Kemanisan beribadah
بسم الله الرحمن الرحيم
ِApabila kamu mengetahui
manisnya ibadah itu pasti kamu tidak akan sekali-kali meninggalkannya.
Marilah muhasabah diri kita masing-masing apakah ertinya
kemanisan ibadah kepada diri kita?
Kita kalau makan buah yang manis rasanya pasti
kita tidak akan berhenti memakannya. Tetapi
manisnya rasa buah itu tidak sama bagi setiap orang. Mungkin bagi kita manis tetapi bagi orang
lain tidak manis.
Begitu juga dengan manisnya, lazatnya iman. Bilamana ditanya bagaimanakah manisnya iman
seseorang itu rasa pasti susah untuk diluahkan dengan kata-kata kerana hanya
dia seorang sahaja yang tahu bagaimana manisnya iman itu.
Saidina Ibrahim bin Adham mengatakan orang yang
biasa bangkit malam terasa sedap malam itu lebih rasa sedap daripada ahli
maksiat yang melakukan maksiatnya, berzina.
Tetapi dibandingkan dengan orang yang selalu
bangkit malam, dia semakin malam tahjud makin sedap lagi dia rasa sehingga
disebutkan juga oleh Saidina Ibrahim bin Adham "Kami merasai sedapnya munajat
kepada Allah, dekat dengan Allah. Kalau
diketahui oleh raja-raja nescaya pasti mereka akan pancung leher kami dengan
pedang-pedang."
Begitulah apabila kita melihat seseorang yang
khusyuk dengan sholatnya mendirikan sholat malam dengan bilangan rakaat yang
banyak. Membaca Al-Quran sentiasa tanpa
jemu, mengerjakan puasa sunat, sentiasa melazimi majlis ilmu tanpa rasa penat
tidak kira baik itu majlis ilmu itu hanya berdekatan dengan rumahnya apatah
lagi sehingga sanggup pergi ke tempat yang jauh perjalanannya dan sebagainya. Hanya mereka yang mengetahui akan betapa
manisnya, lazatnya ibadah yang mereka kerjakan.
Maka ada tiga perkara yang kalau seseorang itu
ada di dalam dirinya maka ia akan merasa kelazatnya iman:
1. Dia
kasih dan cinta kepada Allah swt
2. Dia
kasih dan cinta kepada Rasulullah.
3. Dia tidak mahu kembali kepada kekufuran,
kejahilan, kemaksiatan sepertimana dia tidak mahu dimasukkan di dalam api
neraka.
Wallahualam -
Wassalam
No comments:
Post a Comment