" Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali "
Pada tanggal 31hb Disember 2015 lebih kurang 6.30 petang Raja Abdul Karim Raja Ali telah pulang ke rahmatullah akibat komplikasi jantung dan paru-paru berair. Satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan. Allah lebih sayangkan arwah. Sejak saya kehilangan ayahanda saya pada tahun 2012, beliau telah saya anggap seperti ayah saya sendiri. Bila ada waktu terluang kami akan berhubung melalui talipon. Beliau tidak pernah jemu memberi nasihat dan perangsang. Sentiasa bertanya perihal anak-anak dan tidak ketinggalan membuat lawak sambil berbual.
Salah satu ingatan beliau yang saya masih pegang adalah:
Jangan tinggal dhuha dan cuba kerapkan tahajud
Bila berdoa jangan lupa doa
Jadikan lah aku orang yang sentiasa mencintai Allah dan Jauhkan aku dari orang yang cuba meyesatkan.
Banyak lagi yang dipesan dan nasihat. Saya akan merindui gurau dan nasihat beliau.
Mudah-mudahan arwah sentiasa mendapat syafaat dari Allah dan sentiasa ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan masuk syurga.
Saya akan terus cuba 'upload' koleksi madah yang arwah telah amanahkan. Sekitar Oct dan Nov'15 bila arwah talipon beliau akan cakap " Azhar teruskanlah blog ini, Pak Engku ni entah esok lusa dah tak ada. Jangan bila Pak Engku tak ada semua usaha terhenti ". In sha Allah Pak Engku saya akan cuba teruskan amanah Pak Engku.
Mudah-mudahan saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan perjuangan Pak Engku dan seterusnya bahan-bahan ini akan menjadi pedoman dan ingatan pada saya dan pembaca semua.
Al Fatihah...
No comments:
Post a Comment