بسم الله الرحمن الرحيم
فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ
فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
Terjemahan - ayat
88 dan 89:
88. Kesudahannya
jika ia (yang mati itu) dari orang “Muqarrabiin”
89. Maka
(ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga
kenikmatan
Cetusan madah:
Golongan Muqarrabbin golongan teratas
Syurga tertinggi mereka dibalas
Kenikmatan diperolehi tanpa batas
Hati merasa teramat puas
Terjemahan - ayat 90 dan 91:
90. Dan
jika ia dari puak kanan
91. Maka
(akan dikatakan kepadanya) “Selamat
sejahteralah kepada kamu, (kerana engkau) dari puak kanan”
Coretan madah:
Juga beruntung golongan kanan
Ucapan sejahtera penuh kelembutan
Tersedia di syurga berbagai kenikmatan
Inilah dikatakan sebaik-baik balasan
bersambung..
No comments:
Post a Comment