Rindu Dan Cinta pada
Rasulullah
بسم الله الرحمن الرحيم
Orang-orang yang di
dalam hatinya ada tersemai perasaan rindu dan cinta kepada baginda Rasulullah SAW.
Maka bilamana dia mendengar nama
baginda Rasulullah SAW. Disebut di
hadapannya maka sudah pasti lisannya akan berselawat dan hatinya akan mula
merindui kepada baginda SAW.
Janganlah kita masukkan diri kita ini menjadi golongan
sepertimana yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW. Yang mana orang yang
bakhil yang kedekut yang hina yang nanti di Yaumul Qiyasmah tidak dapat melihat
wajah mulia wajah indah baginda
Rasulullah SAW. Kerana tidak berselawat
kepada baginda Rasulullah SAW. Bila mana
mendengar nama baginda SAW disebutkan.
Rasulullah SAW mengatakan. "Bukanlah orang yang kedekut itu orang
yang kalau diminta kepadanya dia tidak memberi.
Bukanlah orang yang kedekut itu orang yang kaya yang diminta dipinjamkan
wang dia tak bagi." Itu tak berapa
kedekut kata Rasulullah SAW.
Akan tetapi ada orang yang lebih lagi kedekut lagi
bakhil. Macam mana itu? Kata Nabi SAW. "Orang yang paling kedekut adalah orang
yang disebutkan nama aku di depannya, dia mendengar nama aku disebutkan tetapi
dia tidak hendak berselawat kepada aku".
Kalau orang yang rindu kepada Nabi Besar
Muhammad SAW. Paling tidak janganlah menjadi orang yang bakhil dan janganlah
menjadi orang yang kedekut. Yang mana
orang kedekut itu adalah orang yang kurang kcintaannya, kurang selawatnya Nabi
Besar Muhammad.
Kita ini sekarang bilamana disebutkan nama Nabi
Besar Muhammad SAW sikit sahaja yang menjawab dengan selawat. Bahkan itu pun mahu tidak mahu sahaja tapi
kita kalau ada pemain bola yang berjaya memasukkan bola ke dalam jaring maka
kita pasti akan teriak-teriak kerana kebiasaannya orang macam itu. Betul tidak?
(Tanya diri kita sendiri)
Akan tetapi bilamana diminta disuruh untuk berselawat AT kepada Rasulullah SAW kita tidak
dengar lagi. Mungkin kita segan
barangkali untuk menyebut nama Rasulullah SAW begitu?
Jangan malu untuk mengungkap kecintaan kita
kepada Nabi Besar Muhammad SAW. Jangan kita
malu untuk meneriakkan nama Nabi Besar
Muhammad. Nanti di Yaumul Qiyamah nanti
di Akhirat semua orang akan menuju kepada Nabi Besar Muhammad SAW.
Ini kita kena praktiskan untuk memperbanyakkan
menyebut dan berselawat kepada
Rasulullah SAW di dunia kerana nanti di Akhirat tidak ada satu pun orang
manusia yang dapat memberikan syafaat kecuali Nabi Besar Muhammad SAW.
Amalan selawat ini lebih hebat daripada amalan
sholat kita. Selawat ini lebih hebat daripada amalan puasa kita. Selawat ini lebih hebat daripada zikir kita
dan amalan-amalan yang lainnya kerana sholat, puasa, zakat, haji dan yang
lain-lainnya belum tentu lagi diterima oleh Allah swt.
Akan tetapi kalau selawatnya kepada Nabi Besar
Muhammad langsung diterima oleh Allah swt dengan diberikan rahmat kepadanya 10 rahmat satu selawat.
MashaAllah macam mana luar biasanya kurniaannya
Allah swt kerana apa? Kerana Nabi
Besar Muhammad SAW. Kita ini
satu-satunya Ummat yang mendapatkan keistimewaan dengan hanya kepada
Nabinya, Allah bagi 10 RAHMAT untuk orang yang berselawat. Ini special, kalau Ummat-Ummat terdahulu tak
ada macam ini. Hanya Ummat Rasulullah SAW
sahaja.
Nabi Besar Muhammad SAW menyebutkan di dakam
hadisnya "Hidupku dan matiku itu adalah baik buat kalian. Kalau aku mendapati amalan-amalan yang baik
daripada Ummatku maka aku akan bersyukur kepada Allah swt. Dan kalau aku mendapati amalan-amalan yang
buruk daripada Ummatku maka aku pun meminta keampunan kepada Allah swt."
Ada Nabi yang lebih hebat daripada Nabi
Muhammad SAW?
Ada Nabi yang lebih agung daripada Nabi Muhammad SAW? Ada Nabi yang paling tinggi darjatnya daripada Nabi Muhammad SAW? Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!
Ada Nabi yang lebih agung daripada Nabi Muhammad SAW? Ada Nabi yang paling tinggi darjatnya daripada Nabi Muhammad SAW? Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!
Hanya Rasulullah SAW sahaja. Oleh kerana itu daripada sifatnya Nabi Besar
Muhammad SAW dikatakan Rasulullah SAW ikut merasa sakit dengan kesakitan yang
ditanggung oleh Ummatnya.
Rasulullah SAW merasa susah dengan kesusahan
yang ditimpa kepada Ummatnya. Rasululullah SAW
selalu menjaga Ummatnya daripada kebodohan, selalu menjaga Ummatnya daripada
kehinaan.
Jadi kita kena bersyukur dengan Nabi Besar
Muhammad SAW paling tidak dengan kita bilamana mendengar ada orang
mengungkapkan nama Rasulullah SAW, kita selawat. Yang bilamana kita mendengar nama Nabi Besar
Muhammad SAW di radio, kita selawat.
Mendengar nama Nabi Besar Muhammad di majlis
ta'lim kita selawat. Mendengar nama Nabi
Besar Muhammad SAW di office kita selawat.
Membaca dan melihat nama Nabi Besar Muhammad SAW ditulis di mana-mana
itu dengan tulisannya di facebook, whatsapp dan sebagainya maka kita selawat.
Mari kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan
mulia kita Nabi Muhammad SAW paling tidak, paling kurang setiap hari 300 kali
paling sedikit dam dnakkian sedikit demi sedikit kepada 1000 kali dan seterus
menerus menaik sehinggalah kita dapat mencapai 1000 kali selawat setiap hari
kerana hati kita mula merasakan nikmatnya bilamana berselawat menyebut nama
baginda Rasulullah SAW.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment