Saturday, February 15, 2014

Madah  Tiga  Surah  Pendek

Pertama  -  Surah al-‘Asr:

 بسم الله الرحمن الرحيم

103:1
103:2
103:3

Terjemahan ayat:
 1.       Demi masa
2.       Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.       Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kedua  -  Surah Al-Kauthar
بسم الله الرحمن الرحيم

108:1
108:2
108:3


Terjemahan Ayat:

1.       Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu  (wahai Muhammad)  kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat
2.       Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,  dan sembelihlah korban  (sebagai kesyukuran)
3.       Sesungguhnya orang-orang yang bencikan engkau,  dialah yang terputus  (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)


Ketiga  -  Surah An-Nasr

بسم الله الرحمن الرحيم

110:1
110:2
110:3


Terjemahan ayat:

1.       Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan  (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)
2.       Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai
3.       Maka ucapkan tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.

Coretan  madah:

Aku terpegun melihat angka
Surah pendek berjumlah tiga
Bilangan ayat pun tiga
Sebegitu unik siapa menduga


Dalam samar ku renungi surah
Ketiga-tiga cuba ditelaah
Tiba-tiba persoalan menerjah
Apa gerangan perkaitan surah

Surah Al-Kauthar aku terpana
Kalimah ‘korban’ menjentik minda
Ketika Haji korban dilaksanakan
Tanda kesyukuran penuh bermakna

Dan Al-‘Asr Allah bersumpah
Mustahil masa diundur selangkah
Begitu penting ukuf di Arafah
Kelewatan sesaat haji tak sah

Ku renungi An-Nasr surah terakhir
Ayat kedua membuat ku berfikir
Suasana Haji segera terukir
Ramainya jemaah tekun berzikir

Ibadat haji bagaikan jawaban
Tersirat disebalik wahyu Tuhan
Ketiga-tiga surah amat mengkagumkan
Walau pendek namun berkesan

Pak Engku

No comments:

Post a Comment