Thursday, May 21, 2015

Golongan mana kita?

Golongan mana kita?
بسم الله الرحمن الرحيم

          Dua perkara yang mudah tetapi yang melakukannya sedikit bilangannya maka mari kita bermuhasabah diri masing-masing adakah kita ini termasuk dalam golongan yang sedikit bilangan yang melakukannya itu ataupun termasuk  dalam golongan orang-orang yang anggap mudah tetapi tidak melakukannya.

Diriwayatkan daripada Abu Daud daripada Nabi saw iaitu: "Orang yang menjaganya perbuatan ini, amalan ini maka dia akan pasti masuk syurga.  Apa dia?  Orang yang berzikir selepas solat. Nabi saw menyebutkan tasbih kepada Allah Ta'ala setiap kali selepas solat 10 kali, dia bertahmid 10 kali dan dia bertakbir 10 kali semua itu 150 mengikut kiraan lisan bersamaan 1500 mengikut berat timbangannya.

Dalam riwayat yang lain 33 tasbih, 33 tahmid dan 33 takbir.  Nampak nilainya itu sekadar dalam kiraan kita mungkin 150 tapi nilainya itu lebih daripada itu digandakan oleh Allah iaitu 1500 berat ditimbangan. Dan bila dia sebelum tidur baca 33 kali tasbih, 33 kali tahmid dan 34 kali takbir maknanya 100 dalam kiraan tetapi ditimbangan 1000.

Di lipat gandakan yang mengikut amal itu tadi kata Nabi saw pasti akan dapat syurga.  Kemudian Nabi saw mendahulukan mengatakan ianya MUDAH, ianya SEDIKIT tetapi yang MENJAGANYA yang BUATNYA ianya SEDIKIT BILANGANNYA.

Kita ini masuk golongan yang sedikit ini kah ataupun kita termasuk dalam golongan orang-orang yang anggap mudah.

Sahabat bertanya:  "Ya Rasulullah.  Kamu kata ia mudah tapi yang buat itu sedikit”.  Apa yang kamu maksudkan wahai Rasulullah.  "Kata Nabi saw iaitu apabila waktu itu sampai yakni waktu tidur kamu teringat ini lalu syaitan menidurkan kamu sebelum kamu sempat membacanya ataupun syaitan telah menganggu di waktu sholat kamu lalu mengingatkan kamu sesuatu keperluan sebelum kamu sempat membacanya."

(Yang akhirnya tidak sempat langsung membacanya kerana teringatkan perkara yang belum lagi selesai cepat-cepat bangun daripada sholat yang akhirnya langsung tidak membaca 33 tasbih, 33 tahmid dan 33 takbir kerana mengejar urusan yang belum selesai perkara-perkara melibatkan hal dunia)

Mutiara kata  -  Al-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN Al-KHERED HAFIDZOHULLAH.

Muhasabah diri.  Perkara mudah yang sering kita anggap mudah
Semoga kita termasuk golongan yang sedikit menjaganya.
Peringatan buat diri sendiri dan peringatan bersama.
Saling ingat mengingatkan

Wallahualam  

No comments:

Post a Comment