Berkata Ibnu Al-Qayum Al-Jauziah.
Terdapat
sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:
1. Pembaziran
ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada
jalan kebaikan
2. Pembaziran
amalan -
iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran
kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara
yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT
4. Pembaziran
hati -
iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT
5. Pembaziran
tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk
beribadat kepada Allah SWT
6. Pembaziran
cinta -
iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepadaNya
7. Pembaziran
masa -
iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya
8. Pembaziran
akal -
iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama
9. Pembaziran
zikir -
iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati/
Fikir-fikirlah
renung-renunglah semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment