Lidah Menentukan Syurga
atau Neraka *
بسم الله الرحمن الرحيم
Kata Al-Imam Al-Ghazali, lidah
antara nikmat Allah swt yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat
halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam Al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah.
Selanjutnya Imam Al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah.
Lidah mempunyai ketaatan yang besar
dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya
lidah alat perangkap syaitan yang paling
jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Al-Imam Al-Ghazali itu jelas
menunjukkan kepada kita besarnya peranan
lidah dalam kehidupan manusia kerana
lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan
dan keburukan dalam hidup manusia, kita
perlu sentiasa berwaspada menggunakan
lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata
lain, kita hendaklah bijak menggunakan
lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh
menyebabkan orang yang mendengarnya sakit
hati atau terguris, ia boleh mendatangkan
keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut
badan binasa. Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan
Nabi Muhammad saw bersabda yang
maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia
diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia
diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah saw ada tiga jenis
manusia, iaitu yang mendapat pahala,
selamat daripada dosa dan binasa. Orang yang
mendapat pahala sentiasa mengingati Allah
swt, berzikir, mengerjakan sholat dan
sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang
daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi
dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan
apabila Rasulullah saw ditanya sebab
terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah
menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Wallahualam
Pak Engku
No comments:
Post a Comment