بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan -
ayat 13 hingga 17:
13. Dan
ceritakanlah kepada mereka satu kejadian yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah
bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi
Rasul-rasul (Kami),
14. Ketika
Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang
ketiga, iaitu Rasul-rasul itu berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan
kepada kamu”.
15. Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti
kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwahkan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”
16. Rasul-rasul
berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul
yang diutus kepada kamu
17 “Dan
tugas kami hanyalah menyampaikan perintahNya cara yang jelas nyata”.
Coretan madah:
Ayat ke-13 kita berpindah
Terjadi di sini sebuah al-kisah
3 Rasul cuba berdakwah
Penduduk ingkar perintah disanggah
Menganggap Rasul manusia biasa
Bukan utusan TuhanYang Esa
Mereka mendakwa Rasul berdusta
Merekalah
sebenarnya makhluk pendusta
Rasul utusan makhluk mulia
Makhluk pilihan dikalangan manusia
Penyampai perintah secara nyata
Perintah daripada Tuhan semesta
bersambung..
No comments:
Post a Comment