Madah Ayatul
Qursi
(Surah al-Baqarah ayat 225)
بسم الله
الرحمن الرحيم
Terjemahan:
Allah, tiada Tuhan
melainkan Dia,
Yang tetap hidup dan kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)
Yang tidak mengantuk
usahkan tidur
Yang memiliki segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi
Tiada siapa yang dapat
memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya
Yang mengetahui apa yang
ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka
Tidak seorangpun mengetahui
sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya)
Luasnya Qursi Allah
(ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi
Dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya
Dan Dialah Yang Maha Tinggi
(darjat kemuliaanNya) lagi Maha Besar
Cetusan Madah:
Ayatul Qursi nama diberi
Dijadikan bacaan pendinding diri
Iblis syaitan mohon dihindari
Ilmu hitam gagal mencemari
Terbahagi ayat sepuluh kalimah
Dimulai ikrar mengEsakan Allah
Seperti terkandung dalam Syahadah
KepadaNya saja berhak disembah
Maha sempurna Allah bersifat
Tetap Hidup tanpa batasan hayat
Semenjak azali tiada penamat
Dialah Sang Pencipta penuh dukrat
KeberadaanNya kekal tidak
disangsi
Dengan sendiri Ia berdiri
Sekalian makhluk diurus sendiri
Mentadbir alam langit dikuasai
Mengurus makhluk dan alam sejagat
Tak pernah tidur walau sesaat
Mustahil bagiNya mengadu penat
PentadbiranNya rapi tiada yang
cacat
Betapa besarnya Kuasa Illahi
Langit dan bumi Ia miliki
Patutkah makhluk menyombongi diri
Di hadapan Allah tiada bererti
Melainkan diri beriman tinggi
Terkumpul makhluk di negeri
akhirat
Pengadilan mahsyar dijalani umat
Tersedia menanti hukuman berat
Hanya syafaat jadi penyelamat
Safaat diperoleh daripada Nabi
Disamping syafaat golongan syafi’
Walaupun berbilang syafaat diberi
Tanpa keizinanNya manusia rugi
Allah Maha Mengetahui segala
perbuatan
Di Lauh Mahfuz tersimpan catatan
Perbuatan lepas mustahil
disorokkan
Sekecil zarah dalam pemerhatian
Begitupun jua perkara hadapan
Manusia merancang Tuhan
menentukan
Jangan ada sebarang rungutan
Andainya takdir di luar impian
Atau diri lupa daratan
Kiranya berada di puncak kejayaan
Usah bermegah atas kepintaran
Kepintaran itu anugerah Tuhan
IlmuNya tinggi diluar jangkaan
Langit dan bumi bukan ukuran
Mengurus alam tanpa bantuan
Segalanya teratur mengikut
putaran
Sekalian makhluk dalam gengaman
Maha Suci DiKau penuh Kekuasaan
Dihembus ayat tujuh penjuru
Menjadi penangkis segala seteru
Penolak bala yang datang melulu
Ayatul Qursi, bacalah selalu
Tujuh penjuru jumlah dibilang
Dimulai Kanan, Kiri, Depan
Belakang
Di sini iblis cuba nak datang
Hembusan ayat jadi penghalang
Atas dan Bawah penjuru seterusnya
Moga terselamat bala bencana
Meskipun bala tak mengenal rupa
Islam atau kafir terkena juga
Hembusan ke dada penjuru terakhir
Sebagai penjinak jin yang hadir
Kita manusia tak tertolak takdir
Qarin menemani semenjak lahir
Tujuh arah penjuru
berkemungkinan merujuk kepada dalil berikut:
1. Surah al-A’raaf ayat 17:
“Kemudian aku (Iblis) datangi mereka, dari hadapan mereka serta
dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.
2. Surah an-Na’aam ayat 65:
Katakanlah: “Dia lah yang
berkuasa menghantar kepada kamu bala, dari sebelah atas kamu (langit), atau
dari bawah kaki kamu (bumi)...”
3. Berdasarkan nash-nash yang sahih, bahawa setiap manusia
itu sejak dilahirkan disertakan dengan ‘qarin’.
Qarin bermakna teman atau pendamping.
Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh
kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan
jin (syaitan). Qarin ini sentiasa
mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis
riwayat Muslim: Tiada seorangpun dari
kalangan kamu kecuali ada diturutsertakan dengan qarinnya dari jin . Mereka bertanya: “Engkau pula wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Ya aku juga, sama Allah telah
membantuku terhadapnya, lalu dia Islam.
Dan tidak akan menyuruhku kecuali kebaikkan.”
Puteri Jun 2009
No comments:
Post a Comment