Friday, May 15, 2015

Yaseen ayat 12

بسم الله الرحمن الرحيم

36:12


Terjemahan  -   ayat 12:

12.     Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.  Dan  (ingatlah)  tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab  (ibu suratan)  yang jelas nyata

Coretan  madah:

Lama ku renung ayat ini
Ayat dibaca lalu diyakini
Dihidupkan manusia setelah mati
Dihimpun semuanya untuk diadili

Adil seksama mahkamah akhirat
Perbuatan manusia semua tercatat
Mahu berdusta pasti tak dapat
Mahu bertaubat sudah terlambat

Hati-hati dalam perbuatan
Setiap perbuatan memberi kesan
Kesan yang baik pahala digandakan
Kesan buruk dosa pun lumayan



         Hadis Rasulullah:

“Sesiapa yang memulakan perkara-perkara yang baik dia memperoleh pahalanya dan pahala daripada orang-orang yang mengerjakan kepadanya tanpa mengurangi pahalanya sendiri.  Dan sesiapa yang memulakan sesuatu perkara-perkara yang buruk maka dia menanggung dosanya dan dosa dari orang-orang yang mengerjakan selepasnya tanpa mengurangi dosanya sendiri.”


Bersambung..

No comments:

Post a Comment