Thursday, July 28, 2016

Al- Waqi'ah Ayat 83 - 87

 
بسم الله الرحمن الرحيم


فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ


وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ


وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ


فَلَوْلَا إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ


تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ


Terjemahan  - ayat 83 hingga 87:

83.    Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya
84.    Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya)  menyaksikan keadaannya
85.    Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat
86.    Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami)
87.    Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?

Coretan madah:

Insan terbaring di kamar sepi
Kerabat dan rakan berada di sisi
Mereka hanya mampu menangisi
Tercabut roh tanpa sangsi

Ayat 87 makhluk dicabar
Andai sikufur orangnya benar
Bolehkah simati kembali sedar
Mustahil dapat takdir ditukar

Sehebat manapun insan
Hatta Firaun mengaku Tuhan
Takkan terhalang saat kematian
Kepada Allah semua dikembalikan


bersambung

No comments:

Post a Comment