بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ
إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا
وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
فَكَانَتْ هَبَاءً مُّنبَثًّا
Terjemahan - ayat 1 hingga 6:
1. Apabila berlaku hari kiamat itu
2. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan
kejadiannya
3. Kejadian
hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)
4. (Ia
berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sesungguh-sungguh goncang
5. Dan
gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya
6. Lalu
menjadilah ia debu yang bertebaran.
Coretan madah:
Kiamat itu pasti
Seperti halnya mati
Bila-bila pasti terjadi
Siapkan bekal di usia menanti
Hati gementar mengingat kiamat
Bumi bergegar teramat kuat
Gunung gagah hancur lumat
Menjadi debu tidak terlihat
Ketika itu bumi bertukar wajah
Kejadian baru ciptaan Allah
Ke alam akhirat kaki melangkah
Menanti pengadilan di mahkamah Allah
Golongan ingkar berkeadaan hina
Belum dihukum sudah merana
Segala sesalan tidak berguna
Tiada penyelamat mereka di sana
Golongan beriman senyum gembira
Kedudukan mereka dijamin bahagia
Berseri wajah menuju syurga
Tempat kediaman paling teristimewa
Bersambung..
No comments:
Post a Comment