Monday, July 4, 2016

Al-Waqi'ah Ayat 51 - 56

بسم الله الرحمن الرحيم



ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ

لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ


فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ


فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ


فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ


هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ



Terjemahan  - ayat 51 hingga 56:

51.    “Kemudian sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat)
52.    Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum
53.   “Maka kamu akan memenuhi perut dari pokok (yang pahit buahnya) itu
54    “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak
55.   “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas
56.   Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

Coretan madah:

Balasan perit menanti mereka
Tiada lagi sajian beraneka
Hanya zaqqum buah di neraka
Walaupun pahit ditelan belaka

Ngeri mendengar minuman neraka
Didihan menggelegak itulah saja
Mereka minum seperti unta
Banyak pun diminum, haus sentiasa

Sengaja unta menjadi bidalan
Kehebatannya minum tiada tandingan
Seratus liter sekali tegukan
Minuman menggelegak cuba bayangkan

bersambung...

No comments:

Post a Comment