memujuk berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta
berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia
untukmu.” Yusuf menjawab: “Aku berlindng kepada Allah (dari perbuatan yang
keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku
dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.”
Cabaran kita di
zaman canggih
Alam cyber serba
boleh
Sajian maksiat
bebas diperoleh
Terpulang kita
bijak memilih
Dosa atau pahala
mahu diraih
Perangkap iblis di
mana-mana
Perlunya iman penuh
di dada
Agar insan tak
mudah tergoda
Mintalah
perlindungan Allah Taala
Menjauhi mungkar
kerana takwa
Takwa tertanam di
dalam jiwa
Berbuat amal
kerana cinta
Cinta kepada Sang
Pencipta
Wallah hu alam
No comments:
Post a Comment