بسم
الله الرحمن الرحيم
Pak Engku memberitahu, kebanyakan kita tidak tahu betapa pentingmya selawat..
Cuba renungkan Ayat 56
Surah Al-Ahzzab dan fahami maksud tersirat..kenapa ayat disusun begitu rupa?
Ayat 56
Surah Al-Ahzzab
بسم
الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
ayat:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada
Nabi (Muhammad s.a.w) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
sepenuhnya
Coretan madah:
Allah terdahulu
mengucapkan selawat
Disusuli kemudian
para malaikat
Begitu agungnya
ucapan selawat
Bagaimana kita
selaku umat??
Di penghujung ayat
kita dinasihat
Mengucapkan
selawat penoh hormat
Apakah ini diambil
berat ??
Ayat dibaca setiap
Jumaat
Supaya insan
sentiasa ingat
Ingat untuk
membaca selawat
Sungguh besar
kandungan fadhilat
Selawat boleh jadi
penyelamat
Menyelamatkan
insan di hari kiamat
Rasul junjungan
memberi syafaat
Inilah kelebihan
orang berselawat
Bukanlah susah
untuk berselawat
Bacaan mudah
berisi padat
Molek dibaca
selepas solat
Sungguh rugi andai
tak sempat
Budaya berselawat
jadikan tabiat
Secara spontan ia dibuat
Rajin berselawat
mendapat rahmat
Saham akhirat pun
jua meningkat
Jangan contoh
iblis laknat
Diperintah sujud
ia tak taat
Baginya Adam
tidaklah hebat
Keangkuhan iblis
membawa mudharat
Ayat 56
sekadar nasihat
Nasihat kepada
sekalian umat
Bukalah hati untuk
melihat
Nabi Muhammad
diberi hormat
‘Diperintahkan’
sujud iblis laknat
‘Dinasihatkan’ berselawat sekalian umat
‘Perintah’ dan
‘nasihat’ berasaskan syariat
Pak Engku
No comments:
Post a Comment