Terjemahan – ayat 24 hingga 27:
بسم
الله الرحمن الرحيم
24. “Sesungguhnya
aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam
kesesatan yang nyata
25. “Sesungguhnya
aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”
26. (Setelah
ia mati) iaitu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam syurga”. Ia berkata:
“Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”
27. “Tentang
perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku serta dijadikanNya daku
dari orang-orang yang dimuliakan!”
Coretan madah:
Lelaki tersebut gerun membayangkan
Seandainya dia mensyirikkan Tuhan
Pastilah dia dalam kesesatan
Gementar hatinya meminta dijauhkan
Lalu dia melafazkan ikrar
Kalimah tauhid segera terdengar
Dipukul kaumnya dia tak gentar
Imannya tetap tidak bertukar
Puas dipukul sehingga mati
Namun kematiannya sungguh bererti
Kenikmatan syurga sedia menanti
Kamunya tetap terkenang di hati
Hatinya mulia sikapnya sabar
Mengharap kaumnya supaya sedar
Sedar kembali ke jalan benar
Dengan ampunan Tuhan Maha Besar
Namun kaumnya terlalu ingkar
Buruknya perangai tidak tergambar
Memperlekeh rasul secara sedar
Seolahnya Tuhan mahu dicabar
bersambung..
No comments:
Post a Comment