Friday, August 28, 2015

Yaseen Ayat 37 - 40

Yaseen Ayat 37 - 40 

بسم الله الرحمن الرحيم

36:37
36:38
36:39
36:40

Terjemahan  -   ayat  37 hingga 40:
  
37.     Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir)  ialah malam;  Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap gulita
38.     Dan  (sebagaian dari dalil yang tersebut ialah)  matahari;  ia kelihatan beredar ketempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39.     Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula keperingkat awal – (berbentuk melengkung)  seperti tanduk yang kering.
40.     (Dengan ketentuan yang demikian),  matahari tidak  mudah baginya pengejar bulan, dan malam pula tidak dapat medahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing


Coretan  madah:

Melihat kepada kejadian alam
Siang berundur digantikan malam
Suasana terang berunsur kelam
Gelap sepenuhnya mentari tenggelam

Menahan mentari pasti tak dapat
Peredaran sempurna santiasa tepat
Terbitnya di Timur tenggelam di barat
Andai bertukar terjadilah kiamat

Peredaran bulan berperingkat-peringkat
Bentuk sabit awalnya dilihat
Peringkat pertengahan bertukar bulat
Kembali ke asal di akhir peringkat

Peredaran bulan punya hikmat
Penanda haribulan paling tepat
Para nelayan pun sering ingat
Bulan mengembang penuh pukat

Merenung jauh rahsia ayat
Tumbesaran  manusia sama berperingkat
Mulanya kecil dan lemah sangat
Kemudian membesar penuh semangat

Di usia tua kembali lemah
Perangai keanakan mereka berubah
Setengah mereka dianggap menyusah
Sungguh malang nasib ditempah

Hilang manis sampah dibuang
Bagai tanduk kering nilainya hilang
Menjadi sampah sering dibuang
Begitulah nasib si tua malang

Ayat ke 40 kita berpindah
Begitu sempurna pengurusan Allah
Alam yang luas diurusNya mudah
Mustahil bagiNya tersilap langkah

Bulan dan matahari sentiasa beredar
Beredar di angkasa tidak berlangar
Kedua-duanya pun tidak berkejar
Perintah Allah mereka dengar

Para saintis mengkaji nangkasa
Lingkaran orbit terbukti ada
Di sini planet beredar sentiasa
Mematuhi perintah Tuhan yang Esa

Manusia kecil, planet besar
Namun manusia berani ingkar
Berlagak hebat melakukan mungkar
Kecundang nanti di padang mahsyar

bersambung

No comments:

Post a Comment