Wasiat Al-Imam
Shafie *
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau
sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang
lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin
meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan
tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan
rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan
segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang
dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka
menabur fitnah, jangan suka kencing merata-rata, memperbanyakkan sholat
tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir,
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan
memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan,
banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat
suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis
lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan
kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga,
iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan
sering bersalawat kepada baginda saw, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing
mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH s.w.t., iaitu mengajak manusia kepada kebaikan,
mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang
maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya
ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hamba-Mu."
Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
Wallahualam
PE
No comments:
Post a Comment