Salam perkenalan dari Pak Engku (Raja Abd Karim Raja Ali)
1.
Madah
Surah Al-Faatihah
(Pembuka Surah)
بسم
الله الرحمن الرحيم
Muqaddimah:
Surah ini dinamakan “Al-Faatihah” (Pemuka atau yang mula-mula) Ia juga dinamakan “Ummu’l-Quran” (Ibu Al-Quran) dan “Ummu’l-Kitab” (Ibu Kitab Suci), kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al-Quran diturunkan,
untuk menerangkan satu persatu, iaitu:
(1) Menetapkan wujudnya Allah ‘Azza wa Jalla yang mencipta
seluruh alam, sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya : “Al-hamdulillah hirab bil alamiin”
(2) Menyebutkan kesimpulan sifat-sifat Al-Jallal (Kebesaran)
dan sifat-sifat Al-Kammal
(Kesempurnaan), sebagaimana yang
terkandung dalam firman-Nya:
“Arrahman-nir-rahim”
(3) Menyatakan kepada manusia akan hari kiamat
yang padanya kelak ia akan menerima balasan amalnya, sebagaimana yang tersebut
dalam firman-Nya “Malikiyau
middin” supaya seseorang itu
tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya
semata-mata
(4) Menerangkan tugas yang kerananya manusia
diciptakan oleh Allah sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya: “Eeyaa kanakbudu”. Sebab ibadat itu dengan segala jenisnya tak
dapat tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman,
menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak, dan mensucikan jiwa.
Dengan
iman yang hidup, tubuh badan yang sihat, akhlak yang baik, dan jiwa yang suci,
berhasillah kebahagian manusia - kebahagian perseorangan dan kebahagian
orang-orang yang sejenis dengannya.
(5) Memperkatakan tentang kelemahan manusia,
bahawa ia tidak akan dapat melakukan
sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah dan izin-Nya, sebagaimana yang
tersebut dalam firman-Nya “Waeeyah
kanastain”
(6) Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan
dipohonkan daripada Allah ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang
membawa kebahagian, dan cara melaluinya, sebagaimana yang disebutkan dalam
firman-Nya “Iehdinas sira
thal mustakim”. Kerana telah
sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuh, dan cara-cara
melaluinya pula banyak, berbilang-bilang, dan berlain-lain, disebabkan
berlain-lainnya tabiat, adat dan hawa nafsu yang beranika ragam
(7) Mengarahkan manusia kepada memerhati dan
memikirkan kisah-kisah umat-umat manusia yang telah lalu dan hal ehwalnya,
supaya ia memilih akan apa yang sebabkan kebahagiaan mereka, dan berjaga-jaga
serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka, sehingga
dapatlah ia hidup di dunia ini dalam keadaan yang selamat,, dan berjaya
mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak didalam syurga “Daru’s-Salam”
Surah
ini juga dinamakan “As-Sab’u’l-Mathaani” (Tujuh ayat
yang diulang-ulang) bacaannya
dalam sembahyang yang berbilang-bilang
rakaat, atau (tujuh dasar yang
berulang-ulang) huraiannya di dalam
Al-Quran
Rasulullah
s.a.w. pernah menyatakan kelebihan surah ini dengan sabdanya yang bermakna; “Tidak ada di dalam Kitab-kitab yang
telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti
Ummu’l-Quran”.
Demikianlah
kelebihan surah Al-Faatihah yang diwajibkan kepada orang mengerjakan sembahyang
membacanya. Sekurang-kurangnya tujuh
belas kali sehari semalam jika ia tidak musafir.
Wallah hualam
Tersimpul
surah di dalam madah
Bukan
mentafsir merubah surah
Ilham yang
datang anugerah Allah
DaripadaNya
jua segala hidayah
Coretan
madah ditulis ikhlas
Air wuduk
sebagai penggalas
Sholat hajat
sebelum dan selepas
Menjadikan
madah tersusun kemas
Sepintas
lalu dibaca madah
Menggeleng
tidak, mengangguk entah??
Mungkin
salah bahasa ku olah
Aku
mengharap kritikan membina
Menyedari
diri tidak sempurna
Bukan niat
mengejar nama
Madah ingin
dikongsi bersama
Moga
difahami coretan madah
Mengajak
kita bermuhasabah
Bahasa
Al-Quran begitu indah
Dalam
keindahan terselit perintah
Tersurat
juga berbagai kisah
Untuk
pengajaran sekalian ummah
Tanamkan
semangat untuk berubah
Berubah kita
ke jalan Allah
Inn syaa Allah
Pak Engku
MADAH #1 : Surah Al-fatihah
Terjemahan - ayat
1 hingga 7:
1. Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
2. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
3. Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(kiamat)
4. Engkaulah
sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan
5. Tunjukilah
kami jalan yang lurus
6. Jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka
7. Bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.
Coretan
madah:
Al-Fatihah pembuka surah
7 ayat tersusun indah
Dibaca mudah menghayati payah
Tangan ditadah mohon hidayah
Dimulai tahmid ‘Alhamdulillah’
125 huruf 25 kalimah
Asal turun di negeri Makkah
Kali kedua dipercayai Madinah
Ayat ditatap setiap baris
Tercuit kalbu hati menangis
Sejenak datang hasutan iblis
Bacaan ta’awuz jadi penangkis
Surah terbahagi dengan saksama
Tiga bagi Allah tiga untuk hamba
Ayat tengah dikongsi bersama
Keadilan Allah aku terasa
Ayat pertama begitu jelas
Sanjungan padaNya paling teratas
Memuji Allah penuh ikhlas
Anugerah nikmatNya tidak terbalas
Puja dan puji Allah yang Esa
Tuhan pemilik alam semesta
PentadbiranNya licin berjalan sekata
Maha Agung kudratMu sang Pencipta
Ayat kedua kini dilihat
Pengasih, Penyayang Dia bersifat
DikasihiNya semua mukhluk sejagat
Termasuk si kafir dan pelaku jahat
Allah penuhi hasrat mereka
Syurga dunia milik seketika
Bersama iblis teman gembira
Kasihnya Allah tidak terkira
Namun yang beriman beruntung lebih
Rahmah dan Rahim keduanya diperoleh
Allah merahmati mereka terpilih
Dibangkitkan nanti berkeadaan bersih
Hari kiamat hari pengadilan
Dibangkitkan makhluk seluruh zaman
Takkan tergambar di otak fikiran
Betapa Allah penuh kekuasaan
Tiga ayat selesai sudah
Penyataan khusus bagi Allah
Kini beralih ke ayat tengah (empat)
Sifat Uluhiyah diganding Ubudiah
Uluhiyah sifat ketuhanan
Sempurna sifatnya tiada bandingan
KepadaNya sujud makhluk sekalian
Dia disembah tiada penyekutuan
Ubudiah sifat kehambaan
Sebagai hamba pergantungannya Tuhan
HambaNya memohon mengharap ihsan
Terasa kerdil dihadapan Tuhan
Allah mengajar secara halus
Diajar hambaNya berdoa tulus
Memohon ditunjukkan jalan yang lurus
Menjadi penyebab rasul diutus
Begitu pentingnya ayat kelima
Jalan lurus perkara utama
Jalan dipilih para ulama
Yang beriman juga ambil yang sama
Merekalah umat dinaungi rahmat
Dengan limpahan segala nikmat
Jaminan syurga di alam akhirat
Sebagai ganjaran umat yang taat
Ayat ketujuh penutup surah
Dijelaskan sini jalan yang salah
Minta dijauhkan kemurkaan Allah
Seperti berlaku di zaman sudah
Bani Israil contoh diberi
Mereka kaum membunuh nabi
Mereka juga tak mengenang budi
Setelah diselamatkan ingkar kembali
Dihujung suruh ada tersurat
Mohon dihindarkan perkara sesat
Seperti Nasrani kaum dilaknat
KeEsaan Allah mereka persiat
Kurenung lagi Al-Fatihah
Menjadi tenang hati yang gundah
Khusyuk daku dalam sembahyang
Demikian rahsia terserlah sudah
Niat disebut imbasan hati
Sembahyang pulak pengerak sendi
Tanpa Fatihah sembayang rugi
Pergerakan dijaga bacaan dihayati
Wallah hualam
No comments:
Post a Comment