Friday, February 28, 2014

Baca dan Hayati Al-Quran

Ayat  9  Surah  Al-Israa’
بسم الله الرحمن الرحيم

17:9
  
Terjemahan ayat:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi pertunjuk ke jalan yang amat betul  (agama Islam)  dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal sholeh bahawa mereka beroleh pahala besar

Coretan  mandah:

Mari renungkan ayat di atas
Firman Allah begitu jelas
Al-Quran dibaca penuh ikhlas
Ganjaran besar kita  dibalas

Kalam suci kalam Al-Quran
Menjadi penyuluh jalan kebenaran
Berita gembira bagi yang beriman
Amal sholeh mereka kerjakan

Setiap buku punya pengarang
Namun Al-Quran bukan sembarang
Penciptanya Allah Maha Penyayang
Hak cipta terpelihara bukan temberang

Begitu mulianya kalam Allah
Beribu tahun tak pernah berubah
Kebenaran demi kebenaran makin terserlah
Penemuan sains menyokong hujjah  (sila rujuk buku Harun Yahya)

Ramai memiliki naskah Al-Quran
Apakah ianya hanya tersimpan
Atau menjadi barang perhiasan
Bukankah ini suatu kerugian

Al-Quran seharusnya menjadi teman
Teman setia seorang insan
Kepadanya jua dibuat rujukan
Pasti terjawab segala kemushkilan

Ingin ku kongsi sebuah kisah
Kisah doktor pakar bedah
Membedah mata selalu sudah
Mata bercahaya dijumpa tak pernah

Kebesaran Allah di luar jangkauan
Doktor membedah mata berkilauaan
Terlalu unik untuk digambarkan
Hatinya berdetik penuh hairan

Sipesakit akhirnya memberi jawaban
Setiap hari dibacanya Quran
Walaupun dia bukan hafizan
Doktor merasa begitu terkesan

Kalam suci …
Terpahat di hati
Bacaan dihayati
Perintah ditaati

Hidup diberkati

Pak Engku

No comments:

Post a Comment